Langkah Mateen yang bermeter jauh darinya dikejar. Sampai saja di sisi si suami, lengan kekar itu dirangkul. Mateen menjeling isterinya sekilas. Nadra nampak sangat tidak selesa dan mungkin dia faham kerana bukan dia tak perasan akan-akan mata-mata yang tidak lepas dari mengikuti jejak langkah mereka menuju ke cafeteria.
"Bos awak tu lelaki ke perempuan?"
"Perempuan"
"Haa?" Nadra menoleh ke arah suaminya dengan wajah terkejut. Kenapa dia tak pernah tahu ni?
"Relax, it's just a bos. Dia dah kahwin. Anak dua dah pun. Jealous apa?" Senyum sinisnya terjungkit di hujung bibir. Alahai, ada orang rasa tercabar.
"Cantik tak?" Nadra masih tidak berhenti mengaju soalan.
"Bolehlah. Tinggi, kurus, muslimah orangnya dan paling penting kaya" Mateen sembunyi senyum. Seronok dia menambah rencah dan rasa.
Nadra terdiam. Dia tertunduk memandang tubuhnya sendiri. Dia tinggi dan kurus apa? Tudung dia tertutupkan? Kaya pun ye juga. Dia Software Engineer kut! Tergolong dalam kalangan Engineer juga. Mateen sengaja aje.
"Mateen, lama tak jumpa!"
Mereka masuk ke dalam sebuah bilik kaca berhawa dingin. Di dalam sebesar ruang tamu rumah mereka itu, hanya terdapat satu meja makan dengan makanan yang dia dihidang mewah.
"Apa khabar, tuan?" Kedua lelaki itu saling bersalaman. Nadra agak itu merupakan suami kepada bos suaminya.
"Haish, panggil Aizat aje. Aku khabar baik, kau sihat? Maaflah tak dapat datang majlis kahwin kau hari itu. Bos kau itu, demam panas melarat-larat sampai seminggu" Aizat labuhkan duduk di sebelah Mateen. Nadra sekadar diam memerhati seorang kanak-kanak lelaki yang berlari-lari di sekitar bilik itu dengan kapal terbang mainan di tangan. Comel betul!
"Tak apa. Aku pun tak buat besar-besaran. Panggil close relative and friends aje. Tak perlulah ungkit"
"Hana, it's okay. We'll find a new one okay? Hana tengok umi. Hana Atheera sayang. Look at me, we'll figure it out later okay. Breakfast dulu" semua mata terarah pada sosok tubuh wanita tinggi lampai, langsing dan bergaya sambil mengendong seorang anak kecil perempuan yang sedang menangis dalam dakapan.
"Why my baby menangis ni?" Aizat bangun menghampiri ratu dan puterinya. Hana di ambil dari dukungan isterinya. Ditepuk-tepuk belakang tubuh si kecil itu.
"Mainan dia terjatuh dalam lubang singki. Singki tu pula tak bertutup. Sudahlah kecik, memang jatuh ke dalamlah jawabnya"
"Ouh, it's okay. Mainan boleh beli, okay? Smile for baba please?" Anak perempuannya di acah dalam dukungan. Terukir juga senyum dibibir comel itu.
"Haris tak ada yang sayang ke?" Kanak-kanak lelaki tadi berlari memeluk kaki kedua ibu bapanya.
Nadra kaku melihat keluarga bahagia di hadapannya. Tidak berkelip mata melihat kemesraan dan tawa riang yang menghiasi atmosfera mereka. Mereka bagaikan berada di dalam dunia tersendiri.
"Maaflah awak terpaksa layan drama kami sekeluarga. Lupa ada tetamu" wanita cantik itu berjalan menghampirinya, Nadra bingkas bangun dari duduk dan menghulur tangan bersalaman bersama.
"Ah tak apa, comel aje tengok" balas Nadra. Dia turut melepaskan tawa kecil sebelum kembali melabuhkan duduk di sebelah Mateen.
"Macam mana Mateen? Two weeks tu I bagi, cukup tak?" Haelyn mengusik pembantu peribadinya yang seorang itu. Mod pengantin barulah katakan!
"Cukup aje bos, tapi tak tahulah kalau Nadra rasa tak cukup. How sayang, cukup tak?" Semua mata terus tertumpu ke arah Nadra.
Mateen say what?
Sayang?
YOU ARE READING
House Of Love ©
Historia CortaShort story | Slice of life Lelaki ini, tak pernah gagal buat dia terpesona. Dari wajahnya, suaranya, gerak langkahnya, lagaknya dan senyumannya. Hari-hari jatuh cinta! "Can you stop checking me out?" "Why? Nak simpan untuk siapa?" Nadra Fakhira...