BAB 16

35 0 0
                                    

......

Telekung yang baru ditanggalkan dari kepala itu aku lipat perlahan-lahan. Walau telah menyempurnakan rukun islam kedua tadi, hati aku belum lega. Rasa ini perlu diluahkan agar tak membengkak dan sakit. Benci betul! Sangka aku, identiti Orang Belah Sana yang merupakan juri mulut puaka itu dapatlah dibongkar pada Encik Tukang ketika di kafe tadi. Tapi, sebaliknya pula yang terjadi. Aku baru nak mulakan ayat, tiba-tiba ada kelibat beberapa orang kanan hotel pula yang masuk ke situ. Terus Rizal terpaksa bangun dan meminta diri. Tinggal aku yang terkulat-kulat di situ. Dua langau tu pun apa lagi, terus ambil kesempatan. Masih terbayang-bayang lagi kejadian itu.

"Hmm.. mana bayaran untuk hari ni?" Orang Belah Sana tiba-tiba mampir ke tempat dudukku. Tini pun turut mengekor sama. Aku dah agak. Memang itu aje skrip yang akan dia lontarkan tiap kali jumpa aku. Tapi kali ni aku jadi makin menyampah bila dia minta di depan Tini. Confirm! Semua hal tentang aku dah diceritakan pada gadis itu.

Cepat-cepat aku raba beg tangan. Duit yang makin menipis itu aku seluk. Tinggal not sepuluh dan lima puluh sahaja di situ. Ah, azabnya! Kalau bagi not hijau tua itu, macam mana nasib aku minggu ni? Elaun yang dijanjikan pun belum masuk lagi. Bagi aje lah not yang kecil ini dulu.

"Ni je? Awak janji berapa dulu setiap hari?" Terus dia persoalkan. Ah, susah orang tak faham ni. Ini yang aku nak mengungkit.

"Saya ada yang ni je. Elaun saya belum masuk. Saya pun tak menjual sekarang. Tolonglah timbang rasa sikit. Anak-anak kat kampung lagi saya nak kena fikir jugak. Awak bukan nak ambil tahu pun," nada aku dah naik setakuk. Kembang-kempis dada ni menahan lahar yang mahu menghambur.

Lelaki itu terus diam bila isu nafkah anak yang aku bangkit. Ingat dia seorang pandai nak tagih hutang. Kalau aku bawakan kes ni ke mahkamah, mesti menang pihak aku. Dia yang tak jalankan tanggungjawab sebagai bapa. Alasan? Aku boros. Bodoh! Aku pun tahu kedudukan aku sekarang. Tapi itulah, nak turun naik mahkamah pun perlukan duit dan tenaga. Dengan hidup menumpang orang macam ni, aku payah serba-serbi.

Huluran sekeping not merah itu akhirnya dia sambut juga, tapi masih tak berganjak dari meja yang aku duduki. Nak apa lagi dia?

"Hmm... kalau cengeng, suka mengadu, dan tak tahan kena kutuk, baik berhenti je lah. Balik kampung. Itu je tempat yang sesuai," wajahnya masih sinis merenung tepat ke dalam anak mataku. Aku terus memicing mata. Geram! Sibuk! Memang sengaja nak jatuhkan motivasi aku untuk terus berjuang di sini. Mesti Rizal ada bangkitkan isu ni dengan dia tadi. Tak mustahilkan? Lelaki tu pun mesti mahu tahu siapa juri yang aku maksudkan tadi. Kalaulah dia tahu, mangkuk ni lah yang buat onar, tentu tak selamat juga kedudukan Orang Belah Sana itu di hotel ni. Siapa nak simpan pekerja mulut longkang macam ni kan.

"Tak ada bakat pun," dia sambung lagi mengutuk.

Aku angkat muka. Ini dah lebih! Siapa dia nak sindir-sindir? Aku punya sukalah. Lagipun Rizal yang tanya. Kenapa dia yang sakit? Aku dah jangka dia memang tak puas hati sejak awal Rizal terima bekas berisi kek dari aku tu lagi. Entah-entah dia pun dengar pujian Rizal tadi. Itu yang buatkan dia jadi makin bengang. Padahal kek itu sedap aje untuk ditelan, dia yang lebih-lebih.

"Siapa yang cengeng? Tak ada kaitan dengan awak pun kan?" tempelak aku kemudiannya bersama jelingan tajam. Dia masih pandang aku geram.

"Tak payahlah nak modalkan muka tu. Orang nak rasa air tangan. Customer kat sini tak ada masa nak layan rupa tu. Ingat ni rumah urutke, perlu skill layan lelaki?" Kata sinis itu menyinggah lagi. Serentak aku jegilkan mata. Kurang ajar! Rumah urut kata dia. Ingat aku pelacur? Rendahnya martabat aku dia letak!

Pang!

Penampar sulung aku dah melekat pada pipi dia. Terketar-ketar seluruh jemari aku kemudiannya. Catat sejarah hari ini aku lempang dia. Aku pasti tamparan tu kuat! Sebab mukanya sampai terteleng ke tepi. Siapa suruh dia yang cari pasal.

Tchhh... Dia mendengus kasar sambil menjeling tajam. Pelayan-pelayan di situ turut terkejut. Mesti tak sangka aku akan seagresif itu. Mana tahan kalau diperli suka mengendeng begitu? Aku seolah-olah ditohmah menggunakan rupa untuk menggoda Encik Tukang. Buruk sangatkah aku aku ni di mata dia?

"Kau buat apa ni Eja?" Tini cepat-cepat datang membantu. Wajahnya turut membahang. Marahlah tu orang pukul pakwe puaka dia.

"Kau jangan campur urusan aku dengan dia! Satu benda lagi, aku ni pun ada maruah. Pesan dekat pakwe kau ni, jaga mulut dia sikit. Hutang aku dengan dia tetap aku akan bayar biarpun terpaksa berputih tulang, faham!" tempik aku sambil bingkas bangun untuk beredar.

"Putih tulanglah sangat. Dengan gula-gulakan lelaki. Itu aje modal yang ada kan," suara itu masih tak berhenti menyindir. Ya, Allah sakitnya hati! Tak cukup lagi kena penampar tadi? Tapi tak guna juga aku melayan. Nak toleh semula pun aku dah meluat.

"Satu kesilapan besar lelaki ialah tunduk pada wanita yang acah-acah innocent macam ni. So, Tini tak macam tukan?" Suara itu singgah lagi ke kuping.
Aku yakin dia sengaja kuatkan suara tu agar aku yang laju mengatur langkah itu turut dengar. Si perempuan pun bukan main mengada-ngada mengiyakan dari belakang.

Deg! Hatiku tersentuh. Sedih tiba-tiba. Selama ni dia kutuk aku berlagak suci rupanya. Sampai hati! Gedik sangatkah aku ni di mata dia? Hampir dua tahun dia jadi suami aku dan layan aku dengan baik, akhirnya itu saja sisi yang dia nampak dalam diri aku.

Tap! Tap!

Aku tewas lagi. Kolam mata pun memburai laju . Aku perlukan seseorang untuk mencurah rasa. Tapi siapa? Kawan rapat pun tak ada. Keluarga terdekat pun kebanyakannya telah dijemput ke negeri abadi. Mak Som! Wajah tua itu yang terlintas di minda. Sudikah orang tua itu mendengar? Tapi hanya dialah orang yang tahu benar tentang kisah aku dengan lelaki tersebut.

"Eja, kenapa ni? Kamu tak sihatke?" Suara itu menyambut dari hujung talian. Bila mendengarkan pertanyaan tersebut, aku makin sebak. Air mata pun makin galak keluar.

"Afiq dengan Afiqah tu baik-baik aje Eja. Kami jaga elok-elok anak kamu tu. Jangan risaulah. Makan dan minum mereka cukup. Kamu tu yang kena jaga diri," kata Mak Som lagi bila aku masih diam tidak menyahut. Hanya esak tangis yang kedengaran di talian.

"Mak Som... Isk.. Isk.. Eja nak ce.. cerita boleh? Isk.. Isk..." aku cuba melawan sendu dan wanita itu pun bertanya bimbang.

"Ceritalah Eja," Suara Mak Som yang selalu tegas bercakap denganku itu kini turut kendur. Seolah-olah faham akan situasi aku sekarang.

"Ab... Ab.. Abang Najjar.." lambat-lambat aku sebut nama terlarang itu. Rasa sayu sangat bila menuturkan nama orang yang pernah mendapat tempat istimewa di hati itu.

Mak Som berjeda sejenak sebelum menyambung kata. Aku agak dia pun pasti terkejut.

"Eja... Eja... Eja tak tahan duduk sini Mak Som. Dia.. dia pun ada kat sini... Isk... Isk... Sindir-sindir Eja dan malukan Eja depan... depan Tini," akhirnya berjaya juga aku luah segala yang terbuku.

Mak Som mengeluh panjang kemudiannya. Aku jangka dia pun tak sangka semua ini akan berlaku.

"Eja... Eja nak juallah cincin dengan rantai yang dia bagi dulu ni. Eja nak lunaskan segera hutang dengan dia Mak Som. Lepastu, dia takkan kacau Eja lagi kan," sambung ku lagi. Itu idea yang datang dalam kepala ketika bersujud tadi. Buat apa nak simpan lagikan? Rasanya itu jalan yang paling tepat buat masa sekarang. Aku pun tak perlu terhegeh-hegeh di sini lagi.

"Ejaa.. Itukan harta kamu. Sayang kalau dijual!" Mak Som macam tak setuju pula. Mungkin dia pun tak sampai hati melihat aku bergolok bergadai macam ni.

"Takpelah Mak Som. Kalau dia tak bagi dulu, Eja pun tak ada apa-apa kan. Itu je jalan yang Eja nampak sekarang. Mak Som doakan Eja ya," kataku lagi sebelum mengakhiri perbualan.

Aku nekad kali ni. Rasanya aku tak cukup kuat untuk terus berdepan dengan dia lagi. Memang aku benci dia atas apa yang berlaku. Tapi aku pun tak boleh menipu diri, sisa sayang itu masih ada dalam hati. Tipulah kalau aku katakan, aku tak terasa langsung tengok dia bermesra dengan Tini. Jujur, hati aku hancur. Sedih sangat! Cepatnya orang lelaki melupakan kenangan yang terbina bila muncul orang baru kan? Dan perkara yang paling aku ralat adalah kenapa dalam banyak-banyak wanita, sahabat satu sekolah dan satu kampung aku itu juga yang dia pilih. Isk.. Isk.. Air mata aku tumpah lagi...

BERSAMBUNG....

MEREKAT KASIHWhere stories live. Discover now