"Lepas ni susah lah sikit adik nak balik ke Terengganu. Jauh betul adik pergi sambung belajar. Dari Terengganu ke Negeri Sembilan.
Adik kena pandai jaga diri tau sebab kita takde saudara mara pun yang tinggal dekat area Seremban tu," pesan ibu mengalih perhatian Sarah yang sedang memandang kearah luar tingkap.
Kereta yang dinaiki oleh keluarga Sarah ketika ini sedang menyusuri lebuhraya yang merentasi ibu kota Kuala Lumpur. Dari jauh, Sarah dapat melihat bangunan-bangunan ikonik negara seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Menara Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.
"Baiklah, ibu. Adik akan jaga diri adik sebaik mungkin. Lagipun Haura ada kat sana juga. Ibu janganlah risau," balas Sarah.
"Nanti kalau adik ada apa-apa masalah bagitahu saja ke abang. InsyaAllah, abang akan tolong," kata abang Sarah pula, Saif.
"Baik, abang," balas Sarah singkat.
"Adik, kalau adik tak cukup duit, bagitahu ayah. Jangan biarkan perut tu kosong. Ingat, awak tu ada gastrik," pesan ayah pula. Sarah tersenyum lantas mengangguk.
"Ok. Baiklah, ayah."
"Amboi dik. Bila ayah sebut pasal duit, bukan main lebar senyuman adik, ya," usik Saif. Sarah cemberut.
"Duit, kan. Siapa je yang tak nak? Apalah abang ni," bebel Sarah. Saif hanya mampu tersengih. Lepas ni, susahlah dia nak mengusik adik dia yang seorang ni.
"Satu lagi ibu nak pesan. Sambung belajar ni, cari-carilah juga pasangan. Nanti senang. Lepas habis belajar, dapat kerja, terus saja kahwin.
Masa belajar ni lah ada peluang nak cari. Nanti bila dah kerja, sibuk dengan kerja saja memanjang. Tengok macam abang. Bercinta zaman universiti. Habis belajar, dapat kerja, hujung tahun ni kahwin," pesan ibu lagi.
Sarah hanya mampu menadahkan telinganya sahaja untuk mendengar pesanan ibunya itu. Bukan dia tak nak cari, tapi hatinya masih lagi belum terawat lukanya. Lebih-lebih lagi yang melukakan hanya itu adalah insan yang bergelar lelaki. Nak cari pasangan pula, mestilah lelaki juga. Dia belum bersedia lagi untuk terluka buat kali kedua.
"Kamu dengar tak apa yang ibu pesan ni?" soal ibunya dengan tegas.
"Dengar, ibu. Macam ni sajalah. Apa kata kalau adik dah menjangkau usia 26 tahun tapi masih belum ada calon, ibu sendiri yang tetapkan siapa suami adik. Boleh?" cadang Sarah pula.
"Ish... Kamu ni. Yang nak kahwinnya kamu, yang nak ada peneman hidup sehingga akhir hayatnya kamu. Bukannya ibu. Kamu cari sajalah sendiri," balas ibu pula membantah cadangan Sarah itu.
"Ya. Memang betul, ibu. Apa yang ibu cakap tu memang betul. Bukan adik tak nak cari. Adik akan cari. Tapi adik cakap kalau. 'Kalau'. Kalau adik dah menginjak usia 26 tahun tapi masih belum ada calon. Masa tu ibu boleh lah cari calon untuk adik. Itulah maksud adik," jelas Sarah lagi. Ibu berfikir sejenak. Menghadam kata-kata anak perempuan tunggalnya itu.
"Erm... Baiklah. Kalau macam itu yang adik nak. Ibu nak abang dengan ayah jadi saksi dengan kata-kata adik tadi. Nanti kalau adik dah umur 26 tahun tapi belum calon lagi, adik kena terima sesiapa saja calon ibu. Tak boleh membantah. Faham?" kata ibu lagi.
"Faham, ibu. Aip, aip, kapten. Tapi ibu kena cari yang handsome lah. Barulah nanti cucu-cucu comel," balas Sarah sempat lagi bergarau. Ibu menjeling. Ada-ada sajalah anak bongsunya itu.
"Mestilah ibu cari handsome untuk anak ibu yang cantik ni. Tapi handsome tu nombor dua. Yang pertama adalah dia seorang yang bertanggungjawab.
Kalau dia seorang yang bertanggungjawab, secara automatik dia akan jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, seorang anak, seorang suami dan seorang ayah yang baik."
YOU ARE READING
My Mr. Rider
RomanceDalam dia asyik membuli, sebenarnya dia asyik mencintai. Mula : 28/12/2022