Chopstik di tangan menguis-nguis mi cina yang di hidang di dalam mangkuk. Mata pula meliar keliling sudut dalaman kedai itu. Ada beberapa lukisan cina yang terlekat di dinding yang di cat dengan warna putih kekuningan. Kedai makan ini kecil namun kemas. Suasananya juga tenang dan nyaman. Sesuai untuk sesiapa yang inginkan ketenangan.
"Ingatkan suka tenung orang je rupanya memang jenis yang mata melilau. Satu kedai ni awak skodeng."
Mata aku beralih ke wajah Min yang tadi menegur aku. Dia yang duduk di hadapan aku pandang dengan senyuman. Lupa pula kewujudan dia hihi.
Tadi selepas dia menghidangkan aku makanan, langsung dia mengambil tempat di kerusi kosong hadapan aku. Rasanya pakcik tadi yang suruh dia temankan aku. Aku tak banyak tanya, hanya diam dan menikmati makanan yang ada. Lapar punya pasal ehem. Min pun memilih untuk mendiamkan diri. Cuma lepas beberapa minit mendiamkan diri, baru dia menegur aku.
"Mana ada skodeng. Saya tengok je."
"Iyalah tu." perlahan saja namun dapat telinga aku menangkap sindirannya itu.
Aku memasukkan sesuap mi ke dalam mulut sebelum chopstick aku letak di tepi.
"Pakcik tadi tu, pakcik awak ke? Ni kedai family awak?"
Dia menjawab soalan aku dengan kerutan di dahi. "Selekehnya dia ni."
Aku menutup mulut apabila menyedari ketelanjuran aku. Mungkin kerana aku bercakap sambil mulut penuh membuatkan dia merasa tidak selesa. Makanan yang berbaki di dalam mulut aku telan sampai habis - air suam aku sisip sedikit.
"Maaf."
Aku berdehem untuk menghilangkan rasa janggal. Mi tidak aku sentuh lagi. Terasa hati sikit walaupun aku tahu itu salah aku tapi rasanya ada cara yang lebih baik untuk menegur. Aku mengalih pandangan ke meja kosong yang berada di sebelah aku - mengelak daripada pandangan jejaka ini.
"Aih, makanlah ni sampai habis. Membazir pula kalau buang. Tadi bukan main lagi lapar sampai berbunyi perut." keluh Min kedengaran selepas beberapa saat.
Aku mengemam bibir apabila dia menyentuh tentang hal perut aku berbunyi tadi.
Aku yang sedang mengelamun, terjerit kecil apabila terasa pergelangan tangan aku di pegang seseorang. Siapa lagi kalau bukan Min.
Dia kemudiannya secara tidak sengaja, perasan akan calar yang ada di pergelangan tangan aku. "Kenapa dengan tangan awak? Sakit ke? Maaf!" tangan aku dilepasnya.
Reaksinya yang melampau itu menyebabkan tawa aku terhambur keluar. Cuak betul muka dia!
"Maaf, niat saya cuma nak bagi awak chopstick saja. Tak tahu pula tangan awak luka. Maaf kalau saya sakitkan awak."
Aku menghabiskan sisa tawa aku sebelum membalas pandangannya. "Tak sakit pun. Tak apa." chopstick di tangannya aku ambil lalu menyepit mi dan menyuap ke dalam mulut - mengabaikan wajahnya yang terkedu itu.
.
Selepas puas perut aku menikmati makanan percuma, dengan senang hati aku keluar dari kedai itu. Perut yang kekenyangan aku tepuk perlahan. Perut sudah kenyang, hati manyak senang wo!
Aku menghabiskan waktu berborak sambil membantu mengemas kedai dan melayan pelanggan yang datang. Sedar-sedar hari sudah pun petang. Kedai makan ini dimiliki oleh pakcik Lee yang tadi mempelawa aku makan. Pakcik Lee peramah orangnya dia juga mempunyai hati yang baik. Selepas saja aku mengatakan aku tiada wang untuk membayarnya, dia hanya menggeleng dan berkata tidak mengapa dia belanja.
YOU ARE READING
Bercinta Dengan Hantu
HorrorBetrayed "When everyone was frightened of you, I fell in love with you. I always be there for you, but how could you be so reckless to my heart?" [HIGH RANK] #1 in ghost #7 in horror . ©BDH Δ 2015 Δ