Sapu Tangan Hitam ~ Haziqq🖤

1 0 0
                                    

Keesokan harinya...

Dayatiz datang awal ke sekolah pada hari itu. Dia terus sahaja berlari menuju ke kelasnya. Bangunan sekolah itu masih lagi sunyi kerana tidak ramai pelajar yang datang terlalu awal sepertinya pada hari itu.

‘Aku mesti dapatkan buku tu cepat! Dari malam tadi asyik terbayang je pasal buku tu!’ ~desis Dayatiz berlari dengan laju di jalan tepi dewan terbuka di lantai bangunan kelasnya itu.

Tiba-tiba sahaja seorang wanita memakai baju kebaya merah dan berkain batik berjalan keluar dari belakang sebuah tiang di dewan terbuka itu.

"Waaa! Oops!" -Dayatiz yang menjerit terkejut terus menutup mulutnya.

Wanita itu hanya diam menatap wajah Dayatiz. Dia memasang pin tag nama guru bertulis 'Sri Melatti'.

"Maafkan saya, cikgu." -Dayatiz perlahan memandang ke bawah.

Dia terus berlari menuju ke tangga naik ke bangunan kelasnya semula.

Haziqq baru sahaja mahu melangkah masuk ke kelasnya. Tiba-tiba sahaja dia terasa seakan ada angin laju bergerak laju di belakangnya.

"Opocot kau terbang!" -Haziqq

"Oops! Sorry Haziqq!" -Dayatiz

Ternyata Dayatiz yang berlari laju di belakangnya menuju masuk ke dalam kelas melalui pintu depan.

"Kau rupanya Hannah.. Ingatkan apa tadi.." -Haziqq mengusap-ngusap dadanya.

"Ehehe.. sorry ehh Haziqq.. Aku erm... Nak cari buku..." -Dayatiz terus meraba-raba ke bawah mejanya.

"Haih.. buku" -Haziqq

Belum sempat Haziqq menghabiskan kata-katanya. Dayatiz sudah mengeluarkan buku lama yang disanjungnya itu dari bawah mejanya.

"Buku ni!" -Dayatiz dengan senyuman keterujaan.

Haziqq membungkam sebaik melihat muka hadapan buku lama itu yang dihalakan Dayatiz ke arahnya.

"Kenapa?" -Dayatiz pantas melihat ke arah muka hadapan buku lama yang dipegangnya itu.

Membungkam mata Dayatiz pula sebaik melihat apa yang dilihat oleh Haziqq itu.

"Err.. kau punya ke..?" -Haziqq

"Punya apa?" -Dayatiz mengerutkan dahinya.

"Punya darah.. kenapa tak basuh?" -Haziqq

"Apa?! Kepala hotak kau!" -Dayatiz mendadak naik darah.

"Ohh bukan darah luka tangan kau semalam ehh.. mana aku tau.. Janganlah marah.." -Haziqq

‘Wait, ingatkan dia cakap darah tu...’ ~desis Dayatiz terkebil-kebil matanya menatap muka depan buku lama itu.

"Haziqq jom aa turun.. perhimpunan dah nak mula tu.." -Irfaan

"Ikasyi dah keluar tau.. Dia datang lagi awal tadi.." -Haziqq

"Tau.. dia sentiasa yang terawal.." -Dayatiz

"Okeylah,aku cau dulu.." -Haziqq sambil tersengih.

Mata Dayatiz melirik ke arah Haziqq yang sedang tersengih menuju ke pintu hadapan kelas. Matanya tertumpu ke arah tingkap bersebelahan pintu hadapan kelas itu.
Terdapat sapu tangan berwarna hitam tersidai di palang besi tingkap itu yang sudah berkarat itu.

"Eh eh Haziqq, tolong ambilkan sapu tangan warna hitam tu." -Dayatiz

"Ouh,ni?" -Haziqq mengambil sapu tangan hitam itu lalu menghulurkan sapu tangan itu kepada Dayatiz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pewaris Buku PusakaWhere stories live. Discover now