🍂Dream🍂

3.3K 184 10
                                    

'Sinar rembulan menembusi tirai kamar.
Menyuluh lembut permukaan si mawar.
Merahnya si mawar menarik perhatian.
Dalam indahnya, durinya melukakan.'

Mata aku terbuka luas selari dengan jantung yang berdegup laju. Aku melihat sekeliling - mendapati aku masih berada di dalam bilik berseorangan. Aku juga masih berpakaian pejabat seperti kali terakhir aku pulang ke rumah.

Peluh di dahi aku lap menggunakan telapak tangan.

Mimpi.

Aku bermimpi sebentar tadi.

Mimpi yang tidak jelas dan agak samar-samar. Ianya berceritakan tentang sekuntum bunga yang subur di malam hari. Di sebalik mimpi itu kedengaran seseorang berbisik kata-kata misteri.

Mata aku beralih pada tingkap bilik yang di simbahi cahaya bulan. Kaki aku melangkah ke arah pintu bilik lalu telinga aku tekap ke permukaan pintu.

Tiada bunyi.

Tombol pintu aku pulas dan dengan berhati hati aku melangkah keluar. Jantung aku masih saja berdegup laju.

Sempat aku capai penyapu dari dalam bilik dan aku genggam kuat bersama aku. Berharap penyapu ini dapat membantu aku melawan makhluk menakutkan yang mungkin masih ada di bawah.

Tanpa mengeluarkan bunyi, aku melangkah turun ke ruang tamu. Nafas lega aku lepas apabila kelibatnya sudah tidak kelihatan. Beg aku yang masih berada di atas sofa aku capai lalu mencari telefon.

Baru saja aku berpaling ke arah permukaan skrin, jantung aku hampir terkeluar apabila terlihat pantulan makhluk berambut panjang yang berada di belakang aku. Laju aku menoleh ke belakang - bertentang mata dengan makhluk itu. Mata merah menyala yang menyeramkan membalas pandangan mata aku yang bergetaran.

"A-apa yang kau mahu?"

Sunyi.

"Kenapa asyik aku yang di ganggu? Apa salah aku?" soal aku sedikit teriak. Air mata mula mengalir menuruni lekuk pipi. Tangan mencengkam kuat pegangan pada telefon. 

Teringat ketika kali pertama aku berpindah ke sini. Aku pasti ianya makhluk yang sama mengganggu aku ketika itu. Makhluk yang mencakar tangan aku hingga meninggalkan parut. Termasuk gangguan kali ini, hampir empat kali aku di ganggu makhluk halus.

Terkejut aku apabila iblis itu memutarkan kepalanya dari depan ke belakang. Tegak bulu roma aku melihat kelakuannya itu. Ah sial, malam ni tentu tak dapat aku tidur lena!

"Ngih ngih ngih. Kau, manusia durjana. Apa kau fikir kau boleh lari dari aku?"

"S-siapa yang lari? Aku sedang berdiri di depanmu sekarang."

Iblis itu berhenti memutarkan kepala dan mula tersenyum ke arah aku. Senyumnya amat lebar sehingga kulit pipinya terkoyak sampai ke telinga.

"Kau sangat berani, tuan puteri. Tidakkah kau tahu, kau sekarang sedang di kerumuni spesies ku? Di mana saja kau berada, percaya lah bahawa pengikut-pengikut aku sedang memerhati kau."

Sumpah aku cakap, aku berada di dalam ketakutan yang sangat besar ketika itu. Tangan aku mula menggigil hebat. Wajah aku juga sejuk, tidak berdarah. Dapat aku rasakan, wajah ku pucat ketika ini.

"Beringatlah, wahai puteri. Kau ialah kepunyaan aku. Kau, milikku."

Berakhir saja bisikannya yang memprovok aku, makhluk itu ghaib dari pandangan. Kepala aku toleh ke setiap sudut ruang tamu. Hilang. Keadaan rumah aku menjadi seperti sedia kala. Sofa yang tadi terkoyak akibat di cengkam makhluk itu, menjadi baik-baik saja. 

Bercinta Dengan HantuWhere stories live. Discover now