Tengku duduk di tempat duduk bersebelahan dengan Hazeeq yang duduk di hadapan Haura. Tadi sewaktu mereka berdua memasuki perpustakaan itu, mereka berdua terlihat Haura yang sedang belajar seorang diri. Terbit juga persoalan di benak fikiran Tengku. Mana Sarah? Selalu mereka sering berdua kemana saja mereka pergi. Tetapi kenapa kali ini Haura seorang diri saja?
“Zeeq, kau boleh tolong aku tak?” soal Tengku.
“Tolong apa tu?”
“Kau nampak kan Haura yang tengah study sorang-sorang tu? Aku nak cakap sikit dengan dia pasal Sarah. Aku takut kalau aku sorang-sorang, dia tak bagi peluang untuk aku bercakap. At least, kalau ada kau, kau boleh pujuk dia. Kau dengan dia kan saling kenal,” kata Tengku.
“Aku dengan dia kenal-kenal gitu je. Baru beberapa kali jumpa. Rapat pun belum. Tapi aku cubalah untuk slow talk dengan dia,” balas Hazeeq pula.
Sebagai seorang sahabat karib, sudah semestinya Hazeeq akan menolong Tengku selagi dia mampu. Seperti permintaan Tengku, Hazeeq melakukan apa yang dikehendaki olehnya.
“Sarah apa khabar? Dia sihat?” soal Tengku dengan nada suara yang lembut.
“Sejak bila pula kau kesah dia sihat ke tak? Bukan ke selama ni kau selalu cari peluang untuk cari pasal dengan dia?” balas Haura pula pedas.
“Haura... Tengku bertanya dengan baik-baik tu kan,” tutur Hazeeq lembut kurang senang dengan tutur bicara Haura itu. Haura mengalah.
“Dia kurang sihat hari ni. Gastrik dia datang balik,” kata Haura acuh tak acuh.
“Teruk ke gastrik dia tu?” soal Tengku lagi.
Haura memutarkan bola matanya seketika.
“Seteruk-teruk gastrik yang dia hadap sekarang ni, lagi teruk apa yang kau telah buat kat dia selama ni tau” balas Haura pedas. Tengku terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Haura itu. Kelakuannya tempoh hari lagi menyakitkan daripada apa yang Sarah lalui sekarang ini.
“Haura, aku nak kau tolong sampaikan kata minta maaf aku pada Sarah atas insiden haritu, boleh? Kau saja boleh tolong aku memandangkan Sarah tak nak jumpa dengan aku. Aku perasan, setiap kali kami hampir terserempak, Sarah akan lari jauh dari aku,” pinta Tengku.
“Memang patut pun Sarah buat macam tu pada kau. Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh kau tendang bola kuat sangat kat dia? Tiada siapa yang suruh pun kan? Sekarang kau hadaplah. Kalau aku sendiri duduk kat tempat Sarah, aku pun akan buat hal yang sama. Lagipun kau tu tak habis-habis nak cari pasal dengan dia. Siapa je yang suka?” balas Haura panjang lebar mempertahankan kawan baiknya itu.
“Ya. Betul apa yang kau cakapkan tu. Takde salah sikit pun. Tapi cara aku yang salah. Tak patut aku buat macam tu walaupun aku nak perhatian daripada dia,” sokong Tengku sambil menyalahkan diri sendiri. Dahi Haura dan Hazeeq sama-sama berkerut.
“Perhatian? Apa maksud kau dengan ‘perhatian’ tu?” soal Haura ingin tahu. Hazeeq turut tertarik untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Tengku itu.
“Aku sebenarnya.... Aku.... Aku....”
“Cepatlah! Dari tadi sebut aku... Aku... Aku apa?” gertak Haura geram kerana Tengku tergagap-gagap untuk menuturkan bicaranya.
“Aku sukakan Sarah,” kata Tengku ringkas tapi padat.
“Hah?! Kau ni biar betul?” jerit Haura dan Hazeeq hampir serentak. Nasib baik hari itu merupakan hari Jumaat, hanya mereka bertiga saja yang ada dikawasan perpustakaan itu. Jadi, jeritan mereka tadi tidak mengganggu sesiapa. Tengku tertunduk menahan malu. Dia sudah dapat mengagak reaksi kawannya itu.
YOU ARE READING
My Mr. Rider
RomanceDalam dia asyik membuli, sebenarnya dia asyik mencintai. Mula : 28/12/2022