7️⃣

86 6 0
                                    

Walaupun kelopak matanya agak berat untuk dibuka, namun dia gagahkan jua. Sarah memegang kepalanya yang masih berdenyut. Namun, itu hanya sementara. Kemudian, sakit itu beransur reda sedikit tetapi masih terasa. Dia cuba bangun dari pembaringannya. Melihat Haura yang sedang memandang kearahnya dengan riak wajah penuh kerisauan terus mendapatkannya. Kelihatan Tengku dan Hazeeq turut berada disitu.

"Aku kat mana ni?" soal Sarah.

"Kau kat UK sekarang ni. Kau pengsan tadi sebab kepala kau kena bola yang ditendang oleh orang gila," kata Haura sambil mengerling tajam kearah Tengku. Tengku masih lagi diam.

"Doktor yang rawat Sarah tadi cakap Sarah takde apa-apa. Sarah ada rasa pening-pening tak tadi sebelum pengsan?" soal Hazeeq pula untuk backup kawan baiknya itu.

Sarah mengangguk beberapa kali.

"Mungkin perut Sarah masuk angin. Sebab tu naik ke kepala dan buat Sarah rasa pening. Bila last Sarah makan?" soal Hazeeq lagi tak ubah seperti seorang doktor.

"Pa... Pagi tadi," jawab Sarah lemah. Dengar saja jawapan dari Sarah, Haura terdiam.

"Sarah, aku...."

Belum sempat Tengku menghabiskan kata-katanya, Sarah terlebih dahulu memotong.

"Kau memang sengaja tendang bola tu ke arah aku, kan? Kau memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Apa masalah kau sebenarnya? Puas ke hati kau lepas tengok aku jatuh tersungkur tadi? Puas?!" jerit Sarah. Dia sudah mula ingin menangis. Air matanya mula bertakung. Menunggu masa sahaj untuk mengalir.

Melihat Tengku Dilan saja sudah membuatkan hatinya semakin panas. Entah apa lagi yang dia buat sehinggakan Tengku asyik mengganggu hidupnya.

Melihat Sarah yang mula ingin menangis membuatkan hati Tengku Dilan sakit. Ya, sakit. Sepatutnya dia tidak menendang bola itu kearah Sarah semata-mata untuk meraih perhatiannya. Itu silapnya. Mungkin menjadi silap besar. Adakah selepas ini Sarah akan memberi dirinya? Atau selama ini Sarah sudah membencinya dan semakin membenci setelah kejadian ini?

"Sarah, aku minta maaf. Aku..."

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!" jerit Sarah lagi. Haura cuba untuk menenangkan Sarah.

"Sarah, bawa mengucap, Sarah. Jangan jadi macam ni. Sabar," ucap Haura. Hazeeq mengisyaratkan Tengku untuk keluar dahulu. Dengan terpaksa rela, kaki Tengku mula melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Keadaan menjadi tegang seketika. Namun, lama kelamaan tangisan Sarah mula terhenti. Sarah mengesat air matanya. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

"Sarah, Haura, kebetulan Hazeeq bawa kereta hari ni. Apa kata Hazeeq tumpangkan korang balik ke rumah? Lagipun, UK ni dah nak tutup. Mesti Sarah tak larat nak jalan jauh," kata Hazeeq menawarkan khidmatnya untuk menolong mereka berdua. Sarah dan Haura saling berpandangan buat seketika. Akhirnya, mereka berdua bersetuju untuk menerima tawaran Hazeeq itu.

Haura membantu Sarah untuk turun dari katil. Kemudian, dia memapah Sarah menuju ke kereta Hazeeq yang diparkir betul-betul di hadapan pintu masuk unit kesihatan. Macam tahu-tahu saja Sarah akan masuk ke unit kesihatan pada petang itu.

Sebenarnya sewaktu Sarah masih belum sedarkan diri, Tengku meminta Hazeeq untuk mengalihkan keretanya untuk diparkir di depan unit kesihatan bagi memudahkan urusan jikalau Sarah dan Haura sudi menumpang kereta Hazeeq untuk pulang ke rumah sementara dia menunggu di dalam bersama-sama dengan Haura. Walaupun, pandangan mata Haura terhadapnya masih menyiga, namun Tengku tetap ingin berada di bilik rawatan itu sehingga Sarah sedar dari pengsannnya. Dan nampaknya jangkaan Tengku tepat sekali.

My Mr. RiderWhere stories live. Discover now