Bab 2

200 16 8
                                    

Ayaaz keluar dari kamar mandi. Baju yang telah tersedia di atas katil dicapai.

"Light blue tuxedo suit?" Bibir diketap.

"Bi-"

"Cantik kan pilihan aku?" celah Ayman di sebalik pintu.

"I hate blue colour."

Ayaaz berura-ura nak bukak sliding wardrobe miliknya.

"Dah dapat ke mesej?"

"Huh?" Terbantut,

Ting!

Cahaya dari Iphone menanda ada mesej diterimanya.

"Cuba kau baca mesej, maybe dari jodoh kau."

"You're talking nonsense." Ayaaz senyum miring.

"Stop talking nonsense and go to your room." Halaunya kasar.

"I'm not talking nonsense. It's true."

Iphone milik Ayaaz diatas meja sisi dicapai lalu mesej dibuka,

"Nah."

"Love is here?" Angguk,

"Cuba kau baca calon jodoh kau, cun tak?"

"Calon yang memilih anda, Umayma Kayyisa Lashira. Berumur 20. Bujang. Prinsip hidup, lelaki adalah keutamaan saya. Apa saja akan saya lakukan demi kepentingannya." Berlapis-lapis kerutan pada dahi itu.

"Sejak bila aku masuk aplikasi ni?" Soal Ayaaz bingung.

"Aku yang masukkan, kau lupa aku pinjam phone kau semalam?" Dahi diurut.

"Untuk kebaikan kau jugak." Tahu perbuatan Ayaaz seterusnya, pantas Iphone itu dirampas.

"Kau tak boleh delete aplikasi Love is here. Dia dah terima kau. Takkan kau nak lepaskan peluang macam tu je? Perempuan yang kau nak date ni cantik tau, bukannya hodoh." Dengusan tak puas hati keluar.

"Kau ingat aku pandang sangat semua tu?"

"Kau cuba jelah, mana tahu kau boleh jatuh cinta kan? Tak mustahil benda tu boleh jadi."

"Aku tak nak, aku tak suka perempuan." Satu ayat Ayaaz lafazkan.

"Kau gay?" Ayman undur beberapa tapak ke belakang.

"Maksud aku, aku tak berminat nak kenal mana-mana perempuan. Apa faedah aku jadi gay kalau tak boleh dapat anak?" 

'Uish! Straight bhai!'

"Wow! Aku tak sangka kau pun nak ada anak sendiri."

Ayman perasaan, bibir itu hampir tersenyum malah bukan itu saja, muka itu juga telah berona merah.

'Malu ke tu?'

"Keluar kau!" Halau Ayaaz kasar.

"Kau janji terima dia eh? Please....please...." Rayu Ayman bersungguh.

"Ikut kaulah."

Light blue tuxedo suit disarung pada tubuh. Kerana kesuntukan masa, terpaksa dipakainya.

"Aku tak pernah merayu dekat sesiapa macam ni tau. Kau sepatutnya merasa special bila aku merayu macam ni dekat kau. Ni tak, jual mahal jugak kau pilih."

"Bunda yang suruh kau pujuk aku. Betul tak?"

Helaan nafas kedengaran, terduduk Ayaaz atas katil.

"Sorry...." Ucap Ayman tersangat perlahan.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now