Bab 3

498 33 2
                                    

"Barang dah siap semua?"

"Dah!"

Mateen lepaskan tawa kecil. Semangat sungguh Nadra hendak pulang ke kampungnya. Bagi dia, tiada apa yang menarik. Kalau ada pun cuma opah yang kini masih sibuk menguruskan warungnya.

"Your handbag, powebank, wallet semua jangan tinggal Nadra. Saya malas nak patah balik. Naik kereta kita pecut terus ke terengganu" Mateen masukkan bagasi berwarna hitam yang dikongsi bersama si isteri.

"Semua dalam bag, awak" Nadra maju ke hadapan Mateen. Dia tersenyum melihat pakaian mereka yang berwarna senada. Semua dia yang rancang. Nak suruh Mateen rancang benda manis-manis begini? Anak sepuluh pun belum tentu!

Mateen kacak berkali-kali ganda hari ini. T-shirt polo hijau lembut dipadankan dengan slack putih. Manakala Nadra pula mengenakan blouse labuh berwarna hijau lembut, skirt putih dan selendang putih. Sama cantik, sama padan orang kata.

"Apa senyum-senyum?" Mateen menghayun dagu ke depan. Berkerut dahinya melihat Nadra yang tersenyum-senyum sendiri.

"You and me are definitely a perfect couple" Nadra sengih lebar. Dia makin merapatkan jarak diantara mereka. Leher Mateen dipaut kemudian kepala sama-sama ditolehkan ke arah cermin tingkap yang memantulkan refleksi mereka.

"Look at us! Cute gila" Nadra mengekeh tidak henti-henti. Mateen jeling isterinya seraya menolak lengan halus itu dari lehernya. Bahu Nadra ditolak buat memasuki kereta. Nadra selalu jadi punca mereka lambat.

"Macam kumpulan nasyeed tahu?" Mateen masuk ke tempat pemandu. Dia mula meluahkan lekehannya terhadap pakaian pilihan Nadra.

"Tak apa. Kita nasyeed duet, sweet apa?" Nadra ketawa lagi. Terbahak-bahak jadinya. Mateen sekadar menggeleng. Elok sangat perangai bini dia ni. Rasa nak tampar.

"Baca doa" Mateen mengarah tegas.

"Okay sayang" Nadra masih menyengih.

_

Nadra hilang diksi melihat kawasan perkampungan Mateen. Bersih, tenang, nyaman dan indah. Luas saja pemandangan di sepanjang jalan. Nadra tersenyum sendiri. Tercapai juga impiannya untuk merasai pengalaman 'balik kampung'. Membesar dalam keluarga yang sepenuhnya orang bandar buat Nadra tak pernah merasai suasana sebegini.

Kalau balik rumah Tok Ma dan Tok Wan-nya pun, kawasan bandar. Banglo besar bertingkat-tingkat dan suasana yang tak akan sama meriahnya seperti di kampung seperti ini. Keterujaanya semakin berganda-ganda.

"Assalamualaikum, opah kita orang dah sampai!" bagasi dan beg tambahan lain diangkat oleh Mateen untuk dibawa ke dalam. Tunggu opah buka pintu, memang agak berjanggut kerana waktu-waktu begini wanita separuh abad itu akan berada di dapur dan memasang lagu dangdutnya kuat memenuhi segenap rumah.

"Opah!" Mateen mula bercekak pinggang. Entah apalah yang dibawa isterinya itu, beg berat bawa bawa batu. Dari hujung rambut sampai hujung kaki Nadra lah yang uruskan semuanya. Dia cuma laburkan duit untuk perjalanan pulang dan balik mereka sahaja.

Bahunya terasa disentuh. Mateen paling kepala ke sisi, isterinya itu memberi isyarat dengan bertukar pandangan.

Tok tok tok!

House Of Love ©Where stories live. Discover now