Min yang sedang duduk di hadapan aku tenung lama sebelum membuka bicara, "Kenapa bawa makanan? Saya baru lepas makan."
Banyak pula tu makanan yang dia bawa. Semalam juga dia datang bawa makanan untuk aku - entah apa niat dia. Semalam lepas aku jemput dia ke dalam rumah, terus dia letak makanan yang dibawa di atas pinggan dan memaksa aku untuk makan depan dia. Lepas saja aku habiskan makanan, terus dia suruh aku masuk tidur dan mempelawa diri untuk membasuh pinggan yang aku gunakan.
Aku ikutkan saja kehendak jejaka ini. Bangun saja pagi tadi aku lihat ruang tamu dan meja bersih tanpa ada makanan atau pinggan. Tahu lah bahawa Min yang membersihkan semuanya. Dapur pula sudah dipenuhi dengan beberapa bahan masakan kering seperti bawang, telur dan cili. Peti ais juga diisi dengan ayam dan beberapa ikat sayur hijau.
Hampir semua sempurna, cuma satu saja yang tiada.
Min.
Lepas aku mandi, aku fikir dapatlah aku berjumpa dengan dia namun hampa apabila Min sudah tiada. Dan sepanjang hari aku hanya menghabiskan masa menonton drama - untuk menghalang diri dari terus berfikiran negatif. Namun apabila hari berginjak malam, jejaka ini muncul lagi di depan rumah dan meminta izin untuk masuk. Dia membawa makanan lagi untuk aku namun hari ini lebih banyak dan ada variasi jenis makanan.
Mata Min aku lihat beralih pada mangkuk yang aku belum basuh lepas makan mi segera tadi. Jari telunjuknya menunjuk ke arah mangkuk itu. "Ni awak kata makanan? Boleh kenyang ke makan ni sehari sekali lepas tu esok makan lagi benda yang sama. Lagipun tak bagus untuk kesihatan awak."
Aku menukur lantai apabila di tegur begitu.
"Ni baru makanan." dia meletakkan bekas yang berisi makanan Cina di hadapan aku dan membuatkan aku mendongak.
"Awak masak?" soalan aku mendapat anggukan dari Min.
Aku menyembunyikan senyuman kecil yang terukir di bibir. Tak nak lah nampak sangat, masih merajuk lagi sebab dia halau aku. "Tapi, macam banyak sangat je makanan ni? Tak akan saya nak makan sendiri?"
"Siapa cakap awak makan seorang?"
Mata aku kelipkan beberapa kali sambil memandang Min. Dia bangun dari duduk, langsung mendekati pintu sebelum pintu rumah aku di buka lalu dia keluar. Tak lama kemudian, dia melangkah masuk.
"Tahniah Heeyu!"
"Tahniah!"
"Tahniah ya!!"
Terkejut aku apabila dia membawa masuk beberapa orang jiran ke dalam rumah dan mereka semua mengucapkan tahniah kepada aku. Yuna, Mak Yong dan beberapa orang yang lain turut serta. Mereka masing-masing membawa makanan dari rumah lalu hidangkan masakan mereka di atas meja. Keadaan di dalam menjadi riuh dan padat dengan manusia. Tapi tak mengapa, aku suka dengan keadaan macam ni. Sekurang-kurangnya tidaklah aku berfikiran negatif sepanjang masa.
"Heeyu nak naik atas sekejap ya?" aku meminta diri selepas hampir satu jam berborak bersama Mak Yong dan yang lain. Perut aku juga dah penuh dengan makanan - kenyang!
"Iya-iya boleh." Mak yong tersenyum lalu kepala aku di usap dengan lembut.
Sambil aku berjalan ke tingkat atas, hati aku di jentik rasa terharu. Layanan mereka di sini benar-benar buatkan aku rasa di hargai dan di sayangi. Lagi-lagi Mak yong yang melayan aku seperti anaknya. Iya, aku tahu aku anak manja :p
Pintu bilik aku tutup rapat lalu tingkap beranda aku buka luas. Mata aku setia merenung langit gelap dan tidak berbintang. Cuma di temani cahaya malap purnama yang bersembunyi di belakang kepulan awan.
YOU ARE READING
Bercinta Dengan Hantu
HorrorBetrayed "When everyone was frightened of you, I fell in love with you. I always be there for you, but how could you be so reckless to my heart?" [HIGH RANK] #1 in ghost #7 in horror . ©BDH Δ 2015 Δ