Bab 1

354 20 0
                                    

Kayyisa mengeluh berat. Surat tawaran belajar dari Universiti Malaya ditatap lama.

"Kau tengok banyak kali pun tak akan ubah apa-apa. Kertas tu, tetap akan jadi kertas." Celah Nana sambil labuh duduk atas kerusi depan

"Aku tahu." Kertas disimpan dalam handbag berjenama Crocodile miliknya.

"Apa keputusan kau?"

Nana peluk tubuh. Seketika matanya meliar pandang sekeliling, dah tak ramai orang dalam cafe ni. Jam dikerling,

'Oh? Dah pukul 9 malam rupanya.'

"Aku tak boleh buat keputusan. Susah...." Leret Kayyisa.

"Apa yang susah? Cuba kau explain dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kan?" Nana angkat bahu.

"Kau tahu kan keluarga aku tak susah macam keluarga orang lain?" Spontan, dahinya berkerut.

"Apa yang kau cuba sampaikan ni?" Kayyisa bawa mata ke atas.

"Cuba kau dengar dulu penjelasan aku. Ini tak, asyik mencelah aje. Macam mana kau nak faham jalan cerita yang aku nak sampaikan?"Nana buat isyarat zip mulut.

"Macam ni, kau tahu aku dapat surat tawaran belajar kan?"

"Kita dapat surat tawaran tu serentak kan? Of course aku tahu."

"Pendekkan cerita, aku perlukan duit."

"Aku percaya, Family kau boleh handle semua ni. Kau cakap je nak itu ini pasti Walid kau bagi punya!"

Kayyisa ketap bibir sekali.

"Aku tak naklah macam tu. Diikutkan, aku tak nak usik langsung duit Walid dan Ummi aku. Aku nak belajar berdikari. Takkan aku nak selalu bergantung dengan mereka kan?"

"Maksud kau berdikari tu dengan bekerja?"

"Sempat ke aku kerja? Macam tak sempat je." Kayyisa tersebik sedih.

"Aku tahu pasti ada cara lain."

"Kau ada apa-apa idea ke?" Nana garu kepala tak gatal.

"Sebenarnya....ada satu cara yang kau boleh guna."

"Cara macam mana? Ajarlah aku!" Desak Kayyisa.

Tepat masa,

Telefon milik Nana berdering nyaring, lantas diangkat. Sempat Kayyisa kerling nama pemanggil.

'Sugar daddy?'

"Oh babe, sorry....I lupa yang today kita nak celebrate birthday you." Nana gelak mengada.

"I sampai dalam sepuluh minit. Bye babe. Love you. Muah!"

Kayyisa peluk tubuh.

"Sejak bila kau dengan sugar daddy kau?" Sengih nampak gigi Nana lakarkan.

"Baru je dalam beberapa hari lalu. Kawan aku cadangkan aku untuk cari sugar daddy. Aku tengah broken time tu. So... Why not try sorang kan?"

"Best ke ada sugar daddy?"

"Best bila kau dapat apa yang kau nak."

"Aku nak sugar daddy sekarang boleh tak?" Secepat itu dia meminta.

"Kay..."

Urut dahi kejap dengan perangai si Kayyisa ni.

"Idea yang aku bagi bukannya elok sangat. Buruk dan tersangat tak sesuai untuk diri kau yang baik ni."

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now