//FARISH MIQAEL 11//

10 2 1
                                    


Kelopak mata dibuka perlahan-lahan.Mata melilau melihat ruangan asing itu.Dekat mana pulak ni?Mata Bella tertancap pada jam di dinding.Jarum jam menunjukkan sekarang pukul 6.30 pagi.

Awal kan??Ye lah sebab dekat tempat lain dan bukan rumah dia.

Bella bangun dari baringan kemudian pintu bilik dibuka.Dia masih tertanya-tanya rumah siapakah ini.

Bunyi kuali berdentang seperti orang sedang memasak menyapa gegendang telinga milik Bella.Makin takut dia dibuatnya.Tetapi Bella memberanikan diri melangkah ke dapur.Terlihat jelas sosok seorang wanita sedang memasak.

Nak tegur ke tak nak ehh?Kalau hantu macam mana?Dia dah lah penakut.Aduhh.

"Eh Bella.Dah bangun?" Datin Nadhirah bersuara.Masih lagi ralit mengaduk masakannya.

Bella sedikit terkejut.Lah Datin Nadhirah rupanya.Dia masih ingat lagi pertama kali berjumpa dengan wanita ini di majlis hari jadi kawan umi.

"Haah.Datin masak apa tu?Boleh Bella tolong?" kaki melangkah merapati Datin Nadhirah.Bau enak semerbak itu menusuk hidung Bella.Laparrr.

"Apa datin datin ni panggil bonda je.Ni ha bonda tengah masak nasi goreng.Kalau Bella nak tolong,tu telur dalam peti ais tu tolong gorengkan boleh?" segaris senyuman diberikan.Suka betul dia lihat si Bella ni.Manis dan polos sungguh wajah gadis ini.Pipi tu rasa nak curi je.Gebu tahu tak pipi Bella tu.Haih.

"Boleh er bo-bonda." tersenyum riang Datin Nadhirah apabila Bella memanggilnya bonda.Maklumlah tak ada anak perempuan kan.Semuanya lelaki.

.......

Makanan dihidangkan di atas meja makan.Terdapat nasi goreng,telur goreng,roti dan teh o panas.Walaupun kaya simple je sarapan mereka.

Sedang Bella menyusun pinggan dan cawan, terdengar suara dua orang jejaka bertengkar.

"Aku bagitahu bonda." kata Harrash.

"Bagilah tahu.Benda kecik je,tu pun nak mengadu." Harrish memutarkan bebola matanya ke atas.Mentang mentang lah adik mengadu je kerja.

"Benda kecik kau kata?!Sakit kau tahu tak jatuh katil." bahu Harrish ditampar kuat.Bella yang hanya melihat je pun terasa pedih.Ni kalau abang dia yang buat dekat dia memang dia campak abang dia masuk sungai.Biar mati lemas.

"Eh apa benda korang ni?Pagi pagi dah bergaduh.Turun cepat duduk." bercekak pinggang Datin Nadhirah dibuatnya.Anak-anak dia ni kalau tak buat hal tak sah.

"Harrish ni bonda.Sesat naik katil orang pastu tolak orang jatuh katil.Sakit tahu tak bondaa?!Bukan perlahan dia tolakk!!" lah bondanya pula yang kena marah.Elok je tadi Datin Nadhirah memasak dekat bawah ni.

Harrish buat endah tak endah sahaja dengan jelingan Harrash.Kini matanya fokus pada Bella.Apa dia buat dekat sini??

"What are you doing here Bella?" tanya Harrish.Harrash juga terus mengalihkan pandangan ke arah Bella.Ehh baru perasan ada orang lain di ruangan makan ini.

"Main golf." tergelak kecil Datin Nadhirah.

"Tak de lah.Abang kamu bawa dia balik semalam.Jangan tanya lebih lebih." kini Datin Nadhirah memandang suaminya yang baru sahaja turun dari tangga.Dato Zulkhairi menghadiahkan senyuman ke arah isterinya dan Bella.Dia sudah tahu pasal Bella.Isteri dia lah yang bagitahu.

"Morning daddy." kata kembar itu serentak.Rutin lah dikatakan buat family ni.

"Morning.Hm where is your brother?" tanya Dato Zulkhairi seraya melabuhkan punggung di kerusi meja makan.Dia lapar nak makan cepat.

"Tuuuu." Harrash menjuih-juih kan bibir ke arah Farish yang selamba duduk di kerusi meja makan sebelah bondanya.

"Morning daddy." giliran Farish pula mengucapkan ucapan ringkas itu.Belum sempat dia menyenduk nasi,Datin Nadhirah menampar lembut tangan Farish.

"Aduh.Apa ni bonda?Rish nak makan lah Rish lapar." sekali lagi dia cuba untuk mengambil nasi tetapi gagal dan tangan dia ditampar lembut lagi oleh Datin Nadhirah.Eh bonda dia ni karang ha.

"Bangun.Ni tempat Bella.Shuh shuh." ha kau kena halau dengan mak sendiri.Ada dia suruh kita pergi??

"Dah tu Rish nak duduk mana?" Datin Nadhirah menolak Farish supaya ketepi sedikit.Lalu kerusi kosong di sebelah Farish tadi sudah menjadi kerusi Farish sekarang.Apalah nasib.

"Bella meh sini duduk sebelah bonda." Bella hanya patuh dengan arahan Datin Nadhirah.Bella menjelirkan lidah ke arah Farish.

Farish mencebik.Siapa anak dia sekarang ni??Siap namakan diri bonda lagi.

"Hehe thankyou bondaa~" ucap Bella apabila Datin Nadhirah menyedukkan nasi untuk diri dia.Datin Nadhirah tersenyum sebagai balasan.Suka dia.

Farish memandang Dato Zulkhairi.Kening diangkat tanda 'apa ni daddy?!'.Dato Zulkhairi mengangkat kedua-dua bela bahunya tanda tidak tahu.Layan kan je lah.Lagi pun isterinya sekarang ni nampak bahagia betul melayan si Bella tu.

Lagi pun isterinya sekarang ni nampak bahagia betul melayan si Bella tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Lambat lah kau ni.Cepat sikit." kata Farish dengan nada yang ditinggikan sedikit.Perempuan kalau siap memang lambat ehh?!!

"Ish sabar lah.Kaki saya dah lah pendek." pintu kereta dibahagian penumpang dibuka.Nasib baiklah tak ada kelas hari ni.Tak perlulah dia tergesa-gesa nak ambik motor lepas tu pergi uni apa semua.

"Ni nak pergi mana ni.Rumah kau dekat mana?" tanya Farish yang fokus memandu tanpa menoleh ke arah Bella.

"Hm hantar saya dekat bus stop yang Dr ambil saya semalam.Saya nak ambil motor saya."

Terus saja Farish memandu ke bus stop yang disuruh Bella tadi.




To be continued...

bosan kan?? haih tahuuu heheh sorryy

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

-OG-THE ONLY FARISH MIQAELWhere stories live. Discover now