HARITH Naufal mengeluh perlahan, wajah sembab Afrina Anisa menerpah ke dalam kotak fikirannya. Wajah yang ayu dan putih gebu yang dipenuhi dengan air mata sungguh membuatkan hati lelakinya meronta-ronta ingin mengahwini gadis itu.
"Kau dah buat apa ni, Afrina Anisa?" soalnya seorang diri. Senyuman terukir dibibirnya. Jika sebelum ini dia digelar sebagai lelaki keliling pinggang, kini dia adalah lelaki yang akan setia pada seorang gadis.
Bulan yang menerangi langit malam itu dipandang lama. Sungguh hatinya rindu pada gadis itu walaupun hanya beberapa minggu sahaja perkenalan mereka.
Terukir sebuah senyuman diulas bibir itu. Sungguh hebat penangan gadis itu.
"Angau dah kau ni Harith. Sedar woi sedar" Hairth memukul perlahan kedua belah pipinya. Setelah itu, kepala digelengkan beberapa kali dengan senyuman yang masih lekang di bibir.
"Parah tarikan budak ni. Bahaya bhaii. Ada kang aku bawa jumpa Mummy terus ni"
"Eh.. Tak boleh tak boleh. Nanti Mummy cakap aku gelojoh pulak. Nanti Mummy cakap aku dengan dia tak kenal hati budi masing-masing pulak. Tak boleh. Tak boleh" ujarnya seorang diri. Wajah diraup. Kulitnya yang sedikit cerah itu berubah merah.
"HAISHHH 3 BULAN TU CUKUP KEEE?" Harith menjerit di balkoni biliknya.
TOK
TOK
TOK
"RITH! Kau ok ke dalam tu?" Laung Danielle dari luar biliknya.
KTAK!
Tanpa berlengah Danielle terus menguak pintu bilik Harith. Masuk saja, matanya terus disajikan dengan Harith yang tidak berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna hitam.
"Dulu bukan main cakap aku nanti masuk angin bagai. Sekarang dia sendiri yang buat" sindir Danielle sambil menapak mendekati adik lelakinya itu.
"Abang Niel ni no chill lah. Imuniti badan aku lagi kuat dari kau" angkuh saja Harith berkata. Danielle menjeling tajam ke arah Harith.
Harith membuat muka meluat.
"Kau jelah yang kuat imuniti badan dia" kedengaran nada suara Harith seperti sedang memerlinya.
"Memang pun"
"Perasan lebih lah suami bunga Rose ni" balas Harith setelah mendengar ayat Danielle sebentar tadi.
"Atleast aku dah kahwin. Kalau nak perasan. Hmm memang taklah. Dah memang aku kuat. Nak buat macam mana?" Angkuh Danielle berkata. Dihujung ayatnya sempat dia tergelak kecil.
Meluat Harith mendengar kata-kata Danielle. Danielle agak berbeza dengan sebelum berkahwin dan setelah berkahwin. Abangnya itu banyak perubahan.
Senyap.
"Kau tak terfikir nak kahwin ke Rith?" Soal Danielle memecah kesunyian antara mereka.
Harith yang sedang memandang ke arah bulan itu mengalihkan pandangannya sekilas ke arah Danielle lalu memandang kembali ke arah bulan.
YOU ARE READING
𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)
РазноеKnown as Harith Naufal Under His Series 2 { 𝐈𝐭'𝐬 𝐨𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲,𝐥𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 } Harith Naufal~Sesorang jejaka yang sungguh,segak,kacak,usahawan berjaya suka buat lawak dan dia juga seorang yang tegas. Seorang CEO di syarikat yang...