Bab 5

16 2 0
                                    

"Hm. Fine" kata Aryan.

Banyak persoalan yang timbul. Kenapa Ezra keluarkan post macam itu di Twitter nya? Ethereal? Aku rasa macam aku perlu tengok semula post itu. Tak mungkin itu aku.

Tapi...

Tak kira berapa kali aku melihat post tersebut, memang itulah aku pada hari dia membawaku lari daripada Aidan. Aku kena tanya Ezra lain kali kami berjumpa. Seriously..

Semasa menghala balik ke asrama kampus universiti aku, aku ternampak satu kereta hitam di depan bangunan asrama aku. Rasa macam kenal...

Tapi aku berjalan lalu depan kereta itu, mengabaikannya.

"Amboi. Ignore aku macam tu je?" Suara garau dan serak seorang lelaki berbunyi dibelakang aku. Yup, dah agak. Ezra lah tu.

"Sorry, tak perasan. Kau buat apa di sini?" Aku kata sambil menangkat kening, menunjukkan rasa ingin tahuku.
"Nak jumpa kau" Ezra kata. Mukanya tak nampak serious hari ini. Tak tegas sangat. Aih mamat ni demam la aku rasa..
"Eh mat, did you drink some kind of alcohol?" Aku bertanya. Well, separuh tanya separuh perli.
"Huft no I didn't. Kau fikir aku kafir ke?" Ezra menangkat keningnya.
"Tak ada pun aku kata macam tu. Aku cuma tanya. Tiba-tiba nak tanya jumpa aku ni.. Demam eh?" Aku sindirnya.
"At least ada juga manusia yang nak jumpa kau, Sya. Bersyukur." perli Ezra. Amboi dia ingat aku ni kesunyian sangat ke?

"Ehem. Ezra, aku nak tanya something." aku membuka bicara.
"Tanyalah." Ezra pandang kearahku.
"Tadi aku berjumpa dengan Aryan. Dan dia tunjuk satu akaun Twitter yang ada satu post..." Aku berkata sambil melihat riak wajahnya.
"What? Kau nak kata itu aku?" Ezra bertanya.
"Yes I guess. Sebab nama dan gambar profil akaun tu memang kau punya.." Aku berkata perlahan.
"Well, you got me, Sya. That's me" Ezra berkata dengan penuh keyakinan. Selambanya mengaku?
"Dah agak. And sekarang aku nak tanya, kenapa kau buat post macam tu?" tanya aku.
"Kenapa?" Ezra bertanya sambil senyum sedikit.
"Aryan fikir kita dua bercinta kau tau tak!"

"What's wrong with that? Kau nak bercinta betul-betul dengan aku ke?" Ezra bertanya.

Sumpah weh. Mamat ni demam. Sumpah dia demam. Aku tergamam di situ, tiba-tiba semua perkataan yang aku pernah belajar atau jumpa di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka semua lesap dari otak aku.

Ezra gelak sedikit sebelum berbicara.
"Aku gurau. Tak ada makna aku nak bercinta dengan kau walaupun kau nak."
"Heh." hanya itu yang keluar dalam mulut aku.

"Dah lambat, tak baik anak dara duduk diluar senja hari. Aku masuk dulu." aku kata padanya dan terus mengatur langkah masuk ke dalam bangunan asrama. Malam itu selepas isyak, aku baring di atas katil aku sambil mengenangkan apa yang berlaku petang tadi. Apa yang gerakkan dia untuk berkata sebegitu? Apa yang rasuk fikiran dia? Sebelum ini, dia seorang yang sangat kasar tapi sekarang dia seorang yang berbeza. Sangat berbeza. Bukannya aku tak suka, tapi aku hairan.

{Ezra's POV}

Aku tak faham kenapa hati aku rasa lembut bila aku pandang Raisya dua, tiga hari ni. Sebelum ni sumpah aku benci dia sangat-sangat. Tapi tiba-tiba, kehadirannya membuat aku rasa aman dan tenang. Get yourself together, Ezra. Please final exams kau dah dekat.

Dah banyak kali aku buat istikharah dan berdoa kepada Allah untuk tunjukkan jalan yang benar kepada aku. Dan jawapan yang aku terima setiap kali mesti mimpi yang ada Raisya. Ya Allah, adakah ini petanda?

Aku tak pasti nak kata aku dah jatuh cinta pada Raisya atau tidak. Aku tak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya, dengan itu, aku tidak boleh memberikan sebab yang 'valid'. Tapi buat masa sekarang, aku tak nak fokus pada perkara ini. Pelajaranku di universiti ini lagi penting.

Pada hari seterusnya, kuliah kami semua telah bermula. Pagi ini bermula dengan Customer Service and Marketing. Aku pergi ke kuliah dan nampak Raisya masuk ke dalam dewan kuliah dan mengambil tempat di belakang sekali seperti biasa. Aku duduk di depan.
Secara kebetulan, kami diberikan tugasan untuk menjual apa-apa produk keluaran kami sendiri, dan kami semua diberi pasangan. Aku cepat-cepat bertanya kepada Raisya kalau dia nak jadi pasangan aku untuk tugasan ini.

"Sya!" aku memanggilnya sebelum dia melangkah keluar dari dewan kuliah.
"Hm?" Raisya berpaling kepadaku.
"Kau dah ada pasangan?" Aku bertanya padanya. Raisya pun menggeleng, lalu aku senyum sedikit.
"Aku pun tak ada. How about we work together?" aku bertanya.
"What's up with you? Semangat pula nak cari bahan untuk rapat dengan aku.." Raisya bertanya, seolah-olah ada tanda soal diatas kepalanya sekarang ni.
"Nak final, lebih baik jangan bermusuh dengan siapa-siapa. Kalau tak, nanti ilmu tak berkat." aku kata kepadanya.
"Oh, sebab itu saja ke kau tiba-tiba merapatkan diri dengan aku?" soal Raisya.
"Hmmm.. Yes. I guess" aku mengangkat bahu tanda tidak pasti.

Please know, Raisya. Aku dekatkan diri bukan sebab itu.

"I see. Well, boleh saja aku jadi partner kau." Raisya berkata kepadaku sambil senyum sedikit. Comel. EH?-
"I might warn you though. Aku tegas dengan masa dan komitmen." aku berkata dengan nada yang serious tapi santai.
"Kau fikir kau seorang?" Raisya menangkat kening dekat aku. Terasa agaknya, haha.
"Alright then. Bilik A&T, 3:00PM." Aku berkata dengan selamba lalu keluar dari dewan kuliah.

Should I feel excited? Eh- WHY WOULD I BE?!

Get a hold of yourself, Ezra Hafran.

{Raisya's POV}

Jam dinding menunjukkan pukul 2:45 petang. Aku sudah siap dan sedia untuk ke bilik A&T. Walaupun agak awal, tapi siapalah yang tahu ayat pedas apakah yang Ezra akan lontarkan kepadaku kalau aku lambat.

Aku sampai ke bilik A&T pada pukul 2:50 petang. Aku fikir aku yang awal, tetapi tidak. Sebelum membuka pintu, aku boleh dengar alunan violin dari dalam bilik tersebut. Alunan yang sama, yang aku dengar pada beberapa hari sebelum ini. Mesti Ezra dah sampai, kan? Awalnya..
Aku memasuki bilik tersebut dan memberi salam.

"Assalamualaikum." ucap aku.
"Waalaikumussalam." kata Ezra sambil menghentikan alunan violinnya. Riak wajahnya sedikit lembut bebanding dengan sebelum ini. Kalau tidak, kebiasaannya mukanya seperti mahu cari gaduh.

"Nice violin arrangements." aku memujinya. Ya, ayat aku sama sahaja sepertinya beberapa hari yang lalu. Aku rasa seperti akulah wanita yang paling tidak mahir dalam permainan puji-memuji ini. I find it awkward.
"Thanks." Ezra berkata dengan senyuman.

Ezra Hafran? Senyum? Pada aku? Dia ni demam ke? Aku terkedu sebentar melihat dia yang sangat berbeza dari sebelum ini.

"Sya? Kau kenapa beku dekat situ? Duduk lah." suara garau Ezra membawaku kembali ke realiti. Dia sudah duduk disebuah meja di dalam bilik A&T tersebut, dan telahpun mengeluarkan komputer ribanya.
"Ha okay." aku kata padanya dan cepat-cepat mengambil tempat duduk di depannya. Sebaik sahaja aku meletakkan beg aku di atas meja untuk mengeluarkan komputer riba aku, Ezra berbunyi.
"Kau suka warna hitam ke?" tanya Ezra.
"Haah. Aku suka putih dan biru juga." aku memberitahunya.
"Oh.." Ezra mengangguk tanda faham.

Ketika kami berdua membincangkan produk yang hendak dikeluarkan, telefon pintar milik Ezra berdering dan dia segera menjawab panggilan itu.
Riak wajah Ezra yang tenang dan lembut bertukar menjadi tegas dan kasar.

"No. She's mine."

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now