Bab 4

26 3 0
                                    

(Raisya Sofea's POV)

Another morning, another routine to be done. Hari ini hari ahad, dan aku tak ada kuliah sama sekali. Aryan pula balik ke rumah keluarganya sejak semalam lagi. Jadi, aku keseorangan. As always.

Aku decide untuk pergi ke bilik A&T lagi. Ada banyak perkara yang aku nak cuba di piano bilik Arts & Theaters tu. Seni musik memang minat aku sejak sekolah rendah lagi. Malangnya, aku tidak dapat meneruskan pendidikan di dalam minat aku itu atas beberapa faktor. Jadi, aku hanya bermain alat musik atau menyanyi bagi mengisi masa lapang aku.

Bila aku sampai di depan bilik A&T, kedengaran seseorang bermain violin dari dalamnya. Hairan juga aku. Sebab bilik A&T ni jarang-jarang ada orang lain. Bunyi violin yang keluar daripada bilik tu sangatlah merdu, dan ia menarik aku untuk membuka pintu tu.

Aku pun menghela nafas panjang lalu membuka pintu tersebut. Alangkah terkejutnya bila aku sedar, orang yang sedang bermain violin itu adalah Ezra. Aku tak pernah tau yang dia berbakat dalam seni musik. Alunan violin kepunyaannya seolah-olah membuatkan aku kaku dan beku disitu. Badan aku tak bergerak walau sikit pun dan telinga aku pun memberi perhatian kepada alunannya. Sebentar lagi, alunan itu pun berhenti.

"Best tenung aku?" kata Ezra
Ceh perasannya mamat ni. Sapa yang tenung dia? Aku dengar je dia main violin
"Siapa tenung kau? Tak ada masa." aku membalas, dan kemudian mengambil tempat di piano. Boleh terasa yang Ezra sedang memerhati setiap gerak geri aku seolah-olah aku ni pencuri. Apa tah masalah dia ni.

"kau boleh main piano?" Ezra bertanya. Aku hanya mengangguk. Dan bermain piano tu seperti ada aku sorang je di dalam bilik tu. Aku tak ambil kisah langsung tentang mamat tu. Walaupun aku membelakangi dia, aku dapat merasakan yang dia tengah tenung aku dari belakang. And I'm not gonna lie, but it sends chills down my spine.

Sebentar sahaja lepas itu, Ezra datang ketepi aku, menampal satu 'sticky note' di atas piano tu dan keluar dari bilik A&T tu. Walaupun aku keliru, aku tetap mengambil sticky note tu. Disitu, tertulisnya :

"Nice piano arrangements. I like it."

Boleh terasa pipi aku jadi berbahang dan hujung bibir aku hampir terangkat untuk membentuk senyuman. Namun aku sempat kembali ke realiti dan menampar lembut pipi aku

"eish apa aku ni? Orang puji sikit nak senyum. Arh tak boleh."

Tapi... Ezra tak pernah sekali pun puji aku. Kenapa tiba-tiba je? Mamat tu mabuk ke?
Petang itu, aku keluar dari kampus universiti aku seorang-seorang. Aku berniat untuk bersiar-siar, disebabkan kebosanan yang melanda parah keatas diri aku. Tak sempat berapa minit, ada kereta hitam berhenti disebelah aku. Aduh, penculik ke ni? Biasanya dalam filem, macam ini lah permulaan watak utama diculik!

Sebelum aku hendak mengatur langkah, tingkap kereta tu terbuka, dan didalamnya terdapatnya lelaki yang sudah tentu aku kenal. Ezra Hafran.

"what are you doing out here?" Ezra bertanya padaku.
"Taking a stroll." kata aku.
"Get in" Ezra mengarahkan aku untuk masuk didalam keretanya
"Why?" aku buat muka pelik. Mamat ni sumpah demam harini dho. Lain macam ni...

Tiba-tiba, dari jauh aku boleh nampak kelibat orang berjalan menghala ke aku.

Aidan.

"See? That's what I'm talking about. get in." Ezra berkata tegas.
Tanpa berkata apa-apa, aku hanya masuk ke dalam keretanya. Langkah Aidan terhenti, dan dia cuma menjeling tajam terhadap kami.

"Eh Ezra, kawan kau tu memang macam tu ke?" aku bertanya kepada Ezra. Tengok balik, macam obses pun ada si Aidan tu.
"Dia tu memang kuat main perempuan sikit. But you don't have to know. What you have to know is jangan sesekali kau rapatkan diri dengan dia." Ezra ceramah aku panjang, lebar, tinggi dan luas.
Cara dia ceramah aku sangatlah tegas. Tipu la kalau aku kata aku tak hairan tentang kisah mereka berdua. Tapi aku membuat pilihan untuk tidak bertanya apa-apa. Aku hanya mengangguk sebagai tanda setuju.
"By the way, kau drive ni, kau nak bawak aku pergi mana?" aku bertanya pada Ezra
"Sejujurnya, aku pun tak tau. Kau nak pergi mana?" Ezra bertanya kepadaku.
"Lah? Aku nak jalan-jalan je tadi. Tak apa lah, kau drive, kita sembang" kata aku. Kadang-kadang, keadaan seperti ini membuatkan aku lupa bahawa kami adalah musuh, pesaing terkuat. Academic rivals.

"Heh. Sembang ngan kau? Entah perkara lagha apa lah dia nak bahas dengan aku nanti" Ezra berkata kepadaku. Amboiiii sedapnya mulut? Tekan hon dia tu nanti tau la..

"Nak tanya je. Kenapa kau tiba-tiba baik dengan aku?" Aku toleh untuk memandangnya. Dia terkebil-kebil selama beberapa saat sebelum membuka mulut untuk berbicara.
"Aku? Baik dengan kau? When?" kata Ezra.
"Macam sekarang lah. Dulu kau tau bahan aku je. Tapi seka-"
"Raisya Sofea, let's not mention it." Ezra memotong ayatku. Biadap betul.
"Okay fine. But.. Serious aku tanya ni. Aku hairan." aku bertanya padanya, mengharapkan penjelasan atau jawapan. Aku hairan, aku nak sangat tahu kenapa sikapnya makin lama makin lembut terhadap aku.
"Aku pun tak tahu nak jawab apa, Sya." kata Ezra

Jap. Sekejap. Sya? SYA? Tak ada seorang manusia pun yang pernah panggil aku "Sya". Ezra orang pertama.
Aku mengangguk tanda faham, tapi secara tiba-tiba, aku terus memandangnya dan mengangkat kening

"Sya? Dari mana kau kutip nama panggilan tu?" aku tanya lagi.
"I don't know. I guess it suits you." kata Ezra sambil mengangkat bahu.
"Wait.. What?" aku keliru. Makin lama makin pelik je cara dia ni bercakap. Agak risau ya.

"Dah, turun." Ezra kata padaku.
Wah, aku terlalu ralit menanya soalan ada Ezra, aku tak perasan pun dia drive balik ke kampus.
"Thanks for the help today, Ezra." nak tak nak, aku kena la juga berterima kasih. Kalau dia tak ada tadi, entah apalah yang jadi padaku dengan kewujudan Aidan di situ tadi.
"Hm." Hanya itu balasan Ezra. Lalu, dia pun bertolak.

Jujur, dia nampak macam gentlemen. Quite nice. Eh, apa aku merepek ni?! Ini kalau Aryan dengar atau nampak, mesti dia tepuk kepala aku...

---------------------------------------------------------
(seminggu kemudian.)

Hari ini, Aryan sudah ada di kampus balik. So, aku tak ada lah jadi lonely lagi. Yay.
Aku bersetuju nak berjumpa dengannya di café luar kampus. Aku bersiap-siap dan mengatur langkah menghala ke café tersebut. Apabila aku sampai, aku mencari tempat untuk duduk. Macam biasalah, mesti dia sampai lambat.

"Hi, Raisya! Sorry lambat." Aryan datang duduk didepan aku.
"Kau bila je awal?" aku memerlinya.
"alah kau ni, baru jumpa dah kena perli. Sedih lah macam ni" Aryan bergurau.
"Hah, sedih lah kau. Tak nak pujuk" Aku menjelir lidah lalu gelak melihat reaksinya.

"Apa cerita kau dekat kampus selama aku tak ada?" Aryan membuka topic.
"Same old days. Balik-balik bilik A&T macam biasa" kata aku.
"Kau tidur je lah dalam bilik A&T tu Raisya oi." Aryan bergurau padaku.

"Ha ni, aku nak tanya. Apa ni?" Aryan bertanya. Dia membawa keluar telefonnya dan menunjukkan satu post di Twitter, milik akaun Ezra. Terdapat gambar perempuan dari belakang dengan caption ; "Ethereal."

Aku mengerut dahi ku sebab itu adalah pakaian aku yang aku pakai pada hari dia membawa aku lari dari Aidan.

"Itu kau ke?" Aryan menjeling tajam padaku
"What? No! Of course not. Takkanlah kami nak bercinta? Lambat lagi." aku cuba untuk menyorok fakta yang tuan badan dalam gambar tu memang aku.
"Raisya, aku kenal kau dah bertahun-tahun, aku tau bentuk badan kau walau dari belakang tau?" Aryan tenung mata aku. Seram la pulak.
"Aryan, come on. Tu bukan aku, seriously.." aku kata padanya. Kalau aku mengaku tu aku, satu masalah pulak nak kena dengar dia ceramah. Yang Ezra pun satu, kenapa dia buat post macam tu?...

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now