1️⃣1️⃣

80 2 0
                                    

Tengku mendongakkan kepalanya memandang kearah langit malam yang dihiasi bulan dan juga bintang. Masih lagi terngiang-ngiang di telinganya kata-kata ustaz yang memberi ceramah usai sahaja menunaikan solat fardu maghrib di sebuah masjid yang terletak di bandar itu tadi.

Kata Imam Syafi’e, kalau kalian bertemu dengan seseorang yang ketika bersamanya membuatkan kamu semakin rindu untuk dekat dengan Allah S.W.T maka disanalah kamu akan menemui kebahagiaan yang paling hakiki.

Bahkan Imam Syafi’e itu berkata lebih dalam lagi seandainya kamu melihat seseorang yang ketika kamu menatap wajahnya, melihat senyumannya, mendengar perkataannya, mampu membuat diri kamu ingat kepada Allah S.W.T, maka jagalah orang seperti itu kerana boleh jadi mereka lah yang akan memberi syafaat kepada kamu ketika hari kiamat nanti.”

Tengku tersenyum seorang diri. Ya, memang sejak pertama kali dia berjumpa dan bertentang mata dengan Sarah, sejak itulah dalam setiap doanya dia akan menyebut nama Sarah.

Memang dia tidak berani untuk mengungkapkan rasa cintanya pada Sarah, tapi dia berani untuk mengungkapkan rasa cintanya pada Allah S.W.T.

Kadang-kadang, apabila dia berseorangan dan teringatkan Sarah. Dia terus menadahkan tangannya.

“Ya Allah, make her mine fi dunya wal akhirah”

Ringkas doanya, namun penuh bermakna.

Dia sendiri pun tidak tahu bila dia ada keberanian untuk mengungkapkan rasa cintanya pada Sarah.

Meor Rafiqi.

Lelaki itu yang menjadi cabaran untuknya tatkala ini. Manakan tidak, apabila teringatkan kembali kejadian siang tadi ketika di mall, memang Tengku rasa tercabar dengan Rafiqi. Sarah berbicara dan memberikan senyuman manis kepada lelaki itu. Tapi bukan pada dia.

Yalah, salah dia lah juga. Tersilap langlah untuk mendapatkan perhatian daripada Sarah. Terlalu terburu-buru. Tengok apa dah jadi sekarang ini.

Usai saja menunaikan solat fardu Isya’ di masjid yang sama tadi, Tengku singgah mengambil angin malam di sebuah taman tasik yang berdekatan dengan masjid itu. Permandangan malam yang sangat cantik dan dihiasi oleh lampu-lampu yang berwarna-warni.

Setelah puas, barulah Tengku bangun dari sebuah tempat duduk yang disediakan di taman itu lalu menuju ke motosikal berkuasa tingginya itu. Disarungnya jaket kulit berwarna hitam itu ke tubuh lalu memakai helmet. Selepas menaiki motor miliknya itu, dia menghidupkan enjin lalu bergerak untuk pulang ke rumah.

♡♡♡♡♡

Sarah memalingkan badannya ke kanan. Kemudian ke kiri. Masih lagi belum boleh tidur walaupun matanya sudah mengantuk. Akhirnya, dia bangun dari pembaringannya. Melepaskan keluhan yang berat.

“Kau ni dah kenapa Sarah oii? Tak boleh tidur ke?” soal Haura hairan melihat kawannya itu. Haura yang duduk di meja belajar pun agak terganggu melihat Sarah itu. Bukan terganggu sebab Haura nak belajar, tapi terganggu sebab nak tengok drama China.

“Entahlah Haura. Mata aku mengantuk. Tapi bila pejam, tak boleh tidur pula. Adoiii,” balas Sarah.

“Ada perkara yang mengganggu fikiran kau ke, Sarah? Sampai tak boleh tidur ni. Cuma bagitahu kat aku apa yang mengganggu fikiran kau ni,” soal Haura kembali dengan riak kerisauan. Dari dia duduk di meja belajar, dia mula bangun dan menuju ke birai katil milik Sarah. Duduk dekat dengan kawannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Mr. RiderWhere stories live. Discover now