Bab 1

53 3 0
                                    

"Ya Allah malasnya..."

Aku merungut pagi-pagi buta ni sebab aku ada pembentangan yang aku perlu buat waktu kuliah sebentar lagi. Pembentangan ni menderma kepada 50% markah aku semester ni, so aku kena buat la. Oh wait, aku belum kenalkan diri. Nama aku Raisya Sofea. Aku mahasiswi dekat satu universiti business swasta di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni. Bunyinya macam aku banyak duit sebab belajar di universiti swasta, tapi aku masuk on scholarship. So, jangan pandang tinggi sangat dekat aku ni. Aku cuma seorang mahasiswi yang kerjanya hanya belajar, belajar, dan belajar. Knowledge is power, they say. Back to the story, aku ada pembentangan untuk di-settle-kan hari ini. Tapi kuliah Business Management ni salah satu kuliah yang aku paling malas nak masuk. Alah, nanti kau faham la...

Aku pun bersiap-siap nak pergi kuliah. Kuliah mula dalam lagi tiga jam, tapi nak berjalan ke dewan kuliah saja pun dah 20 minit. Perempuan ni bersiap lama, hehe. Walaupun aku tak suka kuliah Business Management ni, tapi mestilah aku kena cantik-cantik sebagai seorang perempuan. Barulah nampak macam perempuan sejati, haaa gituuuu.. Setelah sekian lama aku bersiap, aku pun mengambil laptop dan segala harta benda yang perlu dibawa lalu keluar dari bilik aku. Sejujurnya, aku berdebar nak buat pembentangan tu sekejap lagi. Tapi, ini bukan kali pertama. So, I'm sure I'll nail it.

Aku sampai sahaja ke dewan kuliah, semua orang dah ambil tempat masing-masing. Jadi, aku pun buat benda yang sama. Aku mengambil tempat jauh di belakang dewan kuliah. Sebaik sahaja aku duduk, aku pun buka laptop aku. In preparation to present.

"Hi Raisya." seseorang menegur aku. Ha, jangan risau. Yang ni cuma member rapat aku. Namanya Aryan Darmish. Sedap kan nama dia? Dia ni sangatlah pendiam, tapi depan aku.. Fuhhhh hilang pendiam tu.

"Hi Aryan. Awal sampai?" aku memerli Aryan. Selalunya, dialah antara yang lambat sampai ke dewan kuliah. Entah apa yang dia sibuk sangat. Aryan cuma menjeling tajam pada aku, dan aku hanya gelakkan dia. Melayan gelagat si Aryan ni sahaja pun boleh buat mood aku baik semula. Maklumlah, kawan gila sama-sama.

"Assalamualaikum, morning everyone"
"Waalaikumussalam.."

Satu dewan menjawab salam lecturer yang baru sampai. Lecturer ni yang hadap aku sejak aku first time masuk, and he's the nicest lecturer I could ask for.

"so, as promised, kita ada pembentangan untuk dituntut today, kan?" and of course, satu dewan setuju dengan pernyataan dia. Aku sudah siap sedia untuk bangun, sebab biasanya lecturer aku akan panggil aku untuk kedepan dahulu. Top student things..

"Macam biasa, saya nak panggil Raisya Sofea untuk bentangkan dulu". Sudah ku bilang~

Aku pun turun ke depan dewan dan memulakan pembentangan aku. Untuk kali ni, lecturer aku minta aku untuk buat pembentangan tentang 'How Would I Manage A Hotel's Financial Situation'. I'll be honest, topik ni bukanlah topik yang senang untuk dibentangkan. But I always try my best. Setelah beberapa minit aku membebel sampai berbuih mulut, aku pun mengakhiri pembentangan aku dengan membuka peluang untuk semua rakan seperjuangan aku untuk bertanya. Sebenarnya, aku berharap sangat semua diam dan tak tanya apa-apa. Aku nak duduk je, please.

"I have a question." Seorang lelaki bangun dari tempat duduknya. Omg, this is why I hate Business Management...
Lelaki yang baru bangkit dari tempat duduknya itu adalah pesaing terkuat aku. Namanya Ezra Hafran. Nama dia sumpah sedap didengar, tapi sikapnya tidak sama sekali. What a shame. Dari first semester hingga dah nak habis belajar, kami tak pernah berbaik. Dialah orang yang akan cuba untuk buat aku duduk di depan dewan tu lama-lama sambil melayan soalan-soalan dia.

"Where is the hotel's financial graph? Supposedly, you have to include it in your slide. "

Allahuakbar.. Aku baru perasan, memang betul pun aku terlupa tentang graf kewangan hotel pembentangan aku. Habislah, mau aku kena repeat balik pembentangan ni..

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now