"Bella!!" jerit seseorang.Merabella memusingkan kepala ke arah pemilik suara tersebut.
Abang Arel??
"Kenapa abang Arel?Bella nak
pergi kelas ni." tanya Bella apabila tubuh Arel sudah menghampiri.Tak ada kerja ke abang nya sekarang ni?Tak macam Farish pon asyik busy je."Ni umi suruh bagi.Tadi kau tertinggal." kata Arel sambil menyerahkan bag kertas berwarna coklat kepada Merabella.
Merabella melihat isi bag tersebut dan terlihat jelas hadiah yang dibelinya untuk Ally.Entah macam mana dia boleh tertinggal.Mungkin semasa dia sedang memakai helmet dan tertinggal di atas meja luar.
"Terima kasih abang Arel.Ni yang Bella sayang ni heheh." Merabella mengenyitkan mata ke arah Arel.Arel hanya ketawa perlahan.
"Eleh sayang konon.Hm sama-sama.Nanti balik hati-hati takut kena culik dengan van putih." ujar Arel.
"Eh pahal pulakk." tanya Merabella tak puas hati.Orang dah besar macam ni pon tak kan kena culik dengan van putih pulakk.
"Yelah.Kau kan pendek macam budak-budak.Nanti kalau dia bagi gula-gula ke jangan ambil hahahaha" gelak sakan Arel bila dapat kenakan adik dia.Merabella pula sudah mendengus kasar.Tak guna punya abang.
"Dah lah Bella pergi dulu.Bye." Merabella menjeling dan beredar meninggalkan Arel yang masih sakan mempertawakan Merabella.
Ally hanya memerhatikan si Bella yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya.Minah ni kenapa?Terpijak taik kucing ke sampai masam macam ni muka.
"Kau kenapa Bella?Masam nau muka tu dah kenapa?" tanya Ally sambil menahan ketawa.Kelakar mungkin tengok Merabella yang sedang memuncung tu.
"Tak ada apa.Terserempak dengan bala mana tah tadi.Geram aku." Merabella memeluk tubuh.Masih geram memikirkan tentang kejadian tadi.Tak guna betullahh!!
"Oh nah." Merabella menyerahkan bag kertas kepada Ally.Ally mengangkat kening tanda 'apa ni?'.
"Eh kau ni.Ambik je lah.Hari ni birthday kau kan so nah hadiah." kata Merabella kemudian memutarkan bebola matanya ke atas.Dah lah mood hancur sekarang ni.
"Wahhh seriouslah!!Nak tengokk!!" jerit Ally teruja tetapi dengan nada perlahan.Bag kertas itu dibuka dan terlihat jelas sebuah kotak berwarna unggu di dalam.Wangii!!
"Wehh thankyou thoo.Dah lama nak beli perfume niii.Sayang kau mwah." pipi Merabella dicium sesaat.Tersentak Merabella dibuatnya.Eh Ally ni.
Klakk
Pintu dewan kuliah dibuka.Terlihat
jelas tubuh tegap milik Farish.Hari ini dia mengenakan seluar slack kelabu dan berkemeja hitam yang lengannya dilipat paras siku.Butangnya pula dibuka dua dari atas.Wow.Merabella tidak berkelip memandang pensyarahnya.Haih handsome betul dia ni.
"Okay morning class.Saya dah check kertas kerja yang saya beri hari tu.Ada yang memuaskan ada juga yang kurang memuaskan.Tetapi untuk yang tidak memuaskan tu hari ni saya lepaskan but saya harap tiada lagi keputusan seperti ini in the future.Got it?" kata Farish sambil berdiri memeluk tubuh menghadap semua pelajarnya.
YOU ARE READING
-OG-THE ONLY FARISH MIQAEL
Romance"𝐼𝓉 𝓌𝒶𝓈 𝓉𝒽𝒶𝓉 𝓈𝓂𝒾𝓁𝑒.𝒯𝒽𝑒 𝒻𝒾𝓇𝓈𝓉 𝓉𝒾𝓂𝑒 𝒾 𝓈𝒶𝓌 𝒾𝓉,𝒾 𝓀𝓃𝑒𝓌 𝒾 𝓌𝒶𝓃𝓉 𝓉𝑜 𝓈𝑒𝑒 𝒾𝓉 𝒻𝑜𝓇 𝓉𝒽𝑒 𝓇𝑒𝓈𝓉 𝑜𝒻 𝓂𝓎 𝓁𝒾𝒻𝑒." -Merabella Aulya- Cantik seperti namanya. Seorang gadis yang menjadi p...