Aku berpaling kearahnya. Terkejut. Dan pada masa yang sama, hairan. Dia bercakap tentang apa, ya?
Sebentar lagi, panggilan itu ditamatkan dan Ezra menyimpan telefon pintarnya sebelum berpaling kepada aku semula."Sorry." kata Ezra. "Where were we?"
"Ah.. Tadi kita.." aku mengingatkan dia semula tentang pembincangan kami sebentar tadi. Tapi sedikit sebanyak, aku masih hairan tentang apa yang dibincangkan olehnya di panggilan tadi. Walau bagaimanapun, aku sedar itu bukan urusan aku. Aku dengan Ezra bukanlah serapat itu untuk dia memberitahu aku tentang apa yang dibincangkan tadi.Perbincangan kami berjalan dengan lancar sehingga 5PM.
"Thank you for today, Ezra." aku berkata padanya. Dia telah memberi kerjasama yang sangat baik. Tiada apa-apa perdebatan hangat yang berlaku, Alhamdulillah.
"Thank you too, Sya." dia berkata pada aku dengan suara yang agak lembut. Tak kasar seperti sebelum ini. Aku hanya mengangguk sebelum berdiri untuk membuka langkah, keluar dari bilik itu."Sya." Ezra berbunyi. Aku terus pusing menghadapnya dengan kening yang terangkat.
"Ya?" aku menyahut.
"Kalau aku pesan sesuatu pada kau, kau boleh terima tak?" Ezra bertanya. Peliknya dia ni... Tiba-tiba saja.."Apa dia? Cakap dulu, barulah aku boleh bagi jawapan." aku kata padanya, curiosity written in my face.
"Jangan layan Aidan. Jauhkan diri daripada dia." Ezra berkata pada aku. Aku nak kata dia sedang bergurau, tapi riak wajahnya sangat tegas.
"Kenapa?" aku mestilah ada hak untuk bertanya, kan?
"Dia tu nanti habiskan masa kau je. Baik tak payah bazir masa." kata Ezra.
"Tapi-"
"Tak ada tapi. Aku member dia, aku taulah." Ezra meneruskan kata-katanya.
"Hish.. Yelah" aku mengangguk. Mesti dia kenal kawannya itu."Okay tu je. Sambung esok. Bye, pendek!" Ezra berkata dengan santai kemudian melangkah keluar daripada bilik itu. Eh, dia baru lepas panggil aku 'pendek'? Kurang hasam betul!
"Bye galah!!" aku menjerit kepadanya. Aku memang tak mahu kalah tentang perkara seperti ini. Sedap-sedap dia saja panggil aku pendek. Tahulah tinggi aku 155cm saja. Bukan aku yang pendek, okay? Dia yang tinggi melebih. Ish...Aku pun meninggalkan bilik A&T itu. Dari jauh, aku dapat nampak Aryan dari jauh. Aku pun membuka langkah untuk berjalan kepadanya. Belum sempat aku mendekatkan diri, aku perasan ada lelaki lain yang sedang bercakap dengannya. Mungkin kawan dia. Eh... Bukan! Itu Ezra.
Aku memerhati dari jauh. Aku tidak dapat mendengari apa yang dibincangkan, tetapi aku nampak Ezra memberi satu kotak kecil berwarna biru muda kepada Aryan, dan Aryan hanya mengangguk. Apa pula tu?
Sebentar lagi, Ezra juga sudah meninggalkan Aryan disitu, dan aku pun berlangkah menuju kepadanya.
"Assalamualaikum." aku memberi salam dari belakangnya.
"Astaghfirullahalad'zim! Waalaikumussalam." Aryan melatah. "Kau ni cuba jangan kejutkan aku macam tu!" Aryan meneruskan katanya. Dia ni orangnya mudah terkejut.
"Tak nak. Nak jugak buat macam tu." aku menyakatnya.
"Apa tu?" aku bertanya padanya, sambil melihat ke arah kotak kecil dalam tangannya.
"oh..ni.." Aryan melihat kotak itu sebelum memberikannya pada aku. "Ada orang bagi."
"Siapa?" aku mengangkat kening sambil menerima kotak tersebut. Didalamnya terdapat seutas jam tangan. Hmm.. Kalau aku tidak nampak siapa pemberinya tadi pun, aku akan dapat meneka siapa pemberinya juga. Gaya minimalist dan elegant, memang gaya yang sering dipertunjukkan oleh Ezra Hafran."Cantik." aku berkata sambil melihat jam tangan itu. "Siapa pemberinya?" aku bertanya, buat-buat tidak tahu siapa yang memberi aku jam tersebut.
"Adalah. Orang tu tak bagi aku bagitahu." Aryan berkata sambil senyum yang susah jelas, menahan gelak.
"Ceh. Rahsia konon. Yelah, nanti cakapkan pada orang tu, aku cakap terima kasih." aku berkata.
Aryan pun mengangguk.Malam itu, aku duduk di atas katil sambil melihat jam tangan yang diberi Ezra. Kenapa dia beri aku jam tangan? Dia mahu apa, sebenarnya? Aku perhatikan perangainya banyak berubah beberapa minggu ini. Lebih lembut dan baik terhadap aku. Tak adalah macam mahu cari gaduh 24 jam. Tiba-tiba, phone aku berbunyi.
"Like it?"
Mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu aku baca. Ezra.
Aku pun laju membalas mesejnya."Yeah. Thank you."
"Boleh aku tanya? Kenapa kau beri jam ini?"Mesej itu aku hantar, dan aku pun menunggu Ezra untuk membalasnya. Tetapi... tiada sebarang respon yang aku terima. Mungkin dia tidak mahu beritahu aku lagi. Aku pun tidak mahu memaksanya untuk memberitahu aku semua perkara yang berjalan difikirannya.
{Ezra's POV}
Boleh pula Raisya tanya aku kenapa aku beri jam tangan itu. Aku punyalah berdoa supaya dia tidak bertanya tentang itu, malah itu perkara pertama yang ditanya. Haih...
Aku merenung mesej di telefon pintar aku itu, tidak tahu apa yang patut aku balas. Hm, mungkin lebih baik aku buat-buat tidak tahu tentang mesej itu dan tidak membalasnya. Aku pun menutup telefon pintar aku dan bersedia untuk tidur.
Selama ini aku sangat tidak suka pada Raisya itu. Dia antara penyebab aku sering dibanding-bandingkan oleh keluarga aku. Aku tidak suka dibanding-bandingkan. Lagi-lagi jika ia berkaitan dengan pembelajaran atau kerjaya. Jujur, aku mengaku Raisya itu mempunyai potensi dan mungkin mempunyai kefahaman ilmu berkaitan dunia perniagaan ini lebih dari aku, dan mungkin selama ini aku hanya dengki padanya. Oleh itu, aku selalu menjauhkan diri daripadanya dan berusaha untuk mencari salah dia. Tetapi satu perkara yang aku tidak faham, walaupun berapa kali dia melakukan kesilapan, dia tidak pernah sekali pun menangis atau panik di depan semua orang. Dia mempunyai sikap professionalisme yang sangat tinggi. Mungkin lebih lagi daripada aku? Dan aku menghormatinya untuk kemampuannya itu.
Tetapi, daripada bersumpah pada diri aku untuk menjauhkan diri, sekarang aku rasa makin tertarik untuk mengenalinya dengan lebih mendalam. Aku juga tidak tahu mengapa, bahkan aku sendiri keliru dengan perasaanku.
Mungkin ini menjadi sebab kenapa aku tidak pernah ada peluang untuk merapatkan diri pada Raisya sebelum ini. Sekarang apa jadi? Wanita itu bermain-main difikiranku hampir sepanjang masa.
I want her.
No..
I need her.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr Beku
Romantizm"It seems like you're not so passionate about it after all. Might as well not do it." - Ezra Hafran Raisya hanya mengetap bibir sambil menahan rasa geram terhadap Ezra. Sepanjang Raisya belajar di universiti tu, Ezra tidak pernah walau sekali pun b...