Ting
inbox +2Fon miliknya di atas meja dicapai.Terdapat pesanan mesej baru.
"Hmm,kena bagi tahu ayah ni" Skrin telefon ditutup.Merebella kemudian menuju ke ruang tamu.
"Abang..Teman saya jom" Merabella terdengar suara uminya apabila sudah hampir sampai di ruang tamu.Nak suruh Encik Norman teman pergi beli barang dapur lah tu.
"Haish awak ni.Nanti kita pergilah okay?Bagilah abang rehat kejap" Encik Norman berkata sambil menyelak helaian surat khabar yang sedang dibaca.
"Ayah,umi" panggil Merabella lembut.Tergelak Merabella melihat Puan Nuraizah yang sedang memuncungkan bibir.Merajuk lah tu dengan sang suami.Comelll.
"Kenapa Bella?" tanya Encik Norman dan masih ralit membelek setiap helaian surat khabar tadi.Encik Norman dengan surat khabar berpisah tiada.Padahal boleh je baca dekat google tapi tak tahulah kenapa suka sangat baca surat khabar kertas tu.
"Hm tadi Bella dapat email dari satu Universiti ni.Bella dapat tawaran untuk tukar uni and belajar dekat sana." Merabella melabuhkan punggung di sofa bertentang dengan kedua ibu bapanya.
"University mana sayang?" tanya Puan Nuraizah kepada anak perempuan mereka.Hilang sudah bibir itik dia tadi.Sekarang ni Puan Nuraizah memberikan tumpuan penuh kepada Merabella.
"Universiti Dato' Zulkhairi.Bella macam tak nak lah sebab jauh." Merabella menunduk dan bermain dengan setiap jari runcingnya.Takut pulak dia.
"Bella...Apa yang jauh uni tu.1 jam je dari rumah kita ni ha.Kalau rindu balik lah bukan jauh pon uni tu.And ayah dengar universiti tu bagus.Lecturer lecturer dekat situ semua berkelayakan tinggi dan baik kan?" Encik Norman meletakkan surat khabar yang dibaca tadi di atas meja kecil bersebelahan sofa dan memandang wajah cantik anaknya.
"Ye tahu tapii-" belum sempat Merabella menghabiskan ayat,Puan Nuraizah sudah memotong.
"Aip tak de tapi tapi.Kalau betullah apa yang ayah kamu cakap tu,baguslah.Umi pon nak tengok anak umi ni study dekat tempat yang bagus.Qaiyyum dengan abang kamu pon ada dekat situ.Baguslah tu.Kan bang?" kata Puan Nuraizah kemudian memalingkan wajah jelitanya ke arah Encik Norman.
Encik Norman turut memandang wajah isterinya sambil tersenyum nipis."Ye sayang betullah tu." mata kiri dikenyitkan.
Puan Nuraizah pula tersenyum-senyum malu."Ish abang ni." bahu Encik Norman dipukul lembut.
Ha sudahh.Tak sedar ke yang anak diorang still dekat sini.Merabella mengecilkan mata dan membuat muka meluat.Nak sweet sweet pulak dekat sini.Tadi merajuk umi dia,sekarang okay pulak dah.
"Ehemm!!Excuse me sir,maam.I'm still here okay?!" Encik Norman dan Puan Nuraizah memandang Merabella serentak kemudian melepaskan tawa mereka.Lupa pulak ada lagi sorang dekat ruang tamu ni.Geli hati tengok wajah anak mereka.
"Okay fine.Bella terima tawaran tu.Nanti ayah dengan umi jangan nak rindu Bella pulak." Merabella akhirnya membuat keputusan untuk terima tawaran dari univeristi tersebut.
YOU ARE READING
-OG-THE ONLY FARISH MIQAEL
Romance"𝐼𝓉 𝓌𝒶𝓈 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝓈𝓂𝒾𝓁𝑒.𝒯𝒽𝑒 𝒻𝒾𝓇𝓈𝓉 𝓉𝒾𝓂𝑒 𝒾 𝓈𝒶𝓌 𝒾𝓉,𝒾 𝓀𝓃𝑒𝓌 𝒾 𝓌𝒶𝓃𝓉 𝓉𝑜 𝓈𝑒𝑒 𝒾𝓉 𝒻𝑜𝓇 𝓉𝒽𝑒 𝓇𝑒𝓈𝓉 𝑜𝒻 𝓂𝓎 𝓁𝒾𝒻𝑒." -Merabella Aulya- Cantik seperti namanya. Seorang gadis yang menjadi p...