"You know kita orang arrange marriage kan? It needed us a lot of time to blend in dengan each other. Cara hidup, mindset, perangai dan sebagainya. We did, kami lali dah dengan each other. Cuma the feelings still hard to get mutual. Jadi, yea akan ada yang mempersoalan tentang itu antara kita orang and the answers isn't always good" Nadra bercerita panjang lebar. Dia tidak betul-betul ceritakan situasi yang berlaku antara dia dan Mateen kerana dia masih hendak menjaga batas aib yang perlu disimpan bersama orang lain.
"Faham. So one sidelah ni?"
"Maybe. Confusing"
"You see, dalam situasi ni i bet laki kau tu pun tengah struggle juga. Love is not an instant feeling. Me myself, i don't believe in first sight love. Semua benda perlu masa. Daripada kau lari macam ni, baik duduk dan deep talk balik together. Dengar each other and fix mana yang boleh" balas nadi dengan nada lembut. Dia kenal Nadra dari kecil, luaran perempuan ni nampak aje dia tak kisah tapi di dalam hatinya sudah retak seribu.
"Bukan aku nak lari pun cuma.."
"Masa bernafas boleh, tapi sampai bila? Sedar tak sedar dah seminggu kau tinggal dia. Balik Nadra, have some time alone to get to know each other side deeper. Aku tak mampu nak nasihat detail sangat sebab aku sendiri tak tahu detail masalah kau jadi aku cuma boleh nasihat satu benda ni, it takes two to heal"
Nadra senyap. Masuk dalam pula nasihat Dani. Terus lenyap mood nak main catur dan tangan automatik bergerak mengemas meja.
"Nantilah aku fikir balik"
"It's all on you" Dani menjungkit bahu. Dalam diam dia juga berdoa agar tuhan buka hati sepupunya yang satu itu untuk kembali ke pangkuan si suami yang telah ditinggal lama.
Nak telefon ke tak? Perlu ke tak?
Sekejap bucu telefon diketuk di dahi, sekejap di pipi dan sekejap di hidung sambil merenung nombor telefon Mateen yang terpapar di log panggilan. Keluhan berat dilepaskan. Selepas memikirkan semula nasihat dan kata-kata Dani, Nadra rasa ada baiknya dia mulakan langkah Mateen. Ada saja dia terfikir untuk balik ke pangkuan suaminya itu, tetapi apabila di telefon pengawal keselamatan, khabarnya lelaki itu sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sehinggalah sekarang. Risau dia jadinya. Namun di sudah kehabisan sumber untuk bertanyakan keberadaan suaminya itu. Semua sudah ditanya dan jawapan sama, tidak tahu.
Tok! Tok! Tok!
"Makan" tegas sahaja suara si ibu di muka pintunya. Nadra lepaskan keluhan sebelum akur juga mematuhi ibunya.
Suasana di meja makan senyap sekali dengan bunyi kipas dan sudu garfu yang berlaga antara satu sama lain. Tetapi dalam diam, dia perasan saja ibu bapanya yang duduk dikerusi hujung berbisik sesama sendiri.
"Cakap apa tu? Ingat Nad tak perasan ke?" Tercebik-cebik bibirnya. Berjauh hati dengan kedua ibu bapanya.
"Ehem, mana ada cakap apa"
"Tipu"
"Okaylah, mommy dengan daddy sebenarnya dah mula pelik. Dah dua minggu lebih kamu kat sini. Mateen tahu tak berapa lama kamu kat sini?" Puan Mariam menyoal anaknya yang duduk bertentangan di meja makan. Melihat anaknya itu ragu-ragu menggeleng, buatkan dia tergeleng sendiri.
"Nadra, Mateen tu suami kamu tahu? Bukan kawan yang boleh suka-suka inform tak inform. Nak jadi isteri nusyuz? Dah cukup baik?" Nadra ditembak soalan maut oleh ibunya.
"Mana adalah" bahu digoyangkan manja dengan bibir yang sudah termuncung.
"Tempat kamu disisi Mateen sayang. Baliklah ke pangkuan dia. Kalau ada masalah bincang. Tak semua orang mampu luahkan perasaan mereka dengan kata-kata. Komunikasi itu penting" sambung Puan Mariam lagi.
"Tanggungjawab kamu jaga makan minum dia dah lama tertangguh ni. Kami bukan menghalau, tapi kami nak kamu sedar kamu ada suami sekarang. Dah tak boleh menempel bawah ketiak macam anak dara dah" selit Encik Nadeem pula. Wajah anak kesayangannya ditatap sayang.
Nadra senyap. Dikuis-kuis nasinya dengan jari. Hilang selera. Alahai, makin rindu dan serbasalah pada Mateen. Tapi masalah dia sekarang ini, mana Mateen kalau bukan dirumah mereka?
Nadra nekad. Dia akan pulang esok.
Sayang, saya akan cari awak!
YOU ARE READING
House Of Love ©
ContoShort story | Slice of life Lelaki ini, tak pernah gagal buat dia terpesona. Dari wajahnya, suaranya, gerak langkahnya, lagaknya dan senyumannya. Hari-hari jatuh cinta! "Can you stop checking me out?" "Why? Nak simpan untuk siapa?" Nadra Fakhira...