BAB 20

35 7 9
                                    


....

Jariku laju menatal skrin telefon. Pelbagai carian dibuat pada laman sesawang yang menyiarkan cara-cara dan resepi bagi menyediakan menu yang dimaksudkan.

Grilled lamb shoulder....

Aku ulang beberapa kali tajuk tugasan tersebut. Bukan asing sangat pun sebenarnya menu tu untuk aku. Dulu, ketika aku masih jadi isteri Orang Belah Sana, selalu juga aku pesan makanan tu. Aku tahu harganya mahal, tapi lidah aku ni selalu kempunan mahukan daging sedap tersebut. Lebih-lebih lagi ketika mengandungkan Afiq dan Afiqah. Maklumlah hubungan tengah wangikan, mana dia nak marah. Segala mahu aku diturutkan saja. Bila suruh buat sendiri, cepat-cepat aku angkat tangan. Daging kambing kan berbau hamis macam tu. Euwww... Sesetengah kedai pun, kalau tukang masaknya tidak menyediakan menu tersebut dengan cara yang betul, daging tersebut akan berbau kuat dan aku sendiri pun tak lalu makan. Tapi sekarang, aku tak ada pilihan lagi. Kena pakai topeng mungkin.

Ting! Loceng dibunyikan kuat.

"Boleh mula..." Suara salah seorang kakitangan hotel tersebut memberi arahan kepada semua calon. Kelentang-kelentung bunyi masing-masing memulakan tugas.

Aku menjarakkan sedikit dari singki. Fuhh... Kuat gila baunya! Tiga topeng muka yang sengaja aku pakai itu pun masih belum mampu menghilangkan hamis kambing tersebut. Kan bagus kalau pihak hotel ni dah bagi daging yang sudah siap diperap. Tak adalah berbau sangat. Tapi tak mungkinlahkan, pihak juri sebenarnya mesti mahu melihat kemahiran calon-calon memerap daging kambing itu sendiri. Bertabahlah! Padanlah orang tua-tua dulu selalu menyindir manusia yang tak mandi macam bau kambing. Betul sangat!

Nafas aku tarik dalam-dalam sambil mengambil daging bahu kambing yang disediakan untuk dicuci bersih sehingga darah tidak kelihatan. Ada 12 keping semuanya. Bagus juga pihak hotel ni memilih daging di bahagian bahu berbanding bahagian kambing yang lain. Kenapa aku kata begitu? Sebab, selain ada banyak daging di situ, lemak dia pun sedikit menjadikan bahagian tersebut lebih senang untuk dicuci dan lebih cepat masak juga apabila dipanggang ataupun dibakar nanti.

Aku melilau sekilas keadaan calon-calon lain. Masing-masing sudah kelihatan mencincang sayur-sayuran untuk hiasan hidangan seperti cendawan, zukini dan lobak. Bererti daging kambing mereka sudah diperap? Lajunya?! Ah, bimbang pula aku yang tak cukup masa. Proses perapan itu paling kurang satu jam juga untuk pastikan semuanya sebati. Ini semua sebab bau kambing tu lah tadi! Dah lambat. Isy, tak boleh jadi!

Sos lada hitam bersama serbuknya cepat-cepat aku gaulkan bersama bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang halus. Lima gram biji sawi bersama serbuk cili dan minyak zaitun turut aku masukkan ketika memulakan proses perapan. Kemudian diikuti dengan penyediaan inti pastri yang menggunakan bahan-bahan lebih kurang sama saja dengan proses memerap daging tadi. Cuma aku tambah kuning telur dan paprika saja. Ada sesetengah orang tak suka makan daging kambing panggang macam tu sajakan? Jadi, kulit pastri ini pun perlu diambil kira bagi memberi kelainan dan menambahkan kelazatan juadah. Selang 2 jam kemudian, enam keping daging kambing selesai dipanggang. Fuh, lega! Tapi... Rentung sikitlah. Aduh, spoil! Mungkin sempat lagi aku panggang daging yang lain. Namun.....

"Masa tamat!" Suara Tini melaung kuat dari depan. Aku berdecit halus. Dan-dan aje masa habis. Aku toleh sejenak pada jam dinding yang tergantung. Ada 5 minit lagi kan? Tapi, suaranya dah memetir, takkanlah para calon nak bantah. Huh! Jadi aku ni macam mana? Nampaknya, tawakkal sajalah pada Tuhan. Lagipun, daging-daging tu tak adalah rentung sangat pun. Sebahagian saja yang macam tu. Kalau dengan lidah aku, juadah itu masih sedap untuk dimakan.

Tap! Tap!

Tiga orang lelaki masuk kemudiannya. Aku yakin dan pasti mereka itu adalah juri. Bibirku spontan menyungging senyum. Ada Rizal kali ni. Tapi yang tak seronoknya, mamat hidung tinggi tu pun ada jugak. Sibuk aje.

MEREKAT KASIHWhere stories live. Discover now