{Raisya's POV}
Sudah dua bulan berlalu, dan Alhamdulillah, dengan izin-Nya, final evaluations aku sudah selesai, dan aku memperoleh keputusan yang sangat baik. Semua hasil daripada usaha aku selama ini, sokongan orang sekeliling dan bimbingan pensyarah universiti ini. Sekarang, aku hanya menunggu panggilan untuk majlis konvokesyen universiti aku. Tapi, sementara itu, aku masih belum dapat fikir apa yang aku nak buat.
Aryan kembali ke kampungnya, Ezra pula... Eh? Apa pula nak cakap tentang Ezra! Tapi.. Tak apalah. Aku beritahu juga ya. Ezra bercadang untuk membantu bapanya di syarikat perniagaannya. Maklumlah, orang kaya. Jarak kami berdua bagaikan langit dan bumi. Walau bagaimanapun, kami berdua masih berhubung untuk perkara yang penting.
Buat masa sekarang, aku bercadang untuk balik ke rumah ibu dan ayah. Ayah mempunyai kedai makan, dan ibu pula merupakan surirumah sepanjang masa. Aku boleh tinggal dirumah ibu ayah sementara aku berusaha untuk mendapatkan peluang kerja di mana-mana. Aku perlu menjana pendapatan sendiri juga. Umurku sudah 25 tahun, dan kadang-kadang, ibu bertanya kepadaku tentang soal kahwin. Tetapi, aku selalu beritahu pada ibu yang aku mahu menamatkan pelajaran dahulu. Cita-cita perlu dikejar, dan cinta akan menyusul kemudian, tepat pada masanya.
Beberapa bulan kemudian..
Sudah tiga bulan aku tinggal dirumah bersama ibu dan ayah. Aku sering menolong ayah dengan kerja di kedai makannya, dan pada masa yang sama, menjaga ibu. Ibu sudah berumur, dan dia selalu merungut sakit badan. Kalau bukan aku yang urut, siapa lagi? Tak apalah. Biar aku jaga ibu dan ayah sampai nafas terakhir mereka, demi membalas jasa ibu dan ayah.
Sedang aku hanyut dalam fikiran sendiri, telefon pintar aku berdering, tanda aku menerima mesej melalui WhatsApp.
"Assalamualaikum."
"Sya."Hmm.. Mesej dari Ezra? Jarang-jarang.
"Waalaikumussalam"
"Ya Ezra?"Laju saja jariku membalas mesej dia. Sudah lama jugaklah kami tidak berhubung. Aku tak peduli pun, cuma.. Kau faham lah kan?
Ding!
"Free or no?"
Dah kenapa? Tiba-tiba saja tanya kalau aku free.
"Free."
"All the time, actually."Ya, memang betul pun. Sejujurnya, ayah tak memaksa aku untuk tolong dia di kedai makannya. Dan ibu pula selalu beritahu aku yang ibu boleh melakukan semua kerja rumah sendiri. Tapi aku tak pernah biarkan mereka lakukan kerja seorang begitu. Kesian.
" Esok. 10AM"
" Get ready."Ezra membalas. Astaghfirullahalad'zim, apa pula ni? Aku tak ingat pula kalau aku ada janji untuk bertemu dengannya. Hairan betullah. Demam ke?
"Ada apa?"
"Kita ada plan apa-apa yang aku lupa, ke?"Aku menatap skrin telefon aku dengan tekun, menunggu jawapan darinya.
"Aku nak datang masuk meminang kau."
"So be ready."HAH?!
Sekejap.
Hah?
Aku tak salah baca, kan? Hampir terbeliak mata aku ni setelah membaca mesej yang dihantarnya. Aku terus menaip dan bertanya kepadanya tentang banyak perkara, tapi tiada respon yang aku dapat. Aku hanya mengeluh dan mengurut dahiku.
Petang itu juga, aku duduk bersama ibu dan ayah.
"Raisya, okay tak?" ibuku bertanya padaku. Sumpah, tak, aku tak okay! Aku sedang fikir macam mana aku mahu beritahu pada mereka yang Ezra hendak datang esok. Bukan untuk berkenalan saja-saja, tetapi untuk meminang! Argh!
"Raisya.. ada nak cakap sikit dengan ibu ayah.." aku membuka bicara. Kata-kata yang keluar dari mulutku sangat lembut, kebanyakannya kerana aku terlampau gugup sekarang ini. Ibu hanya memandang aku dengan senyuman lembutnya, manakala ayah mengangkat sikit kepalanya, menandakan kelulusannya untuk aku meneruskan kata.
"Esok...Ezra nak datang.." aku kata pada ibu ayah dengan suara yang seperti tidak mahu keluar daripada tekak. Aish, kenapa dengan suara aku ni?
"Oh. Biarlah dia datang." ayah menjawab dengan penuh santai. Belum dapat 'hint' agaknya.
"Tapi... Dia nak datang dengan hajat mahu meminang Raisya.." aku beritahu pada mereka. Dan pada masa itu juga ibu tersedak air tehnya, manakala ayah memandang aku dengan muka terkejut.
Silence.
Ada jugalah dalam seminit kami sekeluarga diam, sebelum ibu akhirnya memecahkan kebisuan diantara kami.
"Alhamdulillah. Dah besar anak ibu ni.." kata ibu.
"Eloklah tu. Ayah turut gembira untuk kamu." ayahku menyambung.Santainya mereka berdua ni! Aku yang mahu beritahu tadi sudah separuh mati berperang dengan ketakutan diri sendiri. Tetapi mereka tidak memberi apa-apa reaksi negatif, malah mereka bersyukur. Tidak apalah. Alhamdulillah. Tetapi, tak boleh ditipu, aku masih gementar. Gementar untuk esok.
Hari seterusnya, aku bangun awal pagi untuk bersiap-siap. Aku telah membersihkan kawasan rumah dan menyediakan hidangan untuk keluarga Ezra yang akan sampai sebentar lagi. Hari ini, aku memakai baju kurung riau berwarna hijau terang dan tudung shawl berwarna putih. Elegant and cute! Eh, sedap je puji diri sendiri. Biarlah.
"Assalamualaikum!" kedengaran bunyi orang memberi salam dari luar. Aku menjeling ke arah jam, tepat jam 10 pagi.
"Waalaikumussalam." ibu menjawab salam dan membuka pintu, menjemput mereka untuk masuk.
Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Umi dan abah Ezra sangat baik terhadap aku, dan berlapang dada untuk menerima aku sebagai menantu walaupun keluarga kami berdua sangat berbeza. Dari segi kewangan, taraf sosial dan gaya hidup. Jadi, aku sangat bersyukur yang mereka berbesar hati untuk menerima aku sebagai menantu mereka. Dan pada masa yang sama, percaya atau tidak, aku sekarang merupakan tunang Ezra Hafran. Lelaki yang aku tidak sangka akan menjadi jodohku, kini berada didepan mataku, memandang kearah aku dengan senyuman mahalnya. Senyuman yang tidak diberi pada semua orang. Terasa istimewa jap.
Tarikh majlis nikah kami ditetapkan untuk diadakan pada bulan hadapan. Biasalah, orang berduit, tidak perlu tangguh lama-lama atas sebab kewangan. Dalam masa sebulan ini, aku perlu menyiapkan banyak perkara agar majlis nikah berjalan dengan lancar.
Tetapi, masih ada perkara yang aku tak faham. Dalam banyak-banyak perempuan di tanah air tercinta ni, kenapa Ezra meminang aku? Kenapa bukan perempuan lain yang setaraf dengannya? Kami berdua di universiti kuat bergaduh, tapi sekarang aku bakal isterinya? Tak masuk akal!
Sementara keluarga kami berdua bersembang, aku mengajak Ezra untuk keluar ke depan rumah untuk bercakap sebentar.
"Ok, sekarang, aku nak penjelasan. Kenapa kau meminang aku?" aku terus bertanya padanya.
"Sebab boleh." Ezra membalas dengan muka yang sedang menahan gelak.
"Kau ni dah kenapa? Mabuk ke?" aku menjeling padanya.
"If I'm drunk, the only thing I'd be drunk with is your love." Ezra berkata pada aku dengan senyuman yang lembut dan ikhlas."I don't even love you, Ezra Hafran." aku berkata padanya. Setakat ini, rasa cinta padanya belum mekar. Semua ini berlaku dengan terlalu cepat.
"Then, I'll make you love me." kata Ezra dengan muka yang yakin.
"Tapi, aku tak sempurna macam perempuan lain, Ezra. Aku bukan taraf kau." aku kata padanya.
"Semua orang tak sempurna. Dan untuk pengetahuan kau, kekurangan kau tu membuatkan aku suka kau." Ezra berkata.Terasa pipi aku berbahang sedikit. Aish...
"Haaaaa, blushing lah tu." Ezra menyakatku.
"Eish, mana ada!" aku menjelingnya dengan tangan yang bersilang.
"Jangan marah-marah sangat. Comel." Ezra berkata dengan selamba. Apa benda dia ni?! Terhantuk kepala ke?Well...
Bermulalah kisah aku sebagai tunang Ezra Hafran.
Dan sebagai bakal isterinya.

YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr Beku
Romance"It seems like you're not so passionate about it after all. Might as well not do it." - Ezra Hafran Raisya hanya mengetap bibir sambil menahan rasa geram terhadap Ezra. Sepanjang Raisya belajar di universiti tu, Ezra tidak pernah walau sekali pun b...