Bab 10

126 14 2
                                    

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Nana. Dia mula tercari-cari dari mana datangnya bunyi deringan itu. Tangannya menyusup masuk di bawah bantal mendapatkan telefonnya.

"Hello?" Ucap Nana dengan suara khas bangun tidur.

"Wey! Kau dah dapat ke makanan dari crush kau?" Ucap seorang perempuan di seberang sana.

"Crush?!" Teriak Nana terbeliak biji mata. Ia langsung terbangun dan duduk di atas ranjang.

"Iya! Cepat bukakkan pintu untuk cinta hati kau tu!" Desak Kayyisa teruja.

"Okay bye!" Balas Nana tergesa-gesa.

Dengan terbirit-birit, Nana berjalan turun ke bawah. Tak dihirau langsung pening lalat yang dirasai. Bibirnya tersungging senyum manis.

"GET OUT!" Jeritan seorang lelaki bergegar di segenap rumah itu.

Nana menyipit mata. Hairan melihat seorang lelaki asing ada di depan rumahnya.

'Kejap? Ni bukan lelaki asing. Bukan dia ni....'

Nana pernah dengar suara lelaki ini. Tapi siapa ya?

Anak matanya memincing pada tubuh yang ditolak.

"Daf?"

Setelah Declan menoleh, dunianya seakan terhenti.

'Declan?'

"Nana?"

Declan ketap kuat giginya. Oleh kerana terlalu marah, Declan menolak kuat tubuh itu keluar dari pintu. 

"I SAID GET OUT!" Tengking Declan berkobar-kobar dengan amarah yang dahsyat.

"I wanna see her i know she must want to see me!" Ucap Daffa penuh amarah.

Daffa mencuba untuk berkeras masuk dalam rumah Nana. Tidakpun sempat jejak kaki satu langkah, semuanya seakan hancur berkecai setelah luahan dari lelaki asing itu diucapkan.

"Get out from here. I wanna make love with my lover!"

Daffa menganga.

"Wh-what?" 

Makanan yang dipegangnya melurut jatuh dari pegangan. Daffa menatap Nana dengan tatapan tidak percaya. Hatinya berdetak dengan sangat cepat.

"Get out now and never come back!" Halau Declan kasar.

Tubuh Daffa seakan lembik. Dia ditolak kasar. Sekejap saja, tubuhnya telah berjaya keluar dari rumah Nana kerana ulah Declan. Hampir saja tubuhnya jatuh menyembah bumi, bernasib baik sempat dinding menjadi bantuannya.

"Aku tak percaya!" Bantah Daffa kecewa.

"Oh?"

Penuh bangga, kunci pintu Nana diangkat. Tunjuk depan muka bukti bahawa Nana adalah miliknya.

Daffa lupa. Lelaki yang bukakkan pintu adalah dia. Lelaki tampan yang berada di depannya ini. Sudah tentu, Nana takkan sesuka hati bagi lelaki asing kunci rumah miliknya. Pasti mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now