9️⃣

58 4 0
                                    

Awal-awal pagi, sebelum bermulanya kelas pada hari itu Haura sudah terpacak di bangunan fakulti. Bukan berniat untuk masuk ke kelas awal, tetapi ingin mencari tahu siapakah gerangan lelaki yang menaiki motor berkuasa tinggi dengan berpakaian serba hitam. Jejaka yang penuh misteri. Akan tetapi, tipulah kalau Haura cakap dia tak syak siapa-siapa. Bagi merungkai segala kemusykilan yang timbul di benak fikirannya.

“Hazeeq, Haura nak tanya Hazeeq sikit boleh?” soal Haura meminta izin ketika mereka berdua duduk semeja di perpustakaan.

“Tanyalah. Soalan apa tu?” balas Hazeeq.

“Hazeeq selalu pergi ke kelas naik apa?”

“Naik kereta lah. Sebab rumah sewa Hazeeq jauh,” jawab Hazeeq.

“Ouh... Naik kereta sekali dengan Tengku ke?”

“Kadang-kadang sekali, kadang-kadang tak.”

“Kalau tak tu, Tengku pergi ke kelas dengan apa?” soal Haura lagi ingin mencari maklumat.

“Tengku ada superbike. Jadi kalau dia in a good mood, memang dia akan menunggang superbike dia itu,” cerita Hazeeq.

“Wow! Ada superbike. Mesti Tengku tu anak orang kaya, kan?” tebak Haura.

“Uish... Of course. Ayah dia tu ada syarikat sendiri. Tengku tu sebenarnya tak perlu pun belajar sampai degree sebab dah sah-sah memang akan dapat kerja under syarikat ayah dia. Tapi tulah, dia cakap, kalau nak jadi CEO ke, manager ke, ilmu tu kena ada sesuai dengan taraf jawatan kita. That's why dia belajar sampai tahap ni,” cerita Hazeeq lagi.

“Ouh... Macam tu. Haura selalulah juga nampak student sini tunggang superbike. Ramai lah juga. Bukan Tengku seorang. Tapi superbike Tengku yang mana satu, ya? Nak tahu lah juga,” kata Haura lagi ingin mengumpan Hazeeq.

Superbike Tengku warna hitam. Dia selalu park motor dia kat tempat parkir sebelah fakulti kita,” jawab Hazeeq.

By the way, kenapa Haura beria sangat nak tahu pasal Tengku ni?” soal Hazeeq lagi mula musykil dengan Haura.

“Mana ada beria. Saja je Haura nak tahu. Manalah tahu kan, kalau jumpa tengah-tengah jalan, boleh lah bertegur sapa,” balas Haura ingin menutup niat sebenarnya.

“Ouh... Faham.”

Bunyi deruman enjin motor berkuasa tinggi mematikan lamunan Haura yang teringatkan kejadian semalam. Dia berjaya mengumpan Hazeeq untuk mendapatkan maklumat serba sedikit tentang Tengku. Dari ciri-ciri yang disebut oleh Hazeeq itu, sama dengan ciri-ciri lelaki misteri yang selalu menghantar bekalan makanan dan ubat-ubat kepada Sarah di kala Sarah sedang sakit.

Dari jauh, Haura sudah nampak superbike berwarna hitam itu. Sama seperti yang dia lihat tempoh hari. Kenderaan itu mulai mendekat dan parkir di sebuah kotak yang masih kosong.

Sarah perhatikan gerak-geri lelaki itu. Dari dia mulai turun dari superbike itu, kemudian membuka helmet dan merapikan rambutnya dari cermin sisi. Haura hanya dapat melihat dari arah belakang jejaka itu. Akan tetapi dari bentuk dan susuk tubuh itu, Haura yakin siapa jejaka itu.

Dan ketika jejaka itu berpaling dan berjalan untuk masuk ke bangunan fakulti, ia mengiyakan lagi tekaan Haura selama ini.

Tengku Dilan!

Tepat sangkaannya. Memang betullah Tengku yang sering menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada Sarah selama ini.

Haura keluar dari tempat persembunyiannya. Berjalan untuk mendapatkan Tengku. Terus saja dia berdiri betul-betul di depan Tengku. Tengku tampak terkejut lalu memberhentikan langkahnya. Haura menaikkan sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain gitu sambil berpeluk tubuh.

My Mr. RiderWhere stories live. Discover now