Bab 2

29 3 0
                                    

{Ezra's POV}

Aku pun tak faham, dalam banyak-banyak orang dalam Malaysia ni, dia bagi aku bertembung dengan Raisya tu juga. Menyampah juga la rasa. Sudah lah aku tegur dia, sebab aku silap orang. Tapi takpe la. That girl can do me no harm. Sekarang ni aku tengah duduk di satu café sambil tunggu kawan aku sampai. Berapa kali dah aku bagitau dia suruh on time, tapi dia still lambat--

"Ezra!" seseorang memanggil nama aku, dan mengambil tempat didepanku
"sorry lambat"
"tch. Kau bila je on time?"

Ha, manusia dekat depan aku ni namanya Aidan. Dia salah satu kawan aku. Ada lagi satu, tapi yang tu selalu busy. Heh entah apa kerjanya. Aidan ni lain sangat dari aku. Aku straightforward, tegas dan always neutral. Meanwhile Aidan pula jenis happy, hyper selalu. One thing about Aidan, dia suka flirting. Jujur lah, banyak kali juga aku rasa macam nak pukul kepala dia bila dia buat perangai macam tu.

"Eh tadi kan ezraaaa.. " Aidan memotong fikiran aku.
"apa dia?" aku pandang dia dengan muka hairan.
"aku terserempak dengan satu perempuan ni. Serious, dia cantik weyhhhh"
Aku pun mengeluh dan berkata "di mata kau, perempuan mana je tak cantik? Habis semua kau nak 'tackle'."
"tak, aku serious, Ezra. Yang lain semua aku kata cantik, tapi yang ni lain macam punya woooo"

Hah tiba-tiba aku hairan. Cantik sangat ke hamba Allah nya sampai si Aidan ni terus boleh jadi angau? Aku hanya jeling pada kawan aku yang seorang tu. Aku yakin, tak lama lagi dia lupa semula la tu. Memang perangai dia kan. Tapi aku still hairan lah. Agak-agak siapa ya?

"Ha ni, Ezra. Macam mana presentation tadi? Katanya harini kau ada presentation pasal topic yang sama dengan pesaing kau kan? Entah apa nama dia.. aku lupa" Aidan membuka bicara.
"Oh, that girl? Heh. Raisya Sofea. Dia saja lah academic nemesis aku Aidan oi... Anyways, the prese---"
"Jap, nama dia apa? Cuba ulang" Aidan memotong ayatku. Aih apa pulak masalah mamat ni?
"Raisya. Raisya Sofea"
"Weyh, sama weyh nama dia dengan perempuan yang aku kata cantik tu"
Aku pun macam.. tercengang sekejap. Tapi selepas itu aku terus gelak angin.

"Astaghfirullah kau ni kenapa Ezra? Dah lah susah nak gelak, tiba-tiba sekarang kau gelak. Cuba cakap dulu baru gelak. Kesian aku ni tak tahu apa-apa" Aidan pandang aku pelik.
"HAHAHAHAHA aduhaiiii Aidan, Aidan... Raisya Sofea? Itu perempuan yang kau kata cantik? Huhhhh aku tengok muka dia rasa macam nak tonyoh-tonyoh dekat lantai je ada lah. Buat kacau spotlight aku di universiti je..." aku kata sambil mengenang setiap kali si Raisya tu mengambil spotlight aku.

Sejujurnya.. aku mengaku, dia tu memang pandai. I know she's in our university on scholarship, perhaps that's why she's giving her all. Masalah dia, sudah menjadi kebiasaan untuk aku dapat perhatian guru atau lecturer aku sepenuhnya. Tapi semenjak Raisya muncul di kampus aku, perhatian tu berbelah bahagi, dan kadang-kadang aku diabaikan. Dan situasi ni membuatkan aku rasa tercabar, dan mulai dari itu aku sangatlah benci dan menyampah dengan perempuan tu. Perempuan yang bernama Raisya Sofea tu.

"So maksudnya, lepas ni aku kena kerap-kerap datang kampus kau lah" kata Aidan.
"Kenapa pulak?" aku bertanya.
"Yelah, Raisya kan satu kampus dengan kauuu... so kalau aku datang, boleh lah aku jumpa dia kan?" Aidan berkata sambil senyum pada aku.
"Kenapa pulak kau nak jumpa dia?" aku pandang dia dengan muka neutral.
"Kenapa pulak kau banyak tanya? Jealous ke?" Aidan mengangkat sebelah kening.
"Me? Jealous because some guy wants to meet that Raisya girl? Oh please no, you can have her all you want." Aku mengdengus.
"Really? So you approve? Thanks." Aidan senyum pada aku.
"What do you like so much about that girl?"
"She's pretty, dan dia nampak macam seorang perempuan yang baik. I want to get to know her."
"I see. Well, good luck then. Because she's a tough one. She barely speaks to guys, melainkan kawan dia yang seorang tu. Alah lupa pulak nama dia" aku cuba untuk mengingat nama kawan lelaki dia yang selalu sangat berkepit celah ketiak dia tu. Tapi aku lupa. Argh biarlah. Kisah pulak aku.

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now