"Wait, tunggu. Izz..." -Dayatiz
"What?" -Izzhan terpinga-pinga memandang Dayatiz.
"Pinggang kau dah tak sakit?" -Ikasyi
"Err.. aku pun nak tanya benda yang sama sebenarnya.." -Aliff
"Ehh haah lah.. Dah tak sakit." -Izzhan
"Kau pura-pura ehh?" -Iqahish
"Eh mana ada!" -Izzhan pantas menafikan.
"Betul ke..?" -Dayatiz
"Sumpah tak pura-pura!" -Izzhan mengangkat kedua belah tangannya seakan disiasat oleh pegawai polis pula.
"Eh, Izzhan" -Aliff
"Sumpah-sumpah jangan main ehh.." -Ikasyi
"Ha, baru aku nak cakap." -Aliff
"Tapi betul lah.. Tadi sakit... Sekarang dah tak sakit? Pelik..." -Izzhan memegang belakang pinggangnya kebingungan.
"Kan.. siap terjatuh dalam tandas lagi tadi.." -Aliff
"Eh! Mana buku tu?!" -Dayatiz panik
"Eh, tetiba pasal buku tu pulak.." -Haziqq
"Buku tu! Buku tu!" -Dayatiz
'Wah! Baguslah! Dah hilang!' ~desis Ikasyi
'Alhamdulillah.. hilang jugak buku tu..' ~desis Aliff
'Aik.. rasa semacam je bawah kaki aku.. Takkan lah...' ~desis Izzhan dengan mata yang mula membesar.
Seekor kucing hitam berlari laju di tengah pelajar-pelajar kelas 1 Kenanga yang sedang berkumpul itu.
"Aah!" -Iqahish menjerit ketakutan.
"Opocot kau terbang!" -Irfaan melatah.
'Datang dari mana kucing tu?' ~desis Aliff tertanya-tanya.
'Kucing hitam... Selalunya ada kaitan dengan... Haih.. tak kut..' ~desis Ikasyi
"Kurang ajar punya kucing! Terkejut aku!" -Syiera
"Ish! Nak kena kucing ni!" -Aliana
"Nak tercopot jantung aku." -Haziqq
"Huh.. dah ke?" -Aliana memandang Haziqq tanpa riaksi.
"Belum lagi, masih di sini meneruskan hidup untuk mu.." -Haziqq tersenyum memejamkan mata sambil meletakkan tangan di dadanya itu.
"Cia cia cia." -Irfaan tersengih
"Anjir..." -Aliana dan Syiera
"Izz..." -Dayatiz sudah melihat ke bawah.
Izzhan sudah menelan air liurnya apabila Dayatiz menatapnya sebegitu.
"Apa?" -Izzhan
"Kau pijak buku tu..?" -Dayatiz perlahan turun ke bawah.
'Apa? Sial! Takkan lah! Memang betul pun tak guna! Celaka!' ~desis Izzhan pantas mengalihkan kakinya dari memijak buku kepunyaan Dayatiz itu.
"Buku aku..." -Dayatiz mula menangis.
"Kenapa kau pijak buku Dayat?" -Aliff memegang bahu Izzhan.
"Mana ada" -Izzhan
"Ish ish ish! Tak sayang buku betul!" -Iqahish
"Buku tu ilmu tau!" -Aliana
"Kesian Dayat... Hayuut tak tayuut... Dayatiz nangis.. Hannah nangis.. Izzhan buat.. Mikhael buat.." -Ikasyi memegang bahu Dayatiz.
YOU ARE READING
Pewaris Buku Pusaka
HorrorMengisahkan tentang 9 orang pelajar di sebuah kelas yang terperangkap di tingkat 3 di sekolah mereka. Semua yang terjadi adalah angkara buku pusaka yang dijumpai oleh Dayatiz. Setelah Dayatiz menjadi pemilik buku pusaka itu. Pelbagai hal mistik dan...