Bab 7

142 18 0
                                    

Nana merangkul lengan sugar daddy nya masuk ke dalam dewan. Strapless dress labuh yang terbelah mempamerkan kakinya yang putih mulus. Kelihatan anggun dipadankan pula dengan necklace berukiran namanya 'NANA' yang diperbuat dari emas ros Perancis.

"Do you need anything? Wine? Alcohol?"

Nana menggeleng lalu tersenyum.

"I'm not really a wine and alcohol person you know, more into water."

"Aye baby."

Datuk Arsyad menjauhkan lengannya dari pinggang itu untuk mengambil minuman.

"I nak ambil air coca cola untuk you kejap."

Dalam beberapa minit, dia kembali dengan dua gelas minuman di tangannya. Keduanya nampak sama. Tak ada yang mencurigakan. Dia menyerahkan salah satunya. Teragak-agak Nana menerima.

"Come on, have a drink." Ucapnya seraya meraih kembali pinggang itu ke dalam pelukannya.

"Thank you."

Air miliknya diminum habis. Tinggal Nana saja yang masih pegang tanpa berniat untuk meminumnya.

"Come baby."

Lengan itu diheret mengikut langkahnya. Akur, Nana menurut sahaja. Langkahnya terhenti di hadapan meja VIP.

"Where we going?"

"Meet my friends, they wanna see what you look like."

Mereka betul-betul berada di tengah dewan, di antara tetamu VIP, dekat dengan pentas. Ketibaan kami di pandang oleh semua Datuk. Lekas mereka berdiri bersalaman dengan Datuk Arsyad. Hanya seorang lelaki saja yang tidak berniat bangun. Malah untuk pandang sekejap juga tidak mahu.

"I'd like to introduce y'all to my future wife, Hanna Andersson."

Nana mempamerkan reaksi jelas tidak percaya. Matanya setia menikam dalam iris mata Datuk Arsyad yang semakin lama, semakin mengecil. Serasa nak lempar aje gelas yang dipegangnya. Rupanya apa yang dikatakan Kayyisa adalah tepat sekali. 

"Excuse me, Sir."

Nana tarik lengan Datuk Arsyad sedikit menjauh dari teman-temannya. Gelas miliknya di letak atas meja.

"We need to talk!" keras bait kata yang keluar dari bibir Nana. Marah teramat sangat! 

"Take a deep breath baby."  pujuk Datuk Arsyad lembut.

Cuba dicapai tangan Nana namun tangannya ditepis kuat. Keras sekali perlakuannya. Datuk Arsyad terkejut. Sedetik kemudian, riak wajah itu diubah tersenyum bagai tiada apa-apa yang berlaku.

"I am the happiest man in the world because I am going to marry you.." 

Rambut panjang Nana dielus lembut. Ditatap intense anak mata itu menghulur rasa cinta yang kian mekar buat gadis muda ini. Biar orang kata dia tak tahu malu kerana ingin memiliki, sedikitpun dia tidak mengambil peduli. Sayangnya pada gadis muda ini tiada noktah. Siapa sangka, rancangannya hanya sebagai peneman menjadi pencinta untuk selamanya.

"I am not your future wife! I am not ready for marriage. I can't imagine you as my husband. I will never be able to accept you as my husband. Never!" Bisik Nana keras.

"You are going to be mine forever.. I love you.." ucapnya tulus di lubuk hati.

"I am not marrying you, Datuk Arsyad. We're not married! We should stop this as soon as possible, no one's getting married!" 

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now