....
Klak!
Tombol pintu bilik hotel tersebut aku tarik sambil melilau ke kiri dan ke kanan mengikut arahan dari Rizal tadi. Sebelum menapak, sempat aku mendongak ke atas. Tertera nama Dahlia Royal Suite 1703 di situ. Wah! Setahu aku, kalau dah dinamakan Royal Suite atau Chairman's Suite, pasti itulah bilik terbaik dan yang paling besar serta termahal di situ. Patutlah selesa sangat. Dengan ruang tamu luas dan pantri yang terpisah, bilik tu dah macam satu apartment. Tak campur lagi dengan kelengkapan jakuzi dan dekorasi moden serta eksklusif yang ditampilkan. Memang cantik! Macam mimpi pula aku boleh bermalam di situ. Aku agak satu malam pun pasti mencecah empat digit juga harganya. Terima kasih Rizal. Baik sungguh dia Senyum senget spontan terukir di bibir.
Aku terus jalan ke depan untuk mendapatkan perkhidmatan lif sambil melewati deretan bilik yang nampak macam serupa, namun hakikatnya aku pasti berbeza. Dari deretan nombor ganjil dan genap itu pun dah menunjukkan perbezaan antara satu sama lain. Tapi yang uniknya, hotel ini suka menggunakan nama bunga sebagai pangkal nama depan bagi setiap ruang dan tempat mereka. Nampak klasik di situ. Walau mengetengahkan konsep moden minimalis bagi setiap ruang dan landskap mereka, nilai klasik itu tidak dibuang. Bagus! Spontan aku memuji lagak seorang juri.
Ouchh!!
Aku tersadung ke lantai tiba-tiba tatkala kaki hampir ke pintu lif. Asyik sangat memuji sampai lupa orang sekeliling.
"Jalan tu tengok depan," suara parau yang menegur. Sinis! Terdongak kepala aku sejurus kemudian.
Dia lagi! Ah, jumpa aje dengan langau ni. Terus cadangan Rizal malam tadi terngiang-ngiang semula. Aku dah tak ada pilihan lagi sebenarnya. Kalau tak setuju, aku juga yang susah nanti. Lelaki ini akan terus mendesak. Mana nak cekau duit dalam keadaan gawat macam ni. Tapi kalau dah terima tawaran Rizal, aku juga perlu bersedia untuk dikutuk. Aku agak dia mesti tuduh aku bermodalkan rupa dan menggula-gulakan lelaki lagi.
"Senangnya hidupkan. Gula-gulakan lelaki sikit dah dapat habuan," dia merenung tepat sambil menanggalkan kaca mata hitam di muka. Riaknya masih sinis macam tadi.
Terjegil biji mata aku geram. Suka sangat tuduh aku perempuan gatal yang suka ambil kesempatan. Jadi, dia dah tahu? Rizal memang laju buat kerja.
"Apa yang awak nak sebenarnya? Duitkan? Dah bagi diamlah. Janganlah tuduh-tuduh orang pulak," bentakku lebih kuat. Alang-alang tak ada orang di sini, bolehlah aku bertekak sekejap. Rasanya ini kali pertama aku ada ruang untuk bertentang mata lebih lama dengan dia. Memang sejak talak dilepaskan dulu sehinggalah prosesnya selesai, aku tak dapat bercakap panjang dengannya. Yang ada dia cuma tagih hutang saja.
Dia jeling tajam. Rahangnya digerak-gerakkan macam menahan sebal.
"Kalau guna duit orang, siapa je nak hairan. Tunggu je lah proses mahkamah nanti. Dua-dua anak tu saya nak," lelaki itu berkata angkuh.
Aku terus bulatkan mata. Mana aci. Dia janji macam mana dulu? Kalau dalam masa yang ditetapkan aku berjaya melunaskan bayaran, dia takkan menuntut apa-apa kan? Sekarang dah cerita lain pula. Mana boleh!
"Hari tu cakap lain, ni cakap lain pulak. At least saya berusahakan untuk dapatkan duit tu. Saya tak nak bagi! Anak-anak tu kena tinggal dengan saya jugak," aku masih pertahankan diri. Menggigil rasa tanganni menahan geram. Dia tak nak tepati janji pulak!
Lelaki itu mendengus lebih kuat. Matanya dipicingkan sambil merapat.
"Beranaklah lagi. Nak anak kan? Dah jumpa lelaki kaya tu, apa lagi," nadanya perlahan tapi sindirannya sunggguh tajam hingga merobek hulu jantung.
Kurang ajar sangat. Aku mula berapi. Darah terus naik ke muka. Dah macam biji saga muka aku menahan marah. Aku dah agak dari mula, kalau terima tawaran Rizal malam tadi, dia makin sedaplah mengata. Tapi, aku dah tak ada sumber lain lagi. Muzik dalam lif pun berdegar-degar dimainkan. Macam kena dengan emosi aku.
"Apa kaitannya? Rasanya awak yang patut guna formula tu. Kahwin je lah. Dah berkepit macam belangkas kan. Nak ada anak 2 kali setahun pun boleh," giliran aku pula yang pulangkan paku buah keras tadi. Konon nak mengata orang. Dia yang lebih-lebih sebenarnya. Bodoh betul cadangan! Ingat setiap anak samake? Kalau aku menikah lagi sekalipun, aku tetap mahukan si kembar kesayangan itu.
Dia pula menjegil mata. Muka pun merah membahang. Malu mungkin. Terkena! Ah, lambat pula lif ni bergerak. Panas sungguh ruangan ni. Benci dengan susuk lelaki yang ada di sebelah ni.
"Kenapa? Awak jeal...." Tapi katanya tersekat di situ bila lif itu terbuka. Rizal yang masuk.
Fuh, lega! Dia terus menjarakkan diri. Rizal yang mengambil posisinya tadi. Nasib baik. Automatik, pergerakan lif itu pun jadi laju pula. Bila pintu terbuka, aku nampak dia sempat menjeling tajam sebelum menyimpang ke arah lain. Ada aku kisah? Lagipun apa hak dia untuk marah.
"Rizal, terima kasih tau," nama itu aku tutur perlahan agar tak didengar orang. Canggung juga nak panggil dia Encik Tukang sebenarnya. Dia tersenyum manis mengangguk.
"Good luck untuk hari ni tau," katanya sambung tersenyum sebelum meminta diri ke ruang depan. Aku pula terus menghala ke ruang dapur menyaingi calon-calon lain yang kelihatan turut baru sampai ke situ.
Fahmi, Rehan dan Una cepat-cepat mendekat. Masing-masing beriak teruja.
"Eja, kau ada apa-apa ke dengan Encik Tukang tu?" Rehan mendahului yang lain. Fahmi dan Una turut tersengih-sengih. Musykil aku. Kenapa ya? Adakah kerana aku yang keluar bersama-sama Rizal dari lif tadi?
"Hehe, macam cerita hindustan pula kau semalam. Siap dicempung lagi," Fahmi pula menokok sambil mengekek.
Bulat mata aku mendengar usikan. Kena cempung? Ah, ya tak ya juga. Baru aku teringat. Tini pun ada khabarkan tentang itu petang semalam sewaktu menyerahkan beg tangan aku ini ke sisi. Jadi mereka semua ini nampak? Ah, malunya!
"Nasib baik Eja yang pengsan, kalau saiz triple macam aku? Mahu patah riuk tubuh Encik Tukang nanti," Una pula berseloroh. Semua berdekah-dekah ketawa. Aku turut tersungging senyum. Ah, kalau badan sado macam Rizal takkan tak dapat nak cempung Una yang rendang macam tu.
"Mengada-ngada..." Suara sinis yang mencelah itu buatkan tawa yang meledak itu terhenti. Rina menjeling tajam ke arahku. Jelas nampak cemburu. Rakan-rakan calon yang lain hanya saling berpandangan. Mereka pun kelihatan tak senang dengan sikap Rina sekarang.
"Entah-entah sengaja, huh," tempelak gadis itu lagi.
Isy, aku mula geram. Minah ni sorang lagi nak cari pasal. Dahlah tadi aku bengang dengan duda mulut puaka tu.
"Awak jangan main tuduh-tuduh tau. Saya ni memang......"
Syyyyyy... Tini dari depan sudah menjegil. Aku berdecit halus. Sekarang aku dah jadi sasaran dua perempuan ni. Ah, penat! Kenapa situasi macam ni selalu terjadi? Padahal aku baru mahu bersahabat. Bila disindir dan diperli begini, hidup aku pasti takkan tenteram. Silap haribulan ada saja perkara yang akan dicari dan dikorek untuk menjatuhkan dan memalukan aku nanti. Tchhh....
"Dengar semua...." Taklimat bermula. Masing-masing kembali fokus. Segala rasa bengang, marah dan benci dibuang seketika.
Grilled Lamb Shoulder...
Menu yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu aku ulang beberapa kali. Cuba menterjemahkan ia ke dalam istilah bahasa ibunda. Jujur, aku tak pernah buat. Sekarang, masa tinggal hanya lebih kurang tiga atau empat jam saja lagi untuk memikirkan cara penyediaannya. Aduuhh... Hati makin bimbang bila melihat rakan-rakan calon yang lain tersenyum panjang dan mencatat laju menu yang diusulkan tadi. Mereka mungkin dah terbiasa. Aku? Ngeee...
BERSAMBUNG....
(P/s: haa... Korang pernah buat grilled lamb shoulder? Share ciked bantu eja... Hahaha)
YOU ARE READING
MEREKAT KASIH
Romance"Kalau dah jodoh takkan ke mana... You lari, I kejar... I hilang, you rindu.. Pen biru, pen merah.. I love you, jangan maraahhh..." -Encik Tukang-