Kring...!
Loceng berbunyi menandakan waktu tamatnya persekolahan.
"Terima kasih cikgu!" -Izzhan
"Terima kasih cikgu..!" -Pelajar Kelas 1 Kenanga berdiri serentak.
"Huu..!" - Izzhan menggalas beg sekolahnya pantas.
Dia dan Aliff berjalan menuju ke pintu depan kelas. Dayatiz sudah menatap tajam Izzhan dari tadi.
"Kau punya pasal lah ni.. Tak pasal-pasal cikgu sejarah marah kita tadi..." -Dayatiz menjeling Izzhan tajam Izzhan sebelum Izzhan sempat melangkah keluar dari pintu depan kelas itu.
"Alah.. benda kecik je tu Dayat.." -Ikasyi memujuk Dayatiz yang masih marah itu.
Izzhan hanya berdiri tegak di luar hadapan pintu kelas itu. Dia hanya diam menatap ke hadapan mendengar suara Dayatiz dan Ikasyi di dalam kelas itu.
"Izz?" -Aliff memegang bahu Izzhan.
"Merajuk pulak si Tiz ni.." -bisik Izzhan sambil melihat ke lantai seakan marah bercampur kesal.
"Apa?" -Aliff yang tidak mendengar jelas apa yang diperkatakan Izzhan itu menyoalnya kembali.
"Takda apa,kau tunggu jap ehh. Nak ikut pun takpa." -Izzhan pantas melangkah masuk ke dalam kelas itu semula.
"Ada lagi? Kenapa ada lagi dekat sini?" -Dayatiz melihat ke bawah dengan mata yang membesar.
Izzhan yang berdiri di hadapan meja Dayatiz itu tersentak. Begitu juga Aliff yang berdiri di sebelah Izzhan itu.
"Kau marah sangat dengan aku kan Dayatiz..." -Izzhan memandang ke bawah.
"Apa? Marah kau?" -Dayatiz melihat ke arah Izzhan.
"Ya kan..?" -Izzhan menatap wajah Dayatiz.
Dayatiz yang agak kebingungan perlahan-lahan mengangkat buku lama itu yang terlindung di bawah mejanya tadi.
"Wait,apa tu? Darah ke?" -Izzhan membungkam.
Aliff yang turut terkejut segera beristighfar di dalam hatinya.
Dayatiz yang tadinya kebingungan melihat ke arah Izzhan pantas melihat ke arah muka depan buku itu semula.
"Macam mana boleh ada darah kat situ?" -Izzhan
"Ya,memang aku marahkan kau." -Dayatiz kembali menatap tajam ke arah Izzhan.
Izzhan tersentak lalu terdiam memandang Dayatiz dengan riak wajah bersalah semula.
"Nah, Dayat! Nasib Aliana jumpa sapu tangan warna pink ni bawah meja dia.. Katanya dia tak guna pun sapu tangan ni.." -Ikasyi
"Nah,Dayatiz.." -Aliana menghulurkan sapu tangan berwarna merah jambu itu.
"Terima kasih.." -Dayatiz tersenyum kepada Aliana dan Ikasyi.
"Bye,korang.." -Aliana,Iqahish dan Syiera berjalan keluar dari kelas itu.
"Bye.." -Dayatiz dan Ikasyi tersenyum kepada mereka.
"Dia okey pulak dengan diorang.. Aku rasa dia marah dengan kau je.. Mungkin sebab buku lama ” -Aliff berbisik perlahan ke telinga Izzhan.
Dayatiz yang mengelap tompokan darah di atas buku lama itu tiba-tiba menatap tajam ke arah Aliff.
Aliff tersentak lalu berdiri tegak semula.
"Tu darah tangan kau yang cedera tu ka, Tiz?" -Izzhan dengan suara yang lembut bertanya kepada Dayatiz.
Dayatiz terdiam seketika memandang Izzhan.
"Entah." -balas Dayatiz singkat.
"Tapi pembalut luka kau tu tak berdarah pun.." -Izzhan menjeling ke arah bahagian atas ibu jari tangan kanan Dayatiz yang cedera itu.
"Haahlah.. baru perasan.." -Ikasyi terdiam melihat ke arah tangan Dayatiz yang cedera itu juga.
"Macam mana sapu tangan pink tu boleh ada bawah meja Aliana, Ikasyi?" -Aliff tiba-tiba bertanyakan soalan itu.
"Entah.." -Ikasyi mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Ada sapa-sapa masuk kelas kita ke tadi?" -Aliff
"Itu tak penting.. yang penting aku dah lap dakwat merah kat atas buku lama ni.." -Dayatiz yang selesai mengelap tompokan merah di atas buku lama itu.
"Aku tanya saja.. Aku curiga.. Mungkin ada orang yang curi-curi masuk ke dalam kelas ni tanpa izin kita.." -Aliff melihat-lihat ke sekeliling kelas itu.
‘Dia maksudkan benda tu ke..?’ ~desis Ikasyi terdiam menatap Aliff.
"Merepek lah kau ni Aliff Kau jangan asyik merapu sangat.. Sengaja nak menimbulkan was-was.." -Dayatiz memandang Aliff seakan geram.
"Ke kau sengaja tumpahkan dakwat atas buku lama tu, Tiz.. Nak buat cerita seram lah konon kan..?" -Izzhan tersengih menjeling buku lama itu.
"Apa? Kau gila ka?!" -Dayatiz yang marah dituduh sebegitu bertindak mahu menumbuk Izzhan dengan tangan kanannya itu.
"Tiz." -Izzhan pantas menahan tangan Dayatiz daripada menumbuk dada kirinya itu.
"Aww!" -Dayatiz memejamkan matanya merasa sakit dan mengerang marah.
"Sorry, Tiz, sorry. Tak sengaja, sumpah tak sengaja.." -Izzhan pantas mengusap-ngusap tangan kanan Dayatiz itu keresahan.
‘Wow! Tea time..!’ ~desis Ikasyi cuba mengawal wajahnya daripada tersenyum.
"Han." -Aliff sudah menjeling Izzhan tajam.
"Jom balik, Ika! Rimas pulak duduk sini lama-lama!" -Dayatiz terus menarik tangan Ikasyi.
"Eh eh,Dayatiz. Sabar dulu.." -Ikasyi yang sudah ditarik tangannya oleh Dayatiz hanya boleh mengikut sahaja langkah Dayatiz tu.
Mereka berdua terus berjalan keluar dari kelas itu meninggalkan Izzhan dan Aliff yang terpinga-pinga di dala kelas itu.
"Tiz, aku betul-betul minta maaf ni..!" -Izzhan berjalan ke luar kelas itu lalu menjerit.
Tiada yang menyahut. Sepertinya Dayatiz dan Ikasyi sudah menuruni tangga dengan pantas.
"Haih... Tiz ni kenapa? Jarang dia asyik marah dan merajuk macam tu dengan aku.." -Izzhan menyilangkan tangannya menatap tegak ke hadapan keliru memikirkan hal itu.
"Hmm.. aku perasan macam ada yang tak kena ja dengan Dayatiz tu.." -Aliff
Tiba-tiba ada angin yang agak kuat mula menghembus di bangunan itu.
Pokok-pokok yang setinggi mencapai dua tingkat itu mula bertiup."Ya.. aku pun rasa macam tu..." -Izzhan mula menggaru-garu kepalanya seakan dibelenggu serabut.
"Jom kita balik dulu.. Nantilah fikir pasal tu.." -Aliff pantas menarik tangan Izzhan.
Dayatiz dan Ikasyi sudah hampir tiba untuk keluar dari pagar sekolah itu.
"Wait, Ikasyi." -Dayatiz tiba-tiba bethenti melangkah.
Serentak dengan itu Ikasyi juga terhenti langkahnya kerana tangannya masih ditarik oleh tangan kiri Dayatiz sehingga hampir tiba di pagar itu.
"Apa?" -Ikasyi sudah memandang ke arah Dayatiz dengan wajah cuak juga.
"Buku lama tu tertinggal lah!" -Dayatiz mula menepuk-nepuk sekeliling baju kurung putihnya itu.
"Lah.. buku tu je ke.. Biar je lah... Esok boleh ambil kan.." -Ikasyi
‘Huh.. bukan rasa senang dia tertinggal buku tu.. Tapi lega lah.. sekurang-kurangnya Dayat tak bawak balik buku tu..’ ~desis Ikasyi
"Dah, jom balik.. dah nak keluar pagar dah ni..” -Ikasyi tersenyum melangkah sambil menarik tangan kiri Dayatiz.
"Alaa.." -Dayatiz berjalan semula dengan perasaan hampa.
‘Macam mana lah aku boleh terletak balik buku tu bawah meja.. Tapi aku betul-betul rasa macam aku bawak sekali masa keluar kelas tadi...’ ~desis Dayatiz bingung dan tertanya-tanya memikirkan tentang buku lama itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pewaris Buku Pusaka
HorrorMengisahkan tentang 9 orang pelajar di sebuah kelas yang terperangkap di tingkat 3 di sekolah mereka. Semua yang terjadi adalah angkara buku pusaka yang dijumpai oleh Dayatiz. Setelah Dayatiz menjadi pemilik buku pusaka itu. Pelbagai hal mistik dan...