Bab 4

37 2 0
                                    

Masing-masing merenung ke pintu.

"Tak ada pun? Dia betul-betul merajuk ke?" soal Aqeel. Aathif terdiam sambil berfikir. Kalau betul gadis yang dimarahinya kelmarin tidak datang macam mana? Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya dia. Kalau betul-betul bisnes nya nanti menurun asbab kerana satu orang saja bagaimana?

"Dia sibuk lah kut." Ujar Aiden. Tangannya masih setia memegang perutnya yang kempis.

"Tak apa. kita tunggu je lah. Kalau tak datang, hari esok kan ada lagi. Tapi esok aku tak dapat join lah. Esok papa aku nak datang farmasi." Terang Hifzan. Ayahnya salah satu pegawai kesihatan yang berkedudukan tinggi. setiap bulan pasti ayahnya akan datang melihat keadaan farmasinya. Mana lah tahu tidak bersih ke apa. Mahu mampus dikerjakan!

"Aku faham. Tak apa. Nanti kalau aku terserempak dengan dia aku minta maaf lah. Risau juga aku. Disebabkan aku marah satu pelanggan, hari ini cuma lima orang je yang datang Cafe. Allah bagi cash!"

"Mungkin lah. Ini kitaorang nak balik ni."

"Sabar lah dulu. Aku nak tercirit dah ni" Terus Aiden berlari menuju ke tandas yang berada dibahagian belakang Cafe.

"Patut lah pegang perut je" Kata Hifzan. Dari tadi dia melihat keadaan kawannya itu. Sekejap kekiri. Sekejap ke kanan. Pegang perut. Sakit perut rupanya!

"Nak tinggal dia ke?"

Ting

Pintu Cafe dibuka. Masing-masing penuh dengan gelak tawanya. Entah apa yang lucu pun dia tidak tahu. Aathif memerhati sosok tubuh seseorang yang dikenali. Pantas dia menarik baju lengan Hifzan.

"Apa?! kenapa tarik-tarik ni? kalau patah tangan aku kau nak ganti baru ke?" marah Hifzan. Boleh besar kolar bajunya nanti!

"Dia dah sampai"

Hifzan yang mengerti terus melihat pelanggan yang baru saja masuk tadi. Aqeel hanya mendengar sambil melirik kearah gerangan yang diberitahu kawannya itu. Yang mana?! tak jumpa pun?

"Angah dah cakap kalau adik ni introvert tapi Along tak percaya. Tengok apa jadi tadi, habis merah muka dia bila lelaki tadi nak mengurat dia. Tapi tak padan dengan isteri dah dua! Nak je angah tumbuk muka dia biar mampus!" Ayyan mengepam penumbuknya. Kalau boleh mahu saja dia bagi satu penumbuk dekat lelaki miang tadi.

Adiknya Amira yang masih berusia 15 tahun tiba-tiba didekati oleh tiga orang lelaki. Dua bujang dan seorang lelaki orang. Baru beri salam saja muka adiknya sudah merah padam. Terus diberitahu bahwa dia adalah teman lelaki adiknya. Tapi yang membuatkan dia bengang adalah bila seorang lelaki yang mempunyai dua isteri boleh pikat adik bongsunya itu. Perasaan isteri-isteri langsung tidak difikirkannya.

"Angah. jaga kata-kata tu. Abi tak pernah anak Abi cakap macam tu" Encik Daiyan mula menegur anaknya.

"Maaf Abi"

"Sudah lah tu. Adik dah selamat dah. Nasib Angah sudi jadi teman lelaki adik. Terima kasih sayang" Terus nak termuntah Ayyan dibuatnya bila adik sendiri memanggilnya sayang. Tapi..

"sama-sama cinta. salam" tangan dihulur. Amira cepat-cepat duduk di sebelah Encik Daiyan. Malas mahu meneruskan agenda sweet yang boleh menyebabkan tekaknya loyar. Puan Allysha hanya menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja perangai anak-anaknya itu.

tiba-tiba matanya tertumpu kepada Dayla yang masih terdiam.

"Along? kenapa?"

Dayla menggelengkan kepalanya.

"Nak makan apa ni? Roti? kek? minum? siapa nak pergi order?" soal Puan Allysha.

"Disebabkan tadi dah makan, kita order kek dengan air je lah! Along dengan Angah pergilah. adik nak stay!" terus lengan ayahnya dipeluk erat.

Hati ada Cinta [OG]Where stories live. Discover now