....
"Thanks Rizal. Sorry menyusahkan awak. Saya memang takkan naik lagi kereta dia. Saya ingat sampai bila-bila kata-kata dia tu dulu. Kalau kena jalan kaki pun saya sanggup. Tapi, tadi sebenarnya saya plan nak naik teksi, lepas tahu Tini datang dengan dia," wajah Rizal aku kerling. Lelaki itu hanya tersenyum.
"It's okay Eja. Eh, tapi besar jugak beg sandang yang awak bawa tu. Tak selalukan awak macam tu kalau ke hotel?" Dia pula yang bertanya.
Gulp! Aku telan liur. Nampak pelik sangat ke aku dengan beg sandang ni? Memanglah lari dari kebiasaan. Aku selalunya hanya bawa beg tangan kecil saja ke hotel, tapi tadikan hajat sebenar aku nak balik kampung. Aduhh... Janganlah ketahuan. Malu pada Rizal. Macam tak pandai mengenang budi pula. Curi-curi nak balik kampung!
"Erm... Erm.."
Aku masih gagap. Jujur, aku kering idea untuk beri alasan. Nak aje rasanya aku bocorkan hal sebenar, tapi bimbang Rizal yang tarik muka. Aku tak nak kehilangan kepercayaan dia.
"Hehe. Takpelah Eja. Saya faham. Awak tak suka dijemput oleh dia kan? Kereta Tini pun baru masuk workshop. Boleh je awak nak bermalam kat hotel hari ni," sambung Rizal kemudiannya.
Wah, nasib baik! Tak sangka dia boleh fikir sejauh itu. Ya tak ya juga. Aku tak terfikir pun tadi untuk beri alasan macam tu. Yang ada dalam otak aku, cuma nak bongkarkan misi sebenar saja. Tapi kelu, sebab tak sampai hati. Kalau bermalam di hotel.....
"Tapi, janganlah bilik mewah tu lagi ya. Sebab...." Tak sempat aku habiskan kata, telefon Rizal pula menganggu.
"Helo.." wajah lelaki itu bertukar serius. Tak ubah riaknya seperti kali pertama aku bertemu dengan dia dulu. Aku cuba juga curi-curi dengar, tapi tak berjaya mengesan tutur kata yang jelas dari si pemanggil di talian. Lama juga mereka berborak. Tanpa sedar, kereta sudah masuk ke pekarangan hotel dan lelaki itu cepat-cepat meletakkan keretanya itu di ruang parkir. Yang sempat ditangkap ke cuping telinga aku hanya anggukan, serta kalimah 'ya, dan baik' sahaja. Sibuk benar nampaknya dia.
Aku hanya menurut saja lelaki itu ke lobi.
"Eja, awak berehat dululah kat bilik. Kejap lagi saya call baru awak turun okey," ujar Rizal lagi sambil menghulur kad kunci.
Dahlia Royal Suite 1703! Ah, bilik itu juga. Nanti Rina mesti cemburu lagi kalau tahu aku menginap di situ lagi malam ni.
"Tapi Rizal..." Lelaki itu cepat-cepat meletakkan telunjuknya ke bibir bersama senyuman.
"Just go. Hati-hati ya," ucap lelaki itu lagi seraya meminta diri. Ah, nampaknya aku tak ada pilihan juga. Kalau tolak, esoknya aku pasti dijemput oleh Tini bersama Abang Najjar. Itu yang paling aku benci. Jujurnya, aku dah malas nak tengok muka Orang Belah Sana tu. Semak! Jadi, antara dua pilihan yang ada, rasanya ini lebih baik walaupun nanti aku pasti terima kecaman dari Rina. Rakan-rakan calon yang lain pun pasti hairan.
Tik! Butang naik pada lif aku tekan. Kotak kecil itu pun terbuka. Nampak meriah sikit ruangan kecil itu berbanding hari sebelum.
"Bagi laluan, bagi laluan," ada suara-suara kecil yang berbisik. Masing-masing melonggok ke tepi memberi ruang untuk aku masuk di tengah-tengah. Nampak macam tak ada orang lain pun yang masuk selain aku. Jadi, sah-sahlah mereka di situ bermaksud untuk memberi ruang kepada aku. Terus aku bingung sekejap, namun berusaha juga untuk senyum meraikan pertolongan tersebut. Lagak mereka dah macam VVIP yang masuk pula. Takkanlah pakaian selekeh macamni nampak macam datin? Atau aku nampak macam orang kurang upaya? Ops, terus aku periksa baju dan kain yang dikenakan ke tubuh pagi ini. Ada yang cacatke? Aduh, serba tak kena jadinya. Muzik yang dipasang dalam lif ni pun berdegar-degar bunyinya. Macam kena je dengan emosi aku sekarang.

ANDA SEDANG MEMBACA
MEREKAT KASIH
Lãng mạn"Kalau dah jodoh takkan ke mana... You lari, I kejar... I hilang, you rindu.. Pen biru, pen merah.. I love you, jangan maraahhh..." -Encik Tukang-