4️⃣

77 7 1
                                    

Tengku berjalan memasuki bangunan fakultinya. Hari ini merupakan hari pertama bagi semester baru. Jadi, dia ingin memulakannya dengan langkah kanan. Tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Kelihatan sahabat karibnya, Hazeeq, sedang tersengih memandangnya.

"Hello, bro. Long time no see," sapa Hazeeq dengan ramah.

"Hello, bro. Hello, bro. Dah macam mat salleh dah aku dengar. Kau tu orang Melayu, tunjuk sikit kemelayuan kau tu. Tengok macam aku ni, walaupun muka aku ni ala-ala Cha Eun Woo tapi aku suka beri salam tau. Assalamualaikum," tutur Tengku.

"Zappp!! Sentap, bhai. Ya, Wa'alaikumussalam. Dah cukup melayu ke ni? Kalau belum cukup, aku boleh buka langkah persilatan aku ni," balas Hazeeq sambil membuat kuda-kuda.

"Dah-dah. Tak perlu nak melebih-lebih. Menyampah pula aku tengok. Kau nak pergi kelas, kan? Jom, kita jalan sekali," ajak Tengku. Hazeeq senyum kambing sambil menayangkan giginya yang tersusun rapi sambil mengangguk. Mereka berdua mula mengatur langkah menuju ke kelas.

"Tengku!" jerit seseorang dari arah belakang mereka dengan nada yang penuh menggedik. Siapa lagi kalau bukan Balqis, gadis yang tergila-gilakan Tengku dari dulu lagi.

"Dah datang dah Hailey Quinn kau tu," bisik Hazeeq di telinga Tengku. Tengku menjeling saja kearahnya. Tengku naik menyampah dengan Balqis tu. Hari pertama saja dia dah kena hadap dengan perempuan gedik ni.

Balqis mula berdiri betul-betul di depan Tengku dengan penuh senyuman dibibir mungilnya. Mungkin senyuman itu sudah manis bagi diri Balqis tapi bukan Tengku. Baginya itu hanya senyuman palsu dari Balqis untuk menambat hatinya. Bukan dia tak tahu perangai sebenar Balqis ni. Mencari orang yang terkenal di kampus semata-mata untuk menumpang publisiti. Dan salah seorang yang menjadi sasaran perempuan gedik ini adalah Tengku sendiri.

Ya, betul. Tengku terkenal di kampus bukan sahaja kerana nama kerabatnya tetapi akan ketampanannya dan juga kemahirannya dalam sukan bola sepak.

"Tengku... Lamanya tak jumpa you. I mesej you waktu cuti semester you tak balas pun. Sampai hati you, kan? Nak merajuklah macam ni," kata Balqis dengan nada menggedik. Hazeeq yang berada di belakang Balqis itu bagaikan nak muntah dengar suara gediknya itu.

"Kau nak merajuk, merajuklah sorang-sorang. Ada aku kesah?" balas Tengku dengan dingin lalu pergi meninggalkan Balqis disitu. Balqis cemberut dan menghentakkan kakinya beberapa kali ke lantai. Panas pula hatinya apabila mendengar jawapan dari mulut Tengku itu. Hazeeq gelak tanpa suara kearah Balqis. Hati Balqis yang sudah panas kian membara pula apabila melihat Hazeeq itu. Dia mula mengangkat tangannya untuk memukul Hazeeq. Hazeeq pura-pura ketakutan lalu pergi dari situ.

♡♡♡♡♡

"Kau nak pergi mana lepas ni?" soal Hazeeq kepada Tengku usai sahaja kelas mereka pada pagi itu selesai. Yalah, hari ini baru hari pertama pada minggu pertama semester baru. Pensyarah hanya menerangkan tentang subjek yang diambil oleh mereka itu, 'sceme of work' subjek dan juga tarikh-tarikh penting.

"Aku nak jalan-jalan pusing kampus dulu.... Lepas tu, mungkin ke perpustakaan. Lepak sambil ambil angin aircond," balas Tengku. Dia kembali meneruskan perjalanannya untuk berjalan di sekitar kampus itu. Hazeeq turut mengikuti jejak langkahnya itu.

Sedang mereka asyik menikmati permandangan di kampus itu, tiba-tiba mata Tengku tertarik kearah seorang gadis yang sedang berjalan sambil berborak dengan seorang kawannya. Mula muncul di fikirannya sebuah niat jahat. Tak terlalu jahat lah. Hanya sedikit nakal. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket dan buat-buat seperti sibuk menggunakannya.

My Mr. RiderWhere stories live. Discover now