Bab 3

175 20 9
                                    

"Betul ke kau nak teruskan semua ni?" Soal Nana kerisauan.

Ditatap restoran mewah di depan mata. Mengikut location yang sugar daddy Kayyisa bagi memang dah betul tempat ni.

'Romantik gila! Dining in the dark engkau!'

"Apa salahnya aku buat macam ni?" Rambut yang jatuh diselit pada tepi telinga.

Tak berkelip langsung mata tengok Kayyisa. Cantiknya persis barbie, bermula rambut aslinya berwarna dark brown dipadankan pula dengan berlian halus dan cantik pada dua cuping telinga. Matanya turun pada Gown off shoulder yang dipakai Kayyisa, tidak dinafikan bahawa makhluk Allah ini benar-benar cantik bak bidadari. Pendek kata, segalanya tampak sempurna.

"Na! Na! Na!"

"Oh Ya Allah!" Nana urut dada.

"Kau ni kan? Aku tanya dari tadi soalan yang sama. Kau termenungkan apa sebenarnya?" Berbaur risau nada itu meski suaranya sedikit naik.

"Kau tanya soalan apa tadi?" Kayyisa jeling manja.

"Aku tanya kau, macam mana cara nak pikat sugar daddy aku nanti? Kau ada pengalaman bab macam ni kan? So yeah, why not?"

"Kau tahu maksud sugar daddy kan?"

"A rich older man who lavishes gifts on a young woman in return for her company or sexual favours?"

"Itu sebab aku tak nak kau termasuk dalam Love is here. Macam-macam orang tua yang kau jumpa, semestinya mereka cuma nak tubuh kita aje."

"Kau kena buat semua tu ke? Kau dah tak...." Serba salah Kayyisa nak habiskan ayat.

"Taklah, sugar daddy aku baik. Dia nak tunggu aku habis belajar and terus masuk minang." Kayyisa telan air liur kasar.

"Kau nak kahwin dengan sugar daddy kau?" Nana senyum tipis.

"Why not?"

Segala pemikiran buruk di kepala Kayyisa mendadak sirna kala 'tunggu aku habis belajar and terus masuk minang' menyapa deria pendengarannya. Seram!

"Dah sampai." Rasa gelisah meliputi diri. Serba tak kena, pegang pintu and lepas. Diulang banyak kali perbuatannya itu.

"Kay...." Kedua tangan Kayyisa digenggam.

"Keputusan di tangan kau, sama ada kau nak teruskan atau tak. Jangan bebankan diri dengan semua ni. Undur diri, okay?"Kayyisa menggeleng.

"Aku tak nak bebankan family aku." Nafas ditarik sekali.

"Cukuplah, aku banyak menyusahkan mereka. Aku dah tak nak buat apa-apa melibatkan duit mereka. Aku nak berdiri atas kaki sendiri." Nana tepuk dua kali tangan Kayyisa.

"Aku tak setuju apa yang kau buat sekarang ni tapi...." Nana sengih kekok.

"Aku pun dua kali lima sama macam kau, jadi aku tak boleh nak kata apa. Nak nasihat pun, diri sendiri pun ada sugar daddy kan?" Kepala tak gatal digaru.

"Aku gerak dulu eh?" Kayyisa keluar dari kereta.

"Kau dah selesai call aku eh?" Simbol call dipamer.

"Okay, bye!"

"Aku harap semuanya baik-baik aje." Gumam Nana sebelum kereta dipandu keluar dari tempat itu.

Nafas ditarik panjang usai dirinya telah berdiri betul-betul di depan restoran itu.

"Bismillah!" Baru selangkah dibuka, suara seseorang membantutkannya.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now