Bab 6

475 34 2
                                    

"Terima kasih opah susah-susah layan kami beberapa hari ni. Halalkan makan minum kami" Nadra salami tangan berkedut opah dengan penuh sayu.

Opah melayani dia dengan sangat baik. Menjadi teman bualnya siang dan malam. Bila-bila dia rasa nak merajuk dengan Mateen, dia lari pada opah. Pintu bilik opah sentiasa terbuka untuknya!

"Sama-sama. Opah seronok kamu balik teman opah walau sehari dua. Itu yang penting" tubuh cucu menantunya dirangkul erat.

"Lama lagi ke?"

Tch. Kedua-duanya berdecit.

"Balik rumah teruskan?" Soal opah.

"Nadra ikut aje Mateen" Nadra turun dari rumah kayu opah menghampiri suaminya. Beg Tangannya di dalam genggaman lelaki itu diambil lalu disangkut ke bahu.

"Orang nak bawa Nadra pergi beli barang dapur. Kenapa opah nak ikut? Bonet banyak ruang" Balas Mateen diselit usikan. Memang kena hempuklah jawabnya.

"Bertuah betul budak ni"

"Sakitlah!"

"Manja. Nadra, tolong ubah sikit perangai Mateen ni. Dia tak sedar dia tu dah boleh jadi bapa budak" dahi Mateen opah tunjal lembut.

"Inshallah opah. Saya akan make sure dia jadi ayah yang baik!"

Ceria betul moodnya hari ini. Mungkin sebab layanan extra gula Mateen semalam, dia rasa lebih bersemangat bila bersama lelaki itu. Boleh tahan lama mereka ber-pillow talk malam semalam. Ceritakan segalanya memori belakang tabir yang tidak diketahui oleh satu sama lain. Dari awal pertemuan mereka hinggalah ke detik-detik awal rumah tangga terbina.

"Nak shopping dekat terengganu ni atau nak balik selangor dulu?" Tali pinggang dipakai dan belakang badan diselesakan pada kerusi. Nadra mendongak menanti balasan dari suaminya di sebelah.

"Selangorlah. Kalau nak beli barang basah, tak adalah kena simpan lama dalam kereta. What do you think?"

"Great idea" senyum berbalas senyum. Hari ini terasa sangat tenang.


















"Awak nak makan apa?" Nadra soal Mateen sambil membelek botol sos Spaghetti di atas rak.

"Tak kisah. Suprised me"

"Wah, boleh. Saya masak makanan kegemaran sayalah" keterujaannya melampau-lampau. Sudah lama dia teringin untuk masak makanan kegemarannya, selama ini dia terlalu takut Mateen tidak akan suka. Kerana ia terlalu... ringkas?

"Interesting, go on. Saya nak pergi tengok buah dekat sana. Jaga trolley okay? Nanti saya datang balik" pesan Mateen ringkas sebelum pergi meninggalkan isterinya sendirian.

Nadra tarik troli mereka rapat dengan pinggangnya. Tangan masih sibuk membelek-belek botol kicap. Macam-macam yang ada di dalam kepalanya. Perbandingan bahan, jenama, harga dan kualiti. Kicap aje pun? Heish, Nadra tak akan suap Mateen dengan benda-benda murahan, tak berkualiti dan tak menyihatkan.

Buk!

Nadra jatuh terbaring akibat pinggang  berlaga kuat dengan trolinya yang telah dilanggar orang lain. Pinggang cuba disentuh tetapi malah direntap oleh seorang lelaki bertopi hitam yang cuba meragut bag tangannya. Nadra kuatkan genggaman pada tali bag, menahan begnya dari ragut.

"Tolong!"

Buah epal yang sedang dibeleknya terlepas. Mateen kenal suara itu, isterinya. Plastik buah ditinggalkan begitu sahaja kemudian lekas berlari ke tempat terakhir dia tinggalkan wanita itu. Sampai saja, Mateen lihat orang ramai sudah berkerumun. Hanya melihat dan tiada siapa yang cuba untuk membantu. Dia lihat dengan jelas isterinya terseret dilantai.

"Mengalah ajelah perempuan!"

"Argh!" Nadra rentap semula beg tangannya dengan kuat dan kasar. Dia bangun secara berhati-hati dan melayangkan sepakan tepat mengena perut peragut itu. Lelaki itu tergamam sambil menahan perutnya. Dia bangun juga menghadap Nadra di hadapannya, kakinya mendekat setapak. Nadra mendekat peragut itu dua tapak. Masing-masing saling mencerlung anak mata satu sama lain. Dengusan kasar lelaki itu lepaskan sebelum mengangkat penumbuknya.

"Blah. Bini aku" Mateen muncul dari belakang Nadra, menahan tangan lelaki tidak bertauladan itu dari mendarat pada isterinya. Serentak itu, peragut tersebut mula menyedari dirinya diperhati ramai dan kemudian laju mengangkat kaki dari dikerumuni. 

"Nadra awak okay?" Mateen pegang kedua belah bahu isterinya. Memeriksa keadaan wanitanya dari atas hingga bawah, depan dan belakang. Nadra tersenyum melihat keprihatinan Mateen terhadapnya. Tubuh lelaki itu dipeluk, dahi disandarkan pada dada bidang itu. Seperti biasa pelukannya tidak berbalas, tetapi itu tidak menghalang rasa selamatnya bersama lelaki itu.

"Baru tinggal kejap, kena ragut pula"

"Bukan salah saya"

"Melawan" 

Nadra ketawa seraya melepaskan pelukannya. Wajah tampan si suamai di amati sebelum mereka ditegur beberapa orang pekerja.

"Kami minta maaf sangat-sangat atas apa yang jadi. Memang kecuaian pengawal keselamatan kami, saya sebagai pengurus dah berbincang dengan pihak atasan untuk belanja semua barang-barang awak berdua hari ini. You can take whatever you want, no limit. Tapi, ermm berpada-padalah ye. Sekali lagi, kami minta maaf sangat-sangat atas kecuaian kami"

Bersinar-sinar mata mereka mendengarkan itu. 

Kena ragut lagi pun tak apalah macam ni. Hahaha. Barang free.













































"Nah" beg kertas berjenama mewah dihulurkan kepadanya. Nadra sambut dengan sebelah tangan oleh kerana sebelah lagi tangannya luka dan terseliuh. Apabila dibuka, dia terkejut melihat sebuah tangan baharu di dalamnya. 

"What for ni? Saya banyak beglah"

"Ini dari suami awak. Buang beg tadi tu, chain dia lukakan tangan awak" balas Mateen yang masih fokus merawat luka di tangannya. Nadra mengukir senyum, terharu. 

"Aww, rasa disayangilah. Saya akan pakai sampai lunyai, saya janji" dia sambung membelek beg tangan tersebut. Warna hitam yang berkilat membuatkan ia tampak lebih cantik dan menawan.

"Lepas ni kalau keluar, berkepit dengan saya je. Pegang tangan saya dan jangan lepas. Awak ni ada apa entah dia orang nak ragut awak. Lelaki, saya sampai tak mengaku kaum sendiri. Tak bijak, cara kotor juga nak guna. Orang zaman sekarang, banyak desprate. Terlepas pandang satu benda kecil pun macam peluang besar untuk dia orang. Lepas itu..." Mateen menjeling isterinya yang tiba-tiba ketawa. 

"Apa yang lawak?" orang tengah ceramah dia panjang lebar, boleh pula ketawa suka.

"No no, you look so cute membebel"

"Ew, cute is not for me"

"You are..." Nadra dekat muka dengan suaminya. 

"Diamlah!" Balutan di tangan diperketatkan dengan kuat. Maka bergemalah segenap rumah dengan jeritan wanita itu. Mateen senyum puas. Jangan ketawa sangat, nanti menangis.

TBC















House Of Love ©Where stories live. Discover now