...
Ketiga-tiga kertas yang ditulis oleh juri itu aku belek semula setelah selesai menunaikan solat isyak. Tadi tak sempat nak baca pun! Terburu-buru calon-calon semua disuruh keluar. Tini pun tak sabar-sabar nak hantar aku balik. Dengan muka cemberut dia tu, terpaksalah aku mengikut saja. Tambah pula, Rina pun turut buat hal selepas sesi perjurian tadi. Ah, makin serabut pula kepala!
Tulisan pertama dibuka.
'Daging lembut, senang untuk dimakan. Rencahnya cukup cuma masin sikit, tapi so far tak mengganggu selera saya. Calon ada potensi untuk menghasilkan grilled lamb shoulder yang lebih superb pada masa akan datang. Congrats!'
Aku tersenyum sendiri. Komen sangat membina! Dari siapalah agaknya ya?
Tulisan Kedua:
'Tekstur dagingnya lembut dan bau kambing pun tak kelihatan sangat. Bagus! Keep up the good job. Cuma, potongan sayur tak berapa cantik. Sepatutnya potongan zukini perlulah lebih tebal dari lobak. Tapi, tak apa. Calon boleh terus belajar untuk hasilkan yang lebih baik.'
Waah, tajamnya mata juri! Tapi, ini pun komen positif. Maksudnya, daging kambing panggang aku tu menjadilah juga. Baru aku tahu, rupa-rupanya sayur-sayuran hiasan ini pun perlu dipotong dengan teknik yang betul. Baik, lepas ni kena belajar.
Tulisan ketiga pula aku buka. Terus terjojol biji mata bila melihat bait-bait ayat yang sengaja ditulis dengan huruf besar tersebut.
JANGAN GEDIK SANGAT!!!!
Sah, tulisan makhluk tu. Hati aku sebal tiba-tiba. Baik tak payah jadi juri kalau nak tulis macam ni saja. Pasti dia bengang dengan babak spontan tadi. Huh, kenapa dia yang sakit? Aku suapkan daging aje pun. Bukan sentuh tangan Encik Tukang!
Aku agak, lelaki ni dah mula tak puas hati setelah Rizal bersetuju untuk bayar hutang aku dengan dia. Sekarang, dia dah tak ada modal lagi nak perangkap aku. Kalau aku diterima sebagai tukang masak tetap kat hotel ni, lagilah dia bengang. Aku akan ada pendapatan tetap nanti, jadi dengan itu aku akan ada jaminan yang lebih kukuh untuk dapatkan hak penjagaan Afiq dan Afiqah. Pasti dia tak senang duduk. Dah tentulah mamat tu akan cari jalan supaya aku gagal. Yang inilah aku kena pertahankan cukup-cukup! Aku tak boleh hampakan harapan Rizal.
Bila teringatkan nama lelaki baik itu, bibirku tersenyum kembali. Seperti yang selalu disampaikan oleh pakar-pakar motivasi, untuk berjaya kita perlu abaikan orang-orang toksik yang ada di sekeliling kita. Contohnya macam Orang Belah Sana tu. Usah dilayan! Orang macam tu, mana suka tengok kita berjayakan? Kertas-kertas yang berisi komen tadi aku simpankan kembali ke dalam beg tangan.
Pap!
Sekeping sampul surat lain pula yang terjatuh dari beg tangan. Haa... Baru aku teringat akan satu lagi sampul yang telah diberikan oleh Tini juga ketika sampai ke rumah tadi. Katanya dari Encik Tukang! Ah, berdebar-debar pula. Takkan surat cinta kut. Aku tergelak kecil. Perasan!
Gam pada sampul itu terus dibuka. Sekali lagi mataku terbeliak luas. Duit? Pantas tangan aku membilang satu-persatu not berwarna ungu yang dikepilkan tersebut. Sepuluh keping juga.
Rizaaaalllll!
Sungguh aku tak sangka. Terharu sangat. Air mata aku terus jatuh. Murah hati sangat lelaki ini. Dia tahu aku tengah susah. Anak-anak di kampung pun perlukan duit. Sudahlah sudi pinjamkan duit untuk membayar hutang tadi, sekarang dipinjamkan lagi duit sebanyak ini untuk aku. Aku sambung menangis. Tak kira aku nak hubungi juga dia malam ni. Penting untuk aku nyatakan rasa terima kasih yang teramat sangat pada dia. Jujur, aku langsung tak harapkan ini.
Talian terus didail. Lama juga telefon itu berdering. Sehinggalah kali ketiga, panggilanku itu tetap tak disambut. Rizal sibuk? Atau aku sedang mengganggu? Ah, hampanya. Kalau panggilan pun tak dijawab, inikan pula pesanan ringkaskan. Sebenarnya selain mahu mengucapkan terima kasih, aku pun nak mengadu dengan dia. Tentang Rina yang tak sengaja terserempak dengan aku di tandas sebelum balik dengan Tini tadi. Tapi, keadaan macam tak mengizinkan pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEREKAT KASIH
Romance"Kalau dah jodoh takkan ke mana... You lari, I kejar... I hilang, you rindu.. Pen biru, pen merah.. I love you, jangan maraahhh..." -Encik Tukang-