Bab 9

502 30 0
                                    

Minggu pertama tanpa Nadra. Mateen pusing kepala untuk melihat sisinya yang tiada sesiapa. Tiada lagi bantal yang terjatuh ke bawah, tiada lagi kepala yang sibuk menyendeng di lengannya. Keluhan dilepaskan.

Dia bingkas bangun dari katil menuju ke bilik air buat membersihkan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa. Selagi boleh.

Usai, langkah kaki diatur ke dapur, tiada lagi bunyi kelentang-kelentung pagi dan tiada lagi bergilir-gilir memasak. Buat masa sekarang, semuanya dia harus uruskan sendiri.

Harapnya, buat masa ini sahajalah.














Lesu.

Tak bertenaga.

Hidung buat hal.

"This is the contract that you need. Please sign he...hacum!"

"My PA tak sihat sikit hari ni, please don't mind him" Haelyn menutur sopan. Kasihan pula melihat Mateen dengan wajah yang sudah mula kemerah-merahan selsema.

"Aaa, i see. Letak je dekat situ" Datin dihadapan mereka sekadar menujuk atas meja dengan muka jijik memandang ke arah Mateen.

"Sorry. Mateen i think you better stay in the car. You menggigil sejuk ni" Haelyn berbisik perlahan. Bukan dia tidak perasan tubuh pembantunya yang menggigil akibat menahan sejuk di dalam restoran.

"Sure ke boss?" Tanya Mateen.

Haelyn mengangguk. Mateen pula perlahan-lahan berdiri dan menunduk hormat pada klien mereka sebelum berlalu meninggalkan ruang berhawa dingin itu.

Belakang tubuh disandarkan pada pintu kereta. Tangan memegang kepala yang pusing dan badannya yang membahang panas. Telapak tangan menekup dahi.

Panas!

Keluhan berat dilepaskan. Teruk betul penangan Nadra bila tiada disisi. Jarang-jarang dia sakit, bila sakit rasa macam hujung-hujung nyawa.

30 minit berlalu. Haelyn keluar daru restoran menghampiri Mateen yang duduk memejam mata dia dalam kereta. Tempat duduk belakang dimasukinya.

"Mateen, what's with you?"

Dari awal perbincangan lagi lelaki itu tidak berhenti bersin. Sangatlah jarang untuk melihat seorang Mateen Farhan ini jatuh sakit, tetapi tengoklah sekarang. Muka merah-merah dan mata hampir terpejam.

"Saya rasa saya demamlah bos"

"Kenapa tak cakap awal-awal? You pergi baliklah. Teruk sangat dah condition you ni, balik terus pergi klinik. I bagi you cuti tiga hari"

"Sure ke ni bos? Banyak lagi urusan tak settel ni. Minggu depan bukan nak kena pergi Tokyo ke? Banyak kena prepare bos"

"I bos ke, you bos? It's okay, I boleh ajak Kayra. You boleh online briefing dia nanti. Husband I pun ikut sekali, dia ada kursus dekat sana" terang Haelyn.

"So tak payah bodyguard lah ni? Saya cuti ni, betul? Kayra tu boleh harap ke?" Mateen berbisik perlahan.

"Ei, tak baiklah you ni"

"Saya hantar bos dekat office. Lepastu tu saya gerak balik, boleh?"

"Hantar I dekat hospital Aizat. I nak lunch dengan dia" pintu Haelyn kepada Mateen yang sudah sedia untuk memandu.

"Baik" Mateen akur kemudian berlalu masuk ke tempat memandu dan kereta meluncur laju meninggalkan restoran.
















Pulang dari rumah, pintu utama dibuka dan dia laungkan ayat biasanya.

"Saya dah balik!" Namun tiada yang sahut. Kepala tertinjau-tinjau ruang dapur kalau-kalau ada kelibat isterinya. Seketika kemudian dia tersentap dengan realiti.

Lupa, Nadra tiada.

Keluhan dilepaskan. Dalam sehari berapa banyak kali sudah dia mengeluh, Allah murka betul orang banyak mengeluh ni.

Bayangan Nadra sentiasa bermain-main di dalam fikirannya. Sampai di bilik, Mateen rebahkan badannya ke atas katil. Telefon dibuka dan merenung dalam gambar halaman utamanya. Gambar di mana dia dan Nadra tersenyum 'bahagia' melayan tetamu di majlis bersanding mereka. Terleka melayan jemputan, tidak sedar gambar mereka diambil.

Biarkan sesiapa hendak kata dia obses atau gila kerana merenung gambar isterinya terlalu lama, kerana apa yang dia tahu sekarang.

Dia rindu.



















Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Nadra mundar-mandir dihadapan balkoni biliknya sebelum dia mengambil keputusan menghirup udara segar di balkoni tersebut. Fikirannya jauh menerawang membelah awan, hatinya gundah gulanan. Seperti ada sesuatu buruk bakal berlaku atau sedang berlaku.

Dia mula teringatkan suaminya di Kuala Lumpur sana. Sihat ke dia? Dah makan ke belum? Rindu dia ke tak?

Eh? Nadra tersengih sendiri.

"Woi, senyum seorang-seorang! Gila ke?" Satu suara menegur dengan lantang dari bawah. Dani, sepupunya.

"Woi, salam mana salam?"

"Salam kat rumah" seloroh lelaki itu selamba sebelum berlalu memasuki rumah. Serentak itu juga, Nadra keluar dari biliknya dan bersua muka bersama satu-satunya sepupu dia.

"Laki kau mana?" Soalan pertama yang diajukan Dani setelah mereka berdepan di ruang tamu.

"Kerja"

"Ouh, baru nak buat member" Dani angguk-anggukkan kepala. Selamba saja membuka peti sejuk dan mengambil jus buat membasahkan tekak. Maklumlah, rumah kedua. Cuma jarang balik.

"Tak nak member dengan aku dah?" Nadra tarik muka. Sengaja menguji.

"Bukan macam tu, saja nak tengok dia cool ke tak. Bukan macam kau" balas Dani.

"Dahlah jarang melawat, bila datang sakitkan hati orang aje kerja" Nadra membebel sendirian. Suasana di antara mereka diam sekejap. Nadra leka di dalam dunianya sementara Dani setia memerhati dan merenung dalam sisi wajah sepupunya itu.

"Kau okay tak ni?" Tidak lama kemudian Dani bersuara kembali.

"Siapa kata aku tak okey"

"Bapa kau. Katanya something's up with you and your hubby. So, here I am to cheer you up!" Dia menepuk dada sendiri dengan bibir yang tersungging sengihan.

"Jom lawan chess. Sambil borak"

Nadra pula ikut tersengih. Tetapi sinis.

"Chess? Memang sedia nak kalah ke apa? Kau tahu aku ratu chess sekolah kan" senang hati dia mengangkat bakul sendiri.

"Years  goes by, kau yakin kau masih hebat? Aku improve a lot tau"

TBC

House Of Love ©Where stories live. Discover now