Matanya merenung sayu ke arah kedua belah tangannya yang berikat.
"Cik Heeyu, boleh ceritakan sedikit pada saya tentang apa yang dah terjadi?" lembut saja suara yang bertanya.
Dia mengangkat kepala dan mata memandang pemilik suara tadi. Namun wajah pemilik suara itu terhalang dengan komputer riba yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua.
Ada sebab kenapa wanita itu bersetuju untuk menceritakan tentang kejadian yang pernah menimpa dirinya itu. Bukan semua orang boleh mendengar cerita dari seorang wanita yang bernama Heeyu kerana selepas apa yang berlaku, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Namun, ini adalah harinya. Hari di mana dia membuka mulut dan bercerita kepada dunia.
"Ceritanya bermula dari sebuah rumah teres dua tingkat yang baru saja menjadi milik aku."
-
Aku yang ketika itu baru saja menamatkan pengajian di dalam bidang bisnes memilih untuk berpindah ke bandar dan meninggalkan keluarga di kampung halaman. Keluarga aku sangat menyokong keputusan aku untuk berada di bandar selepas saja tamat belajar di Universiti. Kata meraka untuk masa depan aku lebih terjamin.
Aku berpindah ke kawasan rumah yang agak suram kerana berlatarbelakangkan gunung-ganang dan hutan. Namun ianya sempurna bagi aku. Kawasan kejiranan itu tidaklah sunyi kerana masih ada anak-anak jiran yang sering keluar dan bermain di halaman rumah. Waktu petang juga masih ada yang beriadah di taman dan kawasan perumahan itu.
Sebelum aku berpindah ke sini, habis semua aku siasat tentang kawasan perumahan di situ. Aku juga pernah beberapa kali berkunjung ke situ untuk melihat sendiri keadaan di kawasan itu. Aku suka, keadaannya sangat sederhana. Rumah teres itu juga makcik aku yang promot kepada aku. Katanya tidak jauh dari kawasan perumahan itu terdapat beberapa kawasan pejabat dan ibu kota juga tidak jauh dari situ. Lagipun harga untuk menyewa rumah itu berpatutan untuk fresh graduated macam aku.
Selepas beberapa jam perjalanan menuju ke bandar, akhirnya aku sampai ke destinasi. Rumah yang bernombor 7 itu aku tenung dari dalam kereta. Nafas aku hela perlahan sebelum keluar dari perut kereta. Aku memberi isyarat untuk matikan enjin kepada pemandu lori sewa yang membawa barangan aku.
Kunci rumah aku gapai sebelum pad lock aku buka. Pagar aku buka luas untuk memberi ruang kepada lori sewa untuk masuk ke halaman rumah.
Aku masuk ke dalam rumah lalu melihat keadaan di dalam rumah tersebut. Kawasan ruang tamu terdapat televisyen yang berhadapan dengan sofa dan meja kopi yang agak rendah. Di dalam rumah itu sudah tersedia perabot asas dan tidak mempunyai banyak aksesori. Keadaan juga tidaklah teruk seperti yang aku sangkakan. Mungkin kerana tuan rumah sering datang dan membersihkan rumah ini.
Aju, nice! Kuranglah kerja aku ehek.
Kaki melangkah pula ke tingkat atas. Kecik saja rumah ini, sesuai untuk pasangan yang baru kahwin dan tidak mempunyai anak. Okaylah tu, aku pun hidup single. Setelah mendaki beberapa anak tangga, akhirnya aku sampai ke tingkat atas. Tingkat atas mempunyai tiga buah pintu. Pintu pertama aku buka, bilik utama. Ringkas saja cara penyusunan katil dan meja di dalam bilik itu. Ada juga tandas di dalam bilik itu.
Tombol pintu yang berada di sebelah bilik utama aku pulas. Tandas. Ianya bersambung dengan bilik utama tadi. Kening aku terangkat. Ceh, siapa lah yang design rumah macam ni? Boleh pula tandas bersambung dengan bilik utama.
Sedang mulut mengomel perlahan, aku mendekati sebuah lagi pintu yang berada di hadapan bilik utama.
Klak!
Berkunci. Eh?
Pintu itu aku tolak beberapa kali sebelum ada satu suara menyedarkan aku.
"Cik? Barang-barang cik ni kami nak letak dekat mana ya?"
Terhinjut sedikit bahu aku mendengar teguran pemandu lori sewa itu.
"Tak apa, saya tolong."
Langkah mengikut pekerja lori sewa itu dan meninggalkan bilik itu bersama tanda tanya.
-
Malamnya aku berehat di sofa ruang tamu sambil mata memandang skrin telefon. Berehat bersama kit kat.
Masakan tidak, sampai saja aku ke rumah ini tengahari tadi, terus saja aku mengemas barang aku. Dari tengahari aku berkemas sampailah maghrib baru aku berhenti dan membersihkan diri sebelum menukar pakaian malam. Itu pun belum semua barang aku siap kemas. Masih ada lagi beberapa kotak yang belum aku buka. Entah apa isi nya aku pun tak ingat.
Aku bukanlah seseorang yang rajin sebenarnya cuma aku terfikir yang sekarang aku tinggal sendirian tanpa penjaga. Aku seorang saja yang kena jaga rumah ini dengan itu, aku perlulah berfikiran matang dan kurangkan sifat pemalas tu. Risau nanti rumah ni jadi sarang tikus. Tahu-tahu dapat roommate baru, ha berkawanlah dengan tikus. Pishang mat.
Sedang aku mengetik papan kekunci di skrin telefon, tiba-tiba kedengaran deringan menandakan ada panggilan yang masuk. Laju saja aku menggesek butang hijau selepas nama ibu terpapar di skrin.
"Hello, anak ibu." lembut saja sapaan darinya membuatkan aku tersenyum kelat. Aih ni yang buat rindu ni!
"Hello, hai ibu. Ibu buat apa?"
"Baru siap makan. Heeyu dah makan?"
Aku tersenyum. Apa agaknya reaksi ibu bila dia dapat tahu yang aku sebenarnya terlupa nak makan.
"Dah." bohong aku.
"Rumah sana okay tak? Ada tegur jiran kiri kanan?"
"Belum lagi, tak sempat nak bertegur. Heeyu dari siang tadi sibuk kemas barang. Esok Heeyu tegur jiran ya?"
"Hm, iyalah. Cakap pasal rumah, makcik kamu ada benda nak cakap ni."
Kening aku terangkat kecil. Makcik ada di rumah ibu rupanya. Panggilan tersebut sunyi seketika sebelum di sahut dengan suara makcik.
"Hello?"
"Iya, hello makcik. Kenapa?"
"Heeyu, lupa makcik nak cakap. Tuan rumah tu haritu ada cakap dekat makcik yang ada beberapa bilik yang berkunci dekat dalam rumah tu. Heeyu abaikan je bilik-bilik tu sebab tuan rumah tu simpan barang-barang dia dekat dalam bilik tu."
"Oh, kalau itu jangan risau. Heeyu taklah busy body sangat."
Ceh macam tahu-tahu je.
"Makcik nak balik rumah pukul berapa? Dah lewat ni." sambil itu mata aku mencuri lihat ke arah jam dinding yang menunjukkan waktu hampir menginjak ke angka 10 malam.
"Malam ni makcik tidur sini, teman ibu kamu ni. Risau kesunyian." ketawa makcik kedengaran di hujung ayat. Aku menggeleng kecil sambil mulut mengukir senyuman.
Selang beberapa saat, suara ibu pula kedengaran "Tak apalah Heeyu, rehat dulu ya? Tak perlu rushing kemas rumah tu. Bukannya Heeyu dah bekerja, esok-esok pun barang tu boleh kemas. Jangan paksa diri, ya?"
"iya. Heeyu tutup dulu ya, ibu. Nak tidur."
"Baik, selamat malam." ucap ibu sebelum panggilan itu ditamatkan.
Selamat malam, ibu.
Telefon aku letak di tepi sebelum pandangan aku lemparkan ke arah dinding di hadapan.
Ada sesuatu yang menangkap deria pendengaran aku.
Makcik cakap, bilik-bilik berkunci?
Padahal aku cuma jumpa satu je bilik yang berkunci.
YOU ARE READING
Bercinta Dengan Hantu
HorrorBetrayed "When everyone was frightened of you, I fell in love with you. I always be there for you, but how could you be so reckless to my heart?" [HIGH RANK] #1 in ghost #7 in horror . ©BDH Δ 2015 Δ