HAA-6

103 7 0
                                    

AFRINA hela nafas berat, hatinya terasa kosong selepas saja Harith pergi meninggalkan rumah itu petang semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AFRINA hela nafas berat, hatinya terasa kosong selepas saja Harith pergi meninggalkan rumah itu petang semalam. Lelaki itu mempunyai tarikannya sendiri. Entah mengapa jantungnya akan berdegup kencang setiap kali menatap wajah itu. Sungguh jejaka itu menarik perhatiannya.

Apabila dia tersedar sesuatu pantas kepala digelengkan beberapa kali. Bayangan wajah Harith cuba dilupakan.

"Haih Mangkuk. Kenapa muncul kat fikiran aku" gumamnya seorang diri. Daun pokok mangga yang jatuh diambil.

"Aku sama macam daun ni kan. Senang jatuh" daun pokok mangga itu dimainkan dijari.

"Siapa cakap adik abang senang jatuh?" Shahrul terus melabuhkan punggung berhadapan Afrina.

Afrina tidak menjawab. Hanya senyuman nipis yang terukir dibibir.

"Rina. Lumrah bagi setiap manusia mempunyai kenangan manis mahupun pahit. Lumrah juga bagi setiap manusia melalui sesi jatuh dan bangun. Dalam dunia ni,kita hanya mampu berserah pada takdir. Jangan terlalu banyak mengeluh. Ingat,Allah adalah sebaik baik perancang" panjang lebar Shahrul berkata. Wajah putih mulus adiknya itu dipandang lama.

Afrina tersenyum kelat.

"Macam mana pula kalau Rina tak kuat nak lalui semua ni?" nadanya kedengaran mengeluh.

Shahrul tersenyum. Faham apa yang dimaksudkan oleh Afrina. Walaupun mereka bukan adik beradik kandung. Tapi tidak pernah sekali pun dia menganggap Afrina itu orang luar yang hanya menumpang kasih Umi dan Abahnya.

"Adik ku yang cantik lagikan manis. Ingat,Allah tidak menguji diluar kemampuan hambanya" ujar Shahrul sambil senyuman manis terukir dibibir.

Afrina menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Betul juga apa yang dikatakan oleh abangnya itu. Mungkin terlalu banyak mengeluh kerana itu beban sangat terasa.

"Bila abang nak balik?" Soal Afrina.

"Esok. Kakak ipar kau pun dah tunggu"

"Bila nak bawa anak buah Rina datang rumah ni lagi? Rindulah"

"Elleh. Kalau jumpa pun belum tentu dia suka kau. Kang nangis je anak aku" Shahrul beriak meluat. Seketika tawa mereka terletus.

Sedang mereka asyik bergelak tawa. Ada dua pasang mata yang memperhatikan mereka daripada jauh. Senyuman tidak lekang dari bibir.

"Saya bahagia tengok Afrina senyum, gelak macam tu. Kalau dengan Ayah dia. Balum tentu kita dapat tengok dia gelak macam tu" Puan Salmah memandang tepat ke arah Afrina.

"Jangan cakap macam tu. Sabar jelah. Afrina tu anak yang kuat. Sebab tu Allah uji dia macam tu. Syukur dia bertahan sehingga ke hari ini" Tuan Altif berdiri di samping isterinya dengan tangan kanan melingkar di pinggang Puan Salmah.

Puan Salmah tersenyum lalu mengangguk.

"Tengok anak abang tu. Tak habis-habis nak usik adik dia"

"Anak saya, anak awak jugak Salmah sayang" terus terhambur tawa mereka sehingga dapat menarik perhatian Afrina dan Shahrul.

𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)Where stories live. Discover now