Bab 14

739 39 1
                                    

"Selamat datang!" 

Haelyn sambut mesra Mateen dan Nadra. Makin berseri-seri pasangan itu diilihatnya. Bahagia lah tu!

"Thank you boss sebab jemput" Mateen tundukkan sedikit kepala pada majikannya. Jemari si isteri masih disulam dalam genggaman.

"Sama-sama. I take you as my family Mateen, apa reason I untuk tak jemput you? Sudah, jangan mengarut" Haelyn pelawa mereka masuk ke dalam rumah. Ruang tamu yang gah itu dipenuhi dengan saudara mara terdekat keluarga belah Aizat dan Haelyn. Nadra berasa sedikit kekok kerana tidak mengenali sesiapa pun selain Haelyn dan Aizat.

"Stay with me if you feel uncomfortable. Jom, Aizat panggil kita duduk sekali dengan mereka" Nadra jatuhkan kepalanya sekali. Genggaman tangan mereka dieratkan  lagi. Rasa janggal yang amat!

"Happy birthday to you...."

Nyanyian lagu hari jadi itu dialunkan beramai-ramai untuk meraikan Hana yang menginjak usia 6 tahun. Tersenyum-senyum anak kecil itu dibuatnya apabila berasa diri sendiri diraikan. Tangan kecil dan tembamnya turut menepuk tangan.

"Stawbeyyi cake! Tetiuw umi" Hana memeluk leher ibunya sambil mengucapkan terima kasih. Nadra senyum lebar. Jiwanya meronta-ronta ingin mencubit bibir kecil itu.

Comel!

"Umi je? Baba?" Aizat mengusik anak perempuannya dengan menarik muka. Terus sahaja Hana beralih memeluk bapanya dan semua orang ketawa melihat bibir kecil itu mengucup pelipis si bapa.

"Tetiuw baba! I yap yu."

"I yap yu too, baby."

Sambutan kecil-kecillan itu cukup buat mendatangkan rasa hangat dalam menjalinkan hubungan erat bersama yang tersayang. Dari jauh hingga yang dekat turun padang dalam meraikan ahli keluarga tercinta. Rasa syukur mempunyai satu sama lain membuahkan sayang yang tak terungkap namun kukuh di hati.

"Nadra, how are you?" Sedar  tidak sedar Haelyn sudah berada disebelahnya. Jauh sangat ke dia mengelamun?

"I'm fine thank you. Meriahnya keluarga awak. Seronok tengok." Mata mereka mula mendarat pada ahli keluarga Haelyn yang bersembang rancak di ruang makan.

"Alhamdulillah. Mungkin tak seramai mana, tapi rasa syukur dan rasa cukup buat semuanya terasa lengkap" ujar Haelyn sopan.

"Rasa cukup." Nadra sebut perlahan.

"Ye, rasa cukup. Mungkin tidak semua mereka boleh bagi pada kita. Apa yang kita minta kadang tak dapat diturutkan. Apa yang dituntut kadang tak semua tertunai. Tapi rasa cukup yang mengatakan 'mereka ada' dah besar maknanya untuk buat kita rasa bahagia dan rasa macam ada semua benda dalam semesta ni" ujarnya panjang lebar.

Mungkin dia tidak sepenuhnya cerita wanita itu dan pembantu peribadinya tetapi apa yang tahu dan faham, dia cuba ulaskan menjadi sebuat nasihat.

"Rasa cukup itu tinggi nilainya. Tak semua allah nak bagi rasa itu. Allah sayang, dia bagi. Mungkin cinta yang kita minta dari manusia tak tercapai tapi rasa cukup yang mereka ada dengan kita atau pernah ada mengisi hidup kita, dah lebih dari cukup untuk bagi suatu makna yang suam rasanya dalam hati ni. Tenang je"

"Kalau sebut pasal jodoh, andai kata dia jodoh kita, seberapa lama pun kita suka dia kalau allah kata cinta dia bukan untuk kita. Then, we will never be with them. Kalau betul mereka jodoh kita, seberapa mana pun mereka membenci kita akan tersungkur juga rasa sayang sebab allah kata we are for them. Nadra, cinta tak boleh dipaksa. Tapi kalau memang Mateen untuk awak akan jatuh juga rasa cinta itu dalam diri dia" Haelyn senyum manis kearahnya.

Nadra kaku tatkala tubuhnya dipeluk.
Tidak lama sebelum Haelyn meminta diri pergi bersama suaminya.

Kata-kata Haelyn seolah-olah benar-benar memahami situasi yang berlaku antara dia dan Mateen. Wanita itu berjaya buat dia rasa tertampar dan hangat gembira dalam masa yang sama. Senyuman kecil terukir.

"Nadra, what are you smiling at? Teringat siapa ha?" Mateen datang melabuhkan duduk disebelahnya.

"Teringat awak" tubuh suaminya dipeluk dari sisi. Alah, tiada orang perasan pun!

"Kenapa ni?" Kepala Nadra yang berbalut tudung diusap sayang. Adalah itu yang tak kena atau dimahukan isterinya.

"Nak baby"

"Awak panggil saya baby?"

"No, erm. Tak ada apalah" wajahnya bertukar cemberut. Mateen ni, saja je!

"Tak tak, saya dengar. Nak baby? Boleh jomlah balik rumah. Bos faham-fahamlah nanti" lelaki itu berura-ura hendak menarik tangannya Nadra ketawa lalu menepis pegangan Mateen pada tangannya.

"Tak nak. Saya gurau jelah. Saja nak menggedik dengan awak. Hana je menggedik dengan awak tadi" ujarnya pada si suami yang masih dengan wajah tidak berpuas hati.

"Jealous dengan Hana? Awak ni, budak pun nak jealous" Mateen kembali duduk disebelah isterinya. Wajah cantik Nadra dipandang tanpa jemu.

"Biarlah. Suami saya. Kalau saya nak cemburu dengan ipad awak yang awak pegang 24/7 itu pun, tak ada masalah tahu? Saya isteri"

"Iyelah. Yang" panggil Mateen.

"Apa"

"Esok saya cuti, kita spend time dekat rumah nak? Buat lego, masak, tengok movie. I want to stick with you sebelum saya tinggalkan awak for two weeks" ujar Mateen.

"Two weeks?" Nadra langsung menegakkan tubuh. Nak kemana tanpa dia selama dua minggu?

Mana boleh!

"Boss ada business conference dekat Amsterdam so I'm her bodyguard slash assistant slash everything, I have to accompany her" lembut suaranya cuba memahamkan Nadra. Bahu wanitanya itu dipegang.

"Oh, kalau kerja saya tak boleh cakap apalah. Pergilah, jaga bos awak elok-elok. Nanti balik jadi bodyguard saya pula, hehehe" Nadra sengih seraya memeluk kembali pinggang suaminya.

Mateen lepaskan tawanya.

"Jom balik, awak macam tak sabar je nak berkepit dengan saya" pinggang isterinya dicuit dan itu membuatkan Nadra menggeliat kecil lantas ketawa.

"Jom, kita pergi shopping! Barang dapur habis, lego saya semua dah buat. Nak beli case dialah, baru lawa jadi perhiasan dekat ruang tamu"

"Ye ye, jom. Kita jumpa tuan rumah"

TBC






House Of Love ©Where stories live. Discover now