Bab 15

122 14 3
                                    

Novel ditangannya dipusingkan ke bahagian belakang. Sinopsis dibaca dengan khusyuk. Berpuas hati, Nana bawa buku berjudul His Secret Side itu ke kaunter pembayaran. Usai siap bayar, Nana terus singgah cafe berdekatan di mana tempat crush nya bekerja.

"Hi, buat apa dekat sini? Jumpa Daf atau nak baca novel macam biasa?"

Suara familiar menegurnya, tak berpaling pun Nana tahu itu adalah Daffa. Senyum terukir di bibir setelah lelaki itu labuh duduk di depannya. Namun tidak lama, senyum itu pudar setelah bengkak dan luka yang terlihat pada wajah tampan itu.

"I minta maaf, I tak tahu macam mana Declan boleh terfikir untuk pukul you." Ucap Nana sayu.

"Mungkin Declan sukakan you. Kalau tidak, dia takkan pukul I sampai macam ni sekali." Ucap Daffa, mencuba untuk bercakap walaupun sedikit sakit untuknya berbicara.

"I sukakan you, Daf." Ungkap Nana tidak malu mengakui isi hatinya.

"You betul-betul sukakan I?" Ucap Daffa terkejut gila.

Nana angguk. Dia menggeledah beg tote nya mencari sesuatu.

"You cari apa?"

"Dah dapat!"

Nana sengih nampak gigi sebelum dia merapati kerusinya betul-betul dekat dengan Daffa. Daffa telan air liur kasar dengan jarak mereka berdua.

"Nana!"

Sergahan seseorang dari arah belakang menghentikan perbuatan Nana. Nana berkerut dahi melihat Declan di depan mata. Mukanya tegang sekali semacam menyimpan amarah padanya.

"Jom balik dengan aku." Suruh Declan dengan kesabaran yang masih dalam keadaan baik.

"Saya tak nak balik, saya nak stay sini. Kenapa pulak saya nak balik sedangkan memang niat saya datang sini spend time dengan Daf?"

"Kau nak ikut aku masuk kereta atau kau nak aku pukul Daf untuk kali kedua? Mana satu kau suka? Hmm?" Ugut Declan penuh amarah.

Plaster diberikan pada Daffa sebelum Nana menonong keluar dari cafe itu. Mukanya usah kata, merah seperti tomato yang masak ranum. Panggilan dari Declan tidak diambil peduli. Nana sakit hati!

"Nana!"

Tersentak Nana apabila ada tangan kasar merentap kuat lengannya dari belakang. Tindakan itu membuatkan langkahnya terhenti.

"Didn't you hear me?" Soal Declan cuba bersabar.

"Why are you here? Are you following me?" Nana memandang Declan tajam.

"Why did you go out without me? You could have asked me to go with you if you wanted to!"

"Huh?"

Nana tercengang. Tidak mengerti dengan jalur pemikiran lelaki ini yang suka memaksa sebegini.

"Dah lupa apa yang kita berjanji?Sepanjang tempoh mendapatkan persetujuan dari Kayyisa, kau tak boleh keluar ataupun bercakap dengan mana-mana lelaki. Kalau kau buat, ada hukuman untuk kau. Kau lupa?" Ulang Declan untuk sekali lagi.

Nana mengetap bibir banyak kali. Dia tak ada jawapan untuk itu. Betul mereka telah bersepakat untuk bersetuju tapi untuk sekarang, Nana risau jika nanti dia terpaksa menerima keadaan yang tidak sepatutnya.

"Do you remember the deal we did?" Soal Declan sedikit lembut.

"I do..." Ucap Nana putus asa.

"Do you want me to punish you?" Nana menggeleng.

Declan menghela nafas berat.

"I won't punish you." Declan hulur tangannya.

"Let's go home."

Akur, Nana pegang lengan yang berlapik itu. Mereka masuk ke dalam kereta. Suasana dalam kereta tidak macam biasa. Declan beriak bisa tanpa mengeluarkan apa-apa bicara. Mungkin masih marah pada Nana.

"I will drop you and then go to the office." Bagitahu Declan.

Pemandu yang ada di depannya terlihat gelisah semacam. Dapat isyarat mata dari Declan, barulah lelaki separuh abad itu berani bersuara.

"Meeting dah lewat Tuan, Tuan Darcel dah sampai bilik meeting untuk perbincangan kita nanti." Declan anggukan saja.

"Sudah dimaklum."

Dua patah perkataan itu cukup untuk membungkam bibir pemandu itu. Tubuh yang gelisah tadi kembali normal seperti biasa. Nana di sebelah merasa serba salah. Adakah Declan lewat meeting kerana dirinya?

"Kenapa awak tak pergi meeting aje? Kenapa ikut saya?" Soal Nana ingin tahu.

Declan angkat dua keningnya dengan senyuman sinis.

"You know what, never mind, it's not important." Dia ketawa sinis.

'Kau nak aku mengakui hal sebenar yang aku jeles kau dengan lelaki lain? Sedangkan aku? Meeting dan biarkan kau bersama lelaki lain? Huh! Itu tak mungkin!' bisik hati kecil Declan.

"It must be important for you, because you're acting-"

"Will you knock it off?" Marah Declan tidak bersahabat.

Nana bersedekap dada. Mukanya dipaling pandang luar tingkap. Lebih kurang merajuk dengan si Declan. Declan sudahlah tak nak bercakap hal hati. Declan tidak sukakan rasa cemburu ini kerana dia tahu perasaan cemburu yang dialaminya dapat merosakkan segalanya. Termasuk menyakitkan kekasihnya.

Ting!

Aku tunggu lima minit, kau lambat. Aku tamatkan perbincangan kita-Darcel

Tsk!

Terpaksa tapi rela,

"I am sorry Nana but I need to reach the office now so you are going to stay in my office."

Setelah dapat isyarat mata dari Declan, terus pemandu tekan minyak rapat. Kelajuan semaksimum mungkin. Macam dah biasa, tak ada langsung takut pada raut wajah itu.  Nana mampu menggeleng aje. Nana tak nak cakap banyak, lagipun dia malas nak bertekak.

"Kita dah sampai Tuan," bagitahu pemandu.

Declan dan Nana keluar dari kereta. Dia mengapai tangan Nana lalu dibawa pegang lengannya yang berlapik. Bagai lembu dicucuk hidung, Nana ikut saja langkah Declan. Melangkah saja satu langkah masuk dalam syarikat besar itu, terus anak mata semua pandang dirinya. Ramai pekerja yang berbisik antara satu sama lain. Berita tergempar Declan bawa perempuan dalam office. Tak pernah boss besarnya itu bawa perempuan. Mereka masuk ke dalam lif.

"Kenapa semua orang tengok saya?" Soal Nana kerisauan.

Declan ambil jalan mudah, dia angkat kedua bahunya saja. Terlebih dahulu, dia hantar Nana masuk dalam bilik office nya sebelum Declan masuk ke dalam bilik meeting meninggalkan Nana sendiri.

"Ceh! Tinggalkan aku macam tu je!" Gumam Nana sakit hati.

Dalam beberapa minit, ketukan pintu menyedarkan Nana bahawa dia masih di dalam office ini.

Tok! Tok! Tok!

"Cik Nana?"

Nana bangun, dia mengambil huluran beg kertas dari seorang perempuan.

"Untuk saya?"

Perempuan itu mengangguk sebelum dia keluar dari office itu. Nana tengok apa yang ada dalam beg kertas itu. Senyumnya terukir melihat air minuman yang sama dia minum dalam cafe tadi. Kertas kecil yang terselit pada minuman caffeine itu  dikeluarkan.

I promise, it won't take long. Three minutes of your time is all I'm asking for. I'm not exactly sure what I am pissed off about except him talking with you. I am sorry, Darling..-Declan

Nana berdehem kecil. Rambut yang berjuntai diselit pada tepi telinga. Malu-malu Nana ketawa. Perasaan bahagia terbit dalam dirinya. Tiba-tiba rasa berbunga dapat surat kecil dari Declan ini.

Unforeseen Lucky MistakeWhere stories live. Discover now