BAB 22

36 7 12
                                    

...

Video serta gambar-gambar Afiq dan Afiqah aku belek berulang kali. Rindunya nak gomol kedua-dua pipi gebu tu lagi. Bila duduk bersendirian macam ni aku lagi rasa nak balik kampung. Lagipun jadual pagi ni dikosongkan sahaja. Mungkin disebabkan anjakan slot yang telah diubah oleh Encik Tukang semalam. Para calon dibenarkan berehat sahaja sementara menunggu hari esoknya. Bila berborak dengan lelaki tu malam tadi, aku lupa nak tanya kenapa dia tiba-tiba suruh aku datang awal sebelum kejadian samun itu berlaku. Ah, tapi tak penting sangatlah kut. Dia pun langsung tak berbincang lagi tentang itu.

"Nak air... Nak air...." Video comel kedua-dua anak kembar itu aku tatap lagi.

Ngeee! Rinduuuu...

Bibirku tiba-tiba tersungging senyum. Idea nakal pun spontan tercetus di minda. Kalau aku balik pagi ni, sempat lagi kan? Malam tu aku pulanglah ke sini semula. Siapa je yang akan tahu kalau aku cabut lari. Nak jumpa Afiq dan Afiqah sekejaaap aje. Lagipun duit yang dipinjamkan Rizal itu kan masih cukup untuk aku berbelanja sementara diberi elaun oleh pihak hotel pada hujung minggu ini.

Yes! Nombor telefon Sheila terus aku dail dan talian tersebut cepat saja bersambut.

"Sheila, Afiq dan Afiqah sihat kan?" Aku mula berbasa-basi. Sengaja aku hubungi Sheila. Gadis tu lembut sikit orangnya. Kalau Mak Som, pasti dia tak setuju. Tapi, aku dah tak tahan nak lepas rindu pada anak-anak kecil itu.

"Sihat Kak Eja. Tengah main sekarang. Awal dia orang bangun pagi ni," sahut Sheila dari hujung talian.

Wah, aku lagi teruja. Bau masam-masam comel anak-anak itu macam terhidu di hidung ni sekarang. Nak peluk, tolong!!!

"Sheila..." Aku melekapkan mulut ke pembesar suara telefon gaya berbisik.

"Kak Eja nak baliklah sekejap. Nak jumpa dengan dia orang. Rindu sangat," terus aku ke pokok cerita.

"Haaa, biar betul? Bukan syarat yang Kak Tini beritahu dulu Kak Eja tak boleh balikke dalam tempoh sebulan ni?" Sheila macam terkejut pula.

Aku angguk dan iyakan saja. Memang pun! Aku dalam kontrak pihak hotel sekarang. Tapi, hari ni kan tak ada tugasan. Bosan juga sorang-sorang di sini. Rasanya tak jadi hal kut kalau aku balik. Dapat tengok dan peluk anak-anak comel tu sebentar pun jadilah. Aku lupa nak bawa baju-baju mereka dulu untuk lepas rindu.

"Memanglah Sheila. Tapi, hari ni Kak Eja free. Tak ada tugasan dari pagi sampai malam. Bolehje la kan Kak Eja nak balik sekejap. Kampung kita dengan hotel ni pun bukan jauh sangat. Bas ekspress kan laju," aku cepat-cepat berdalih. Tapi, gadis itu kedengaran masih bimbang.

"Jangan Kak Eja. Nanti kalau pihak hotel tahu macam mana? Sheila risaulah,"

Aku mengeluh kecil. Nak bimbang apa? Hari ni kan tak ada tugasan. Aktiviti bebas. Pasti tak ada yang tahu. Aku pun tak bodoh nak ceritakan hal ni pada Tini.

"Takpe. Kak Eja jamin. Dia orang takkan tahu punya. Alright? Sheila tunggu tau. Kak Eja gerak sekarang," aku cepat-cepat mematikan talian. Malas nak dengar alasan Sheila. Takut nanti aku pula yang berubah keputusan. Lagipun aku memang kena laju sebab malam nanti dah kena balik semula ke sini.

Langkah kuatur laju sedikit. Harap-harap adalah teksi yang lalu macam hari sebelum. Walaupun yakin, tapi bimbang mencelah juga di hati. Takut-takut terserempak dengan orang-orang hotel kan? Beruntung juga aku diasingkan di rumah ini dari calon-calon lain. Kalau tidak, memang tak ada kesempatanlah nak menyelit.

Tut!

Pesanan ringkas dari Tini yang masuk.

'Eja, kau pakai baju siap-siap. Encik Tukang suruh datang hotel sekarang'

MEREKAT KASIHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang