Bab 9

166 18 1
                                    

Nana menonton filem Captain America First Avenger seorang diri di ruang tamu. Dia adalah peminat setia Chris Evans. Kesungguhan pria itu mengejar impian benar-benar menjadi contoh teladan. Nana mengakui bahawa dirinya tergoda oleh karisma yang dimilikinya. Tubuhnya itu mengingatkannya pada Declan.

'Declan?'

Secepatnya Nana menggeleng. Jantungnya copot begitu mengingatkan lelaki itu. Seketika tubuhnya terasa tidak nyaman. Deheman kecil dibunyikan. Matanya dialih menonton filem yang sedang ditayang. Mukanya menghangat kala scene tidak sepatutnya terpapar di depan mata.

"Ogah!" (No way)

Tidak sepatutnya otak kotornya mengingat kembali kejadian itu. Sedaya upaya Nana menghapuskan kejadian itu tapi kenapa pesona Declan tidak dapat dilupai?

Ugh!

Ting!

If you ask me to kiss you, I will-Unknown number

Satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali timbul di permukaan skrin. Berkerut dahi Nana menerima pesanan ringkas berbentuk vulgar itu. Pantas dibalas.

Sorry but you have the wrong number-Nana

Ting!

Nombor yang sama menghantar mesej vulgar untuk kali kedua.

I want to kiss you so bad-Unknown number

Nana mendengus geram. Berdongkol hatinya menahan amarah. Kala jari itu menaip sebuah senyum terpeta di raut wajah seseorang.

Please stop texting me and go love your girlfriend-Nana

Have you forgotten about Declan?-Unknown number

Muka Nana berubah serta-merta pucat pasi. Tangannya mengigil hebat sehinggakan telefonnya jatuh pada ribanya. Tubuhnya benar-benar lemas dan air mata nya meleleh turun ketakutan.

Ting!

I'm watching you, now wipe away those tears-Declan

Untuk memastikan sesuatu, Nana menebar pandangan ke arah sekeliling.

Don't be scared, I won't hurt my pumpkin-Declan

Nana meraup wajahnya berkali-kali. Menyedarkan bahawa ini bukanlah mimpi. Telefonnya yang menjerit membuktikan ini bukanlah mimpi semata-mata. Unknown number terpampang di skrin telefon. Nana menyeka kasar air matanya. Tidak berniat langsung untuknya angkat. Bagai trauma, tubuh itu mengingsut ke belakang. Meski ruang itu telahpun terbatas.

Ting!

Ting!

Ting!

"Jangan ganggu aku! Jangan ganggu aku! Pergi Declan! Pergi!" Jerit Nana histeria.

Untuk entah kali keberapa telefonnya menjerit seiring dengan dentingan mesej masuk. Kali ini Nana sudah rimas lalu dia mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama dibalik layar.

"Apa lagi yang awak nak Declan? Saya tak nak diganggu! Jangan ganggu saya! Cukuplah dengan semua ni! Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak! Saya penat dengan semua ni. Penat! Tahu tak?" Sebak suara itu terdengar sekaligus dengan tangisan menggila.

"Hey Na, kau okay? Kenapa ni? Siapa buat kau menangis macam ni? Hmm?" Lembut suara Kayyisa menyapa gegendang telinga.

Biasanya Kayyisa yang akan menjadi bahu untuknya bersandar tapi sekarang?

Ada rindu yang bertandang setelah kepergian Kayyisa. Disini dia merindui benar-benar tak kuasa tahan bisu hingga air mata berlumba-lumba jatuh menyapa kedua pipi mengungkap bahasa rindu yang tidak tergambar.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now