PROLOG

33 3 0
                                    

Bila keseorangan , kerap mengingatkan akan bayangan si dia.

Akan tetapi , masih ingatkah dia terhadap aku?

Merabella Aulya.

Pang..

Terkejut kecil Farish , agaknya kalau ada penyakit melatah dalam dirinya , habis semua orang mahu ditampar.

"Bro , what's wrong , jauh pulak termenung , dah sampai mana? , alam bazrah ke?" sindir Adam yang baru sahaja menepuk kuat bahu jejaka itu.

"Nasib tak arwah aku , kau kalau rasa dah malas sangat nak hidup , bagitahu aku , aku boleh tolong cepatkan ajal kau" sindir dibalas sindir. Baru dia rasa bertapa pedasnya mulut si Farish ini.

Adam mencebik. Kerusi tinggi bersebelahan dengan Farish ditarik pelahan lalu melabuhkan punggungnya.

Jam menunjukkan sudah pukul 9:50. Cafe kepunyaan Adam akan tutup pada pukul 10:00 malam. Alang alang kawan baiknya singgah sebentar di cafenya , jadi lewat sedikit cafe itu ditutup. Apa salahnya acah acah membuat baik.

"Kau kenapa ni , dari tadi diam je , aku panggil tak jawab , so aku tepuk bahu kau" selamba dia berkata.

Mata Farish sudah menjeling tajam ke arah Adam.

"Okay okay chill , kau kenapa , ada problem share dengan aku , ni tidak , diam je" lembut Adam bertanya.

"Hm , entah lah , aku rasa tak sedap hati , rasa macam ada something yang perlu aku buat" memang betul. Semenjak dua menjak ini , Farish kerap termenung bersendirian , mungkin memikirkan tentang kerjanya. Tapi itu bukan bagi Farish , fikirkannya bermain nama seseorang. Seseorang yang kini menghilang? , jadi itu soalan yang Farish sedang tertanya tanya.

"Pasal perempuan tu ke"

Laju kepala Farish berpusing ke kanan , terpapar wajah kacak kawan baiknya. Macam mana dia tahu?

"Macam mana aku tahu?" pandai jejaka ini meneka. Seolah olah dapat membaca fikiran Farish.

"Aku teka je , tak tahu pulak betul"

"Jadi , kau fikir apa sekarang"

Jeda.

"Come on Farish Miqael , i'm your best friend , tengok muka kau pun aku dah boleh teka"

Farish memandang cawan yang berada di hadapannya. Ditenung lama cawan itu. Mungkin cawan itu ada iras iras orang yang dia fikirkan sekarang?

"Mana dia eh? , kenapa aku dah tak nampak dia? , mana dia pergi , dia tak nak jumpa aku ke? , dia dah bosan tengok muka aku ke?" bertubi tubi soalan dari mulut Farish.

Sayu sahaja wajah Adam. Apa boleh buat , jejaka yang senang hatinya tersentuh dengan moment indah oleh kawan baiknya sendiri.

"Mungkin dia ada sekarang , cuma masa tak mengizinkan , jadi nak tak nak kau kena berusaha juga untuk terima , insyaAllah one day kau sendiri akan jumpa dia tapi hati kena ikhlas" kata Adam dengan sangat prihatin terhadap Farish.

Farish mengangguk faham. Mungkin ada betul juga apa yang dikatakan oleh Adam. Nampak sahaja Adam ini macam budak tidak cukup ilmunya tapi dia sangat pandai dalam berkata kata.

Tiba tiba suasana menjadi senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang memenuhi ruang cafe itu.

"Jadi kau.. nak buat apa sekarang?

Farish diam sejenak. Kemudian dia menoleh ke kanan , masih sama , wajah kacak kawan baiknya ada disebelah.

"What if aku cari dia"

Mata bertentang mata dengan insan di sebelahnya. Mula fikirkan sesuatu yang patut dibuat. Mungkin ini cadangan yang baik bagi Farish.

Bersinar sinar mata si Adam. Dah kenapa dengan dia. Baru lepas kena sampuk dengan wajah kacak Farish ke.

"Bro.."

"..eh kau ni siapa , selama ni aku ingat kau suka dekat lelaki , ada nafsu juga kau dekat perempuan ye HEHE" sambung Adam. Sempat lagi dia bergurau , ini kalau Farish ada saki baki menyepak orang dengan sengaja , mahu tercampak jauh Adam dibuatnya.

"Kau memang nak mati eh?" pandangan helang Farish sudah kelihatan. Mahu sahaja dia kunyah kunyah kawan baiknya ini.

"Bro chill , i love your effort , jangan risau"

Farish menghembus nafas panjang. Walaupun itu apa yang difikiran sekarang , mencari permata yang hilang , tapi ada banyak lagi soalan yang bermain difikirannya. Mahukah dia dapat mencari seseorang itu?.

-OG-THE ONLY FARISH MIQAELWhere stories live. Discover now