5️⃣

81 6 0
                                    

Haura setia menunggu gerangan orang yang ingin menjual buku-bukunya kepada Haura. Dikerlingnya sekejap kearah jam tangan yang dipakai olehnya di sebelah kanan kemudian dia memandang semula kearah hadapan. Sudah ramai pelajar yang lalu lalang di depannya tadi, namun tiada satu pun kelibat yang menunjukkan bahawa orang yang ingin jual bukunya itu tiba. Ditariknya nafas dalam-dalam kemudian dihembusnya perlahan.

"Mana akak yang nak jual buku ni? Dah pukul 1:30 dah ni. Cakap pukul 1:15," omelnya sendirian. Tak lama selepas itu, dia mengambil keputusan untuk mesej orang itu semula.

"Sis, saya dah sampai sini. Sis belum sampai lagi ke?" soal Haura. Butang hantar ditekannya. Tidak lama selepas itu, dia menerima mesej dari orang itu.

"Saya pun dah lama sampai. Awak yang mana satu?" soal orang itu kembali. Dahi Haura berkerut buat seketika. Aik? Kalau betul dia sampai dari tadi, mana dia?

"Saya pakai tudung corak bunga dan baju warna krim," balas Haura lagi.

'Aku silap tempat ke? Aku rasa dah betul. Tapi dia ni yang mana satu?' soal Haura dalam hatinya. Haura memandang kearah ruang mesin ATM yang disediakan bagi memudahkan urusan pelajar-pelajar universiti untuk mengeluarkan duit dari bank. Tiada pun tanda-tanda bahawa akak itu ada dalam kalangan pelajar perempuan yang berada disitu.

"Awak ni Haura ke?" soal suatu suara yang agak garau dari arah belakang Haura. Haura terus memandang kearah pemilik suara tersebut. Dia kehairanan. Macam mana lelaki yang berkulit sawo matang ini boleh tahu akan namanya?

"Ya, saya Haura. Macam mana awak tahu nama saya?" soal Haura kembali. Hazeeq tersenyum. Dia menarik beg sandangnya kemudian mengeluarkan beberapa buah buku yang ingin dibeli oleh Haura.

"Awak yang nak beli buku tu kan?" soal Hazeeq sambil menghulurkan buku-buku itu kepada Haura. Haura terkejut dan hairan. Macam mana lelaki yang berdiri didepannya ini tahu yang dia ingin membeli buku.

"Kejap. Macam mana awak tahu yang saya nak beli semua buku ni?" soal Haura lagi kehairanan. Hazeeq masih lagi mampu tersenyum.

"Sebab sayalah orang yang nak jual buku-buku ni ke awak," jawab Hazeeq lagi.

"What?!" Haura hampir saja tidak percaya akan apa yang didengarnya itu. Dia membuka semula aplikasi Whatsapp di telefonnya lalu menekan ikon gambar pemilik nombor telefon yang dia sering mesej untuk membeli buku itu.

"Astaghfirullah hal azim. Mati-mati saya ingatkan awak ni perempuan. Bila saya tengok betul-betul gambar awak ni baru saya perasan yang awak pakai hoodie, bukannya tudung. Sorry," kata Haura lagi memohon maaf. Hazeeq tergelak mendengar kata-kata Haura itu. Adoilah Haura. Kau ni macam-macam betullah. Mendengar Hazeeq tergelak, Haura turut tergelak kecil.

"Awak ni pun satu. Kenapa tak cakap awal-awal yang awak ni lelaki, bukannya perempuan? Tak pasal-pasal saya ingat awak ni betul-betul perempuan tau," kata Haura lagi.

"Bukan apa, saya terfikirlah jugak. Takkan awak tak tahu yang saya ni lelaki ke perempuan. Tengok gambar kat profile Whatsapp pun dah tahulah saya ni lelaki ataupun perempuan. Kat bahagian about pun saya tulis nama Hazeeq kat situ," balas Hazeeq pula.

"Hehehe... Saya ingatkan nama Hazeeq tu nama boyfriend awak sebab saya ingatkan awak perempuan kan tadi... Hehehe... Sorry," kata Haura lagi.

"Saya lelaki lah awak. Awak jadi tak nak beli buku-buku ni?" soal Hazeeq kembali. Haura terus menganggukkan kepalanya.

"Jadi jadi jadi. Erm... Awak nak cash or instant transfer?" soal Haura pula.

"Mana-mana pun boleh."

"Ermm... Kalau macam tu, awak bagi QR code. Saya nak scan," kata Haura.

My Mr. RiderWhere stories live. Discover now