Sarah melambaikan tangannya kearah kereta yang dinaiki oleh ahli keluarganya itu. Setelah bersalaman dan turun daripada kereta, keluarganya terus bergerak pulang ke Terengganu. Selepas bayangan kereta itu hilang di pandangan mata milik Sarah, Sarah terus berjalan memasuki biliknya dengan menarik sebuah bagasi.
“Haura,” panggil Sarah usai saja dia memasuki biliknya itu. Haura yang sedang sibuk menyimpan barang keperluannya di dalam almari terus berpaling.
“Sarah!” jerit Haura lalu bangun dan terus menerpa kearah sahabat karibnya itu. Dipeluknya erat buat seketika kemudian melepaskannya. Sarah mencubit kedua-dua belah pipi Haura yang agak chubby itu akibat geram dengan kecomelannya itu.
“Rindu aku tak?” soal Sarah.
“Tak,” balas Haura singkat. Terbuntang mata Sarah.
“Apa? Tak rindu?” soal Sarah kembali sambil mencubit pipi Haura itu dengan semakin kuat. Mengaduh kesakitan kawan itu dibuatnya.
“Aduh! Sakitlah. Mestilah rindu,” kata Haura lalu Sarah melepaskan cubitannya itu.
“Tahu pun sakit. Siapa suruh cakap tak rindu? Kan dah kena cubit,” balas Sarah pula.
“Hehehehe... Saja nak bergurau. Tak sangka dapat penyepit ketam kau,” ujar Haura pula sambil tergelak kecil. Sarah sekadar menjeling lalu menarik semula bagasi yang berada diluar pintu bilik dan dibawa masuk.
“Best tak bercuti ke Melaka?” soal Haura untuk menyambung perbualan mereka.
“Best. Best gilerrr.... Semalam kawan ayah belanja kitaorang makan kemudian, belanja kitaorang naik river cruise. Lepas tu, pagi ni, kitaorang pergi ke Kota A Famosa. Naik beca, minum air kelapa, makan cendol. Pergh... Best. Next time, kita berdua pula pergi sama-sama, ya,” cerita Sarah tak ubah seperti kanak-kanak riang bercerita kepada teman-temannya itu.
Haura tersenyum lantas menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“InsyaAllah, kalau diizinkan oleh Allah kita berdua pergi sama-sama,” balas Haura.
“Cepatlah punggah barang-barang tu semua. Simpan kat tempat yang patut. Lepas tu bolehlah kita rehat. Nak solat ke nak tidur ke,” tambah Haura lagi. Sarah mengangguk. Dia cepat-cepat mengikut jejak Haura memunggah barang-barang peribadinya kemudian menyimpannya di tempat yang patut. Setelah selesai semuanya, mereka berdua menunaikan solat fardu kemudian tidur di katil masing-masing. Keletihan akibat perjalanan jauh.
♡♡♡♡♡
“Boleh tahan juga makanan kat kedai makan tu, kan? Lepas ni, boleh lah repeat,” puji Haura akan masakan di kedai makan tempat dimana mereka berdua menjamu selera tadi.
“Haah, kan? Tapi kan, aku rasa nak beli barang dapur jelah esok selepas kelas. Nak masak sendiri. Time macam ni lah aku manfaatkan peluang untuk belajar berdikari dan belajar memasak,” kata Sarah pula.
“Wow! Ada orang tu nak start masak-masak. Bagus-bagus. Nanti aku nak try masakan kau. Kalau betul-betul sedap, tak lain dan tak bukan... Sarah... Kau dah boleh kahwin,” gurau Haura pula.
“Kau perli aku ke?” soal Sarah pula sambil menaikkan sebelah keningnya tak ubah seperti Ziana Zain.
“Tak, tak. Mana ada aku perli. Aku sokong niat kau tu. Betullah. Time ni lah kita nak belajar berdikari dan masak sendiri. Kalau duduk kat rumah, asyik-asyik mak kita je yang masak. Nak buat macam mana, kan? Masakan mak kan masakan yang paling sedap di dunia,” balas Haura pula. Sarah menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Woof!!! Woof!!!! Auwooo!!!
Serta merta Sarah dan Haura menghentikan langkah mereka berdua. Kelihatan di hujung lorong bersebelahan dengan rumah sewa mereka, ada seekor anjing liar menyalak seolah-olah dapat mengesan akan kehadiran mereka berdua. Salakan itu juga mendapat sahutan oleh anjing-anjing liar lain yang sering berkeliaran di kawasan perumahan itu.
YOU ARE READING
My Mr. Rider
RomanceDalam dia asyik membuli, sebenarnya dia asyik mencintai. Mula : 28/12/2022