{Ezra's POV}
Harini aku free. Aku tak ada apa-apa kuliah, sebab lecturer aku dah hantar email dekat setiap student yang dia ada hal harini. Urgent. Sebab tu la sekarang ni aku ada dekat cafe yang sama. Cafe yang aku berjumpa dengan Aidan. Aidan ajak aku berjumpa, katanya ada perkara yang mahu dibincangkan.
"Morning, Ezra" Aidan mengambil tempat didepanku.
"Morning, Aidan. Tiba-tiba je sampai awal?" aku bertanya padanya. Kami janji pukul 9 pagi, sekarang masih pukul 8:58 pagi.
"Heh." hanya sepatah itu saja jawapan Aidan pada aku. Mukanya kelihatan ketat, seolah-olah marah. Ohhh wait, don't tell me this is about me dragging Raisya away yesterday?
"Kau okay ke tak ni?" aku cuba bertanya pada Aidan.
"Yang semalam tu apa kes?" Aidan memandang tajam pada aku."Semalam? Pasal Raisya ke?"
"Yelah takkan la pasal mak kau pulak"
"Eh mak aku jangan main eh. Watch your mouth." Aku memang tak suka bila orang sebut-sebut pasal mak aku. Rasa macam biadap sangat.
"Kau kenapa sebenarnya? Kau suka Raisya ke? Be honest with me, Ezra. " Aidan bertanya dalam nada yang tegas.
"Hey relax? So mad for what? You want me to be honest eh.. Aku? Suka Raisya? Never." Aku berikannya jawapan biasa aku. Takkanlah aku tiba-tiba nak suka pada Raisya tu? Raisya tu tak capai standard aku. I deserve better."Habis tu? Apasal kau heret dia semalam? What plans did you have with her?" Aidan menyoal aku.
"Okay fine I'm sorry. Semalam aku assigned to tolong dia dengan presentation dia. That's all. Aku tak nak bazir masa aku dengan dia, so aku nak siapkan cepat-cepat" lancar sungguh aku menipu dekat Aidan ni. Nasib lah. Bakat.
"I see. Here's the thing, esok aku nak ajak dia keluar, kau jangan kacau eh. Unless, you like Raisya." Aidan berbunyi seolah-olah dia sedang mengugut aku. Apa la masalah mamat ni. Aku pun tak tau sihir jenis apa Raisya ni gunakan pada dia.
"Fine, have her all you want. I'll stay away."And yes, I meant what I said. I'll stay away from her. Tak tau kenapa, tapi rasa berat hati nak buat macam tu. Tapi sebelum ni, bertahun-tahun dah aku buat macam tu. Kalau dulu boleh, takkanlah sekarang tak boleh? Come on, I am Ezra Hafran. The cold hearted guy. I guess..
{Raisya's POV}
Harini aku decided, aku nak stay dalam kampus je. Kuliah aku semuanya cancel tiba-tiba. Aryan pula kuliahnya penuh, so aku seorang saja hari ini. Pagi-pagi lagi aku mengambil keputusan untuk pergi ke bilik bahagian Arts and Theaters. Walaupun universiti ini khas untuk business, tapi kami masih ada Arts and Theaters. Satu-satunya sebab aku suka bilik ni adalah sebab bilik tu ada alat musik. aku suka bermain dengan alat musik. Piano, guitar, flutes, all of them. Aku hanya bersolek ringkas, membelit shawl yang berwarna putih dikepalaku dan gerak keluar daripada bilik. Sebenarnya, sudah lama aku tak pergi ke section Arts and Theaters tu. Sejak kebelakangan ni, aku sangat memberi perhatian ke studies aku hingga aku tak cari masa untuk buat apa yang aku suka. Agaknya sebab tu lah mentality aku burnt-out sangat sekarang ni.
Sampai sahaja dibilik tu, aku masuk dan letak beg aku ketepi. Pelbagai jenis alat musik, bervariasi dari traditional hingga moden, semua terdapat disitu dan tersusun rapi. Melihat alat-alat musik macam ni pun sudah mampu untuk buat aku gembira. Hehe.
Aku pun mengambil tempat di depan piano tu. Dan tanpa aku sedar, berjam-jam lah aku duduk disitu. Experimenting with different songs and playstyles. Music is diverse, and it's a form of art that could be displayed in thousands of ways. It's your choice to explore. Itulah kata-kata yang aku pegang berkenaan dengan musik, dari dulu sampailah sekarang.
Jam sudah pukul 3 petang, dan maknanya Aryan pun sudah habis kuliah. Biasanya, dia akan terus ke cafe kampus selepas kuliah. Mamat tu cepat lapar sebenarnya. Aku pun mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik tu dan pergi ke cafe untuk cari Aryan. Aku pun nak peneman untuk sembang juga tahu?
YOU ARE READING
Pemilik Hati Mr Beku
Romance"It seems like you're not so passionate about it after all. Might as well not do it." - Ezra Hafran Raisya hanya mengetap bibir sambil menahan rasa geram terhadap Ezra. Sepanjang Raisya belajar di universiti tu, Ezra tidak pernah walau sekali pun b...