Bab 2

479 35 0
                                    

"Assalamualaikum"

Pintu utama dibuka. Kelibat si isteri yang sering menanti kepulangannya dimuka pintu tidak kelihatan. Leher dipanjangkan menjenguk-jenguk ke sekitar rumah. Hadiah yang dibelinya masin digenggam erat di belakang badan. Mateen bangga yang dia akhirnya buat sesuatu yang sweet untuk Nadra.

Apabila diselami balik detik-detik dan memori mereka sepanjang tiga bukan berkahwin ini, tak banyak yang berlaku. Masing-masing masih asing dengan situasi berumah tangga ini.

"Sayang, saya dekat dapur"

Nafas lega dihela. Risau dia apabila menyahut berkali-kali tiada yang jawab. Kaki terus diangkat dan dibawa menjejak dapur dimana isterinya berada. Sisi tubuh disandarkan pada tepi pintu. Anak mata bergerak-gerak melihat Nadra yang lincah memasak dengan apron merah jambu dibadan. Comel.

"Saya dah siap masak. Awak tunggu saya hidang, tukarlah baju kalau awak nak. I need some times"

"Nadra" Mateem bergerak rapat di belakang Nadra yang membelakanginya. Hadiah sudah dibawa ke hadapan. Bersedia menanti riaksi wanita itu.

"Congratulations"

Perlahan-lahan dia letakkan senduk dan berpusing menghadap suaminya.

"Awak..." Tangan naik menekup mulut. Dia terharu melihat hadiah-hadiah di dalam tangan Mateen.

"Told you, we're celebrating your success tonight" Hadiah-hadiah tersebut bertukar tangan, Nadra terus lupa tentang nasi kerabunya. Mateen menanggalkan apron dari tubuh isterinya dengn berhti-hati. Penuh tangan kurus itu memeluk semua hadiahnya.

"Saya hidang. Awak tunggu dekat meja makan" lengan baju disinsing hingga ke siku lalu menarik lengan isterinya dibawa keluar dari dapur. Serupa menghalau pun ada.

"Duduk sana"

"Okay..." Nadra tersengih lebar. Sukanya dapat hadiah. After all, Mateen tak adalah teruk mana. Dia gelak jahat di dalam hati.













"Kenapa minta nasi kerabu?"

"Tak boleh ke?"

Tubuh tersandar ke belakang. Bibir terjuih ke depan serta kedua tangan memeluk tubuh. Dia tidak percaya lelaki yang sedang berselera menambah-nambah nasi kerabu buatannya sekarang ini adalah suaminya. 

"I still remember awak kata nasi kerabu saya tak sedap" wajah ditoleh ke arah lain. Wajah masam mencuka.

"Hei, mana ada saya kata tak sedap"

"Awak kata awak makan sebab tak nak membazir je. Nampak sangat terpaksa, tak sedap cakap jelah" dia tak puas hati dengan Mateen. Boleh dia buat-buat lupa pula, rasanya tak adalah lama sangat peristiwa tu dari sekarang. 

Mateen ukir senyum tipis. Tak sangka Nadra masih marah lagi tentang hal nasi kerabu dahulu. Selepas sahaja Nadra bertindak meninggalkan ruang makan malam itu, sejujurnya dia dihempap dengan rasa serba salah. Ada juga niat hendak memujuk wanita itu tetapi sewaktu pertemuan seterusya dia butik perkahwinan, Nadra kelihatan elok saja berbual mesra dengannya. Tak jadi terus niat hendak memujuk. Bila wanita itu memuncung lagi tentang hal itu, tahulah dia Nadra cuma menyembunyikan rasa sepanjang waktu itu.

"Sedaplah. Saya cover macho je tu"

"Sampai sakitkan hati orang. Macam tu? sampai hati awakkan?"suaranya agak bergetar. Entahlah kenapa dia sedih sangat. Tapi sejujurnya, malam dia lari dari meja makan tu dia terasa sangat dengan Mateen. Sehinggakan dia mula berkira-kira adakah betul keputusannya untuk mengahwini lelaki itu. Makan hati aje hari-hari.

Tetapi setelah di 'basuh' oleh ibu dan bapanya, akhirnya Nadra lembutkan hati dan cuba juga untuk meneruskan perjalanan ke jinjang pelamin mereka.

"I'm so sorry okay. Saya masih tak reti bergaul dengan perempuan. Biasalah lelaki, poyo" Mateen rendahkan diri dengan menggelarkan dirinya yang kacak lagi bergaya dengan panggilan murahan seperti 'poyo . Dia terkilan dengan kesanggupan diri sendiri. 

"Saya tak percaya. Awak serba salahkan? Nak ambil hati selepas beberapa bulan ke?"

Mateen tidak membalas. Hanya senyuman nakal yg terukir dibibir.

"Sedap, nak rasa? Isteri saya masak" Mateen berseloroh. Sudu berisi nasi di sua ke arah Nadra yang duduk berhadapan dengannya. Biarpun wanita itu cuba menolak, dia paksa dan suap nasi tersebut ke dalam mulut comel itu. Memuncunglah wanita itu jawabnya. 

"Comotlah"

"Kat rumah, lawa-lawa nak buat apa. Dah jangan cemberut sangat muka tu, buruk gila"

TBC

House Of Love ©Where stories live. Discover now