Bab 8

14 0 0
                                    

Sebulan yang lalu, aku sangat sibuk dengan persiapan majlis nikah. Aku sudah menghadiri kursus nikah, aku sudah melengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Dan hari ini merupakan hari aku bernikah. Hari yang aku bergelar sebagai isteri yang sah kepada Ezra Hafran. Aku masih susah untuk menerima kenyataan bahawa aku akan berkahwin dengan Ezra, disebabkan oleh pertemuan kami di universiti dan hubungan yang tidak pernah elok.

Telefon pintar aku berdering.

"Dah ready?"

Ezra.

"Nervous, but ready."

Aku membalas. Memang terasa sangat gementar sekarang ini. Tapi ibu beritahu aku untuk memperbanyakkan selawat dan istighfar, Alhamdulillah, aku dapat bertenang sedikit.

"I'm sure you look pretty."
"You always do."

Ezra membalas. Dia ni memang pandai keluarkan kata-kata manis ke? Aku ni pemalu. Pantang disuap dengan kata-kata sebegitu, aku mesti jadi malu. Aku hanya membaca mesejnya dan tidak membalas apa-apa. Sebentar lagi, semua orang telah sampai, dan bermulalah acara akad nikah.

"Ezra Hafran bin Ahmad."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Raisya Sofea binti Halim dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Raisya Sofia binti Halim dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

Dan begitu sahaja, aku telah menjadi isteri sah kepada Ezra. Semua orang membaca doa dengan pimpinan imam yang telah dijemput, seterusnya, aku dan Ezra di minta untuk bersalaman.

Bersalaman? Dengan Ezra? Lelaki yang aku pernah sentuh pun hanya ayah aku. Perlahan-lahan aku hendak capai tangan Ezra. Bukan sahaja pergerakan aku yang perlahan, malah tangan aku terketar-ketar! Semua orang yang berada disitu gelak kecil melihat gelagat aku, dan Ezra juga turut tergelak. Dengan gaya yang spontan, Ezra mengambil tangan aku membawa tangannya ke bibirku untuk menyelesaikan acara bersalaman itu.

Adakah aku dapat bertenang serta merta?

Sudah tentu tidak. Huhu.

Lama jugalah aku tergelak berseorangan dengan ibu akibat terlalu malu dengan apa yang jadi. Aku terima perkara ini sebagai kenangan, dan pengalaman manis. Manis kot. Ya, manis.

Aku telah diberitahu oleh Ezra yang aku akan berpindah duduk dirumahnya setelah selesai majlis nikah kami. Ya, pada hari yang sama. Katanya, tidak mahu menyusahkan orang lain. Sekarang, dia bergelar suami aku yang sah, so, mesti aku ada hak untuk tanya lagi tentang perkara ini, kan? Jiwa aku meronta-ronta mahukan jawapan dan penjelasan penuh dari Ezra.

Selesai sahaja majlis itu, aku pun bersalaman dengan ibu dan ayah.

"Jaga suami elok-elok, ye? Jangan derhaka pada suami." ibu memesan sambil mengusap kepalaku.
"Insyaallah." balasku.

Dan begitu saja, aku dan Ezra berangkat ke rumahnya sendiri. Sejujurnya, aku belum sedia untuk tinggal berdua dengannya. Yalah, kami bukannya rapat. Tiba-tiba sudah menjadi suami isteri, malah perlu tinggal berdua. Tapi, Ezra kelihatan sangat santai, seolah-olah dia tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku. Ok lah, dia yang meminang aku, mestilah dia dah bersedia. Tapi, dia tak rasa janggal ke?

Dalam 20 minit selepas itu, kami sampai dirumahnya. Rumahnya cantik, besar. Luas. Sangat berbeza dengan gaya  rumah aku.

"Pergi masuk dulu." Ezra membuka bicara.
"Tapi.. beg aku--" belum sempat aku menghabiskan ayat, Ezra memotong kata-kataku.
"Dah kahwin pun masih nak guna 'aku kau' ke?" Ezra mengusik aku dengan senyuman nakalnya. Dia ni kan..
"Okay fine. Beg saya tu.. EISH TAK BOLEHHHH!" aku merungut seorang. Terasa sangat janggal, dan pada masa yang sama, malu untuk menggunakan kata ganti nama diri pertama yang disebut Ezra itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now